Freelance Jobs

Saturday, January 31, 2009

LAWATAN KE SEKOLAH MAHDI

 
Posted by Picasa

RAWATAN PERUBATAN KEPADA KANAK-KANAK DI TIBNIN PADA 13 NOV 2008

 
 
 
 
Posted by Picasa

MALCON WEST 1 (OKT 2008 - JULAI 2009)

Bermula pada tahun 2007 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menghantar kontinjen pertama yang bertempat di Koukaba Selatan Lubnan. Kontinjen Pertama dikenali sebagai MALCON EAST 1 berada di Sektor East. Dengan menunjukkan mutu kerja serta kemampuan yang ditunjukkan Kontinjen Malaysia semasa melaksanakan misi-misi pengaman di bawah PPB, Malaysia sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menghantar satu lagi kontinjen bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tentera Qatar di Sektor West, At Tiri. Pada 10 Okt 2008 pergerakan pertama Tim Logistik yang diketuai oleh Mej Roni bin Awang Khecik bersama 2 lagi pegawai dan 1 LLP. Bertanggungjawab bagi menguruskan segala keperluan logistik agar ketibaan kumpulan besar berjalan dengan lancar.


Pergerakan kedua sampai pada 19 Okt 2008 menggunakan pesawat udara Malaysia Airline System (MAS) tiba Lapangan Terbang Antara Bangsa Rafik Hariri di Beirut pada jam 7.30 pagi. Kumpulan ini diketuai oleh Lt Kol Adi Ridzwan Komander MALCON WEST 1 bersama 10 pegawai dan 44 LLP. Ketibaan disambut oleh Lt Kol Arman Rumaizi Timb Komander MALCON EAST 3. TYT Dato’ Abdul Halim bin Abdul Rahman Duta Besar Malaysia di Beirut turut serta menyambut ketibaan. Kumpulan ini akan mengambil alih tugas menjaga keselamatan Kem Qatar yang sebelum ini ditugaskan kepada pl dari MALCON EAST.

Pada awal pagi 26 okt 2008 peralatan logistik, kargo dan kenderaan tiba di Sea Port Beirut bersama Kapt Samsudin bin Kaliman serta seorang anggota menggunakan kapal laut Vivien 1. Bertolak dari Pelabuhan Klang pada 12 Okt 2008, perjalanan mengambil masa 13 hari untuk sampai di Beirut. Setelah selesai pemunggahan oleh pihak pelabuhan semua kargo serta dikenderaan yang dibantu oleh Polish Logistic Group (POLLOG) bersama Polis Tentera UNIFIL dari Tanzania. Semua Kargo dan kenderaan dihantar ke Kem Qatar dalam keadaan selamat.


Kumpulan terakhir yang diketuai oleh Mej Muhammad bin Abdullah Timb Komander yang terdiri dari 179 pegawai dan LLP. Kumpulan tiba di Lapangan Terbang Antara Bangsa Rafik Hariri juga menggunakan pesawat MAS pada sebelah petang 26 Oktober 2008. Turut bersama menghantar adalah Lt Jen Dato’ Allatif bin Mohamed Noor Panglima Angkatan Bersama (PAB) bersama rombongan dari Markas Angkatan Bersama. Sebelum memasuki kawasan operasi kumpulan ini ditempatkan sementara di POLLOG Beirut. Setelah berehat dalam tempoh 3 jam mereka bergerak dengan menggunakan bas serta diiringi oleh pasukan MP dari Tanzania. Setibanya di Kem Qatar pada 3.00 pagi, Mej Shafizan telah memberikan taklimat ringkas sebelum anggota-anggota dibenarkan untuk pergi bilik yang telah sediakan. walaupun suasana dan cuaca yang berbeza dengan Malaysia, anggota menunjukkan mereka sudah sedia untuk melaksanakan tugas mereka di sini.

Mej Kamarul bin Kasim

KOMPUTER PERTAMA AKU TAHUN 1998



Nie la komputer pertama yang aku miliki.Pasang sendiri.takde seni. Hanya Monitor 16" masih tetap berfungsi dengan baik. Tiada masalah pada hardware..cuma kekadang Windows je problem. Spec komputer adalah seperti berikut :


Intel Pentium 2 800 MHz

RAM SDRAM 32Mb

Hard Disk 20Gb

Windows 98

Harga masa tu 1998 : RM1800 (complete printer + speaker 40 watt + Mouse) beli masa PC fair PISA kat penang. 2 tahun kumpul duit. yang tinggal kini hanya monitor..ada lagi kat rumah..ada nilai sentimental. first pc yang paling laju dalam 3 hari kena potong...Ni kerja ANAS..hari 2 tgk cd.


Dulu, masa mula-mula beli rasa cam laju sangat komputer nie, tapi sekarang rasa cam terlalu slow. Ape pun, komputer nie tetap banyak berjasa kepadaku..

Setakat ni aku dah pakai 4 buah pc (2 note book 2 desktop).

DUNIA KOMPUTER KLON..PEACE

APA DIA RDX?



1,3,5-Trinitroperhydro-1,3,5-triazine

Cyclotrimethylenetrinitramine, also known as RDX, cyclonite, hexogen, and T4, is an explosive nitroamine widely used in military and industrial applications. Nomenclature variants include cyclotrimethylene-trinitramine and cyclotrimethylene trinitramine.

In its pure, synthesized state RDX is a white, crystalline solid. As an explosive, it is usually used in mixtures with other explosives and plasticizers, phlegmatizers or desensitizers. It is stable in storage and is considered one of the most powerful and brisant of the military high explosives.

KOMPOSISI C4




C-4 atau Komposisi C-4 merupakan satu jenis bahan letupan plastik pelbagai yang biasa untuk tujuan ketenteraan.

Perkataan komposisi digunakan untuk apa-apa bahan letupan yang stabil, dan "Komposisi A" dan "Komposisi B" adalah jenis lain yang diketahui. C-4 lebih berkesan 1.34 kali sebagai letupan berbanding trinitrotoluena (TNT).

Apabila pasukan tentera atau syarikat perobohan komersil menggunakan C-4, biasanya 3–5 kg C-4 digunakan untuk memusnahkan batang keluli segi empat 8-inci (200 mm). Kuantiti ini lebih dari yang diperlukan, untuk memastikan tugas berjaya disempurnakan.

Disebabkan C-4 terbakar dengan perlahan jika dinyalakan, dan perlu diletupkan dengan bahan letupan lain untuk digunakan sebagai bahan letupan, kadang-kadang ia digunakan tentera sebagai bahan api dalam kuantiti yang sedikit semasa Perang Vietnam. Walaupun pada amnya ia selamat digunakan dengan cara ini, terdapat beberapa anekdot mengenai askar yang cuba memadamkan api dengan menghentakkan kaki menyebabkannya meletup.

RUJUKAN WIKIPEDIA.

Thursday, January 29, 2009

TERKEJUT

"Sedang anda menyiapkan assignment dengan PC anda, tiba - tiba PC anda Hang....TIT..TIT...TIT...CPU anda mengeluarkan bunyi..."

PELABAGAI AKSI KENANGAN KOD

 
Posted by Picasa

KOD

 

WHEN I WAS AT LEBANON
Posted by Picasa

INFORMATION

Kaum wanita DINASIHATI memakan sebiji pisang sehari di awal pagi
untuk mencegah kanser, Dan ubat yang paling mujarab ialah meminum
air masak sebaik sahaja bangun dari tidur. Kos perubatan yang dapat
dijimatkan

Sebiji pisang (20sen) x 30hari = RM6.00 sebulan.
Kos makan pisang setahun RM6.00 x 12 bulan= RM 72.00
Kos makan pisang sepanjang hayat umur 60 tahun = RM 72.00 x 60 tahun
= RM 4320.00 saja

Kos perubatan Kimoterapi yang dapat dijimatkan sekali rawatan x 8
Cycle =RM 40,000. 00 kos paling murah. Satu cycle je RM 5000.00 ..
cancer menyerang semula jika kita tidak menjaga pemakanan dan
kesihatan kita.

Wednesday, January 28, 2009

re deployment 6-16
chief JLOC naqura,kdr,kol ezam
kapt syamil bagi taklimat good.
kol casanova.UNIFIL HQ.
maintainance high.close the camp.
kaw perumahan urban area.
every body came here from commander
6-40 new location.
deputy chief cdr.
close 6-16.oldest camp.urban area.
6-40 itali.acc,fasilities,ops room,katil,tilam,bantal.
telefon dah pasang,bukan kehendak kita.our term of contract.
kesian.......si ali.operate dari 2-45.
Paymaster sabo...kah kah

2.stategik reserve inspection.
ration dan air...
ration kena letak di atas.kebocoran.
rodden == tikus mondok,cencurut,binatang yang menyondol-nyondol.
buat sesuatu.6-16 ular2 akan bangun dari tidur.sekarang tengah berhibernate.
semut pun tak nampak dari sejak sampai sehingga sekarang.asik nampak pay master.

3.laporan hygine.
tak pakai apron..apron tu apa?sejenis topi penutup kepala.
pasal air...tempat ambil air yang paling dekat ??
NEPBATT. Consider la sikit. lipas,lalat,semut,tikus tak keluar.
lalat dengan lipas.

4.laporan bulanan.siap 3 feb.semua laporan..........lambat banyak.on time.semua nak cuti.
cuti tu apa?cuti .

5.projek kat maitam..Kapt Amrin pantau.....arab kata seminggu..erm tak caya le..x 3=3 minggu.
cat nipis..rumah saya cat sendiri.mengecat ada cara.quality cat kat malaysia lain.kat lubnan lain.
cat rumah luar dalam.this cat all wheather.siap projek buat laporan.
laporan cimic mej ismail.masuk ke ammend.yang penting masuk.

6.tak rekond.remind........foem====ea==.

Tuesday, January 20, 2009

LATIHAN MENEMBAK





BERTEMU LAGI...

Hampir 3 hari aku tak mencatat apa-apa. Terlibat denga latihan menembak di Ebel Myra dekat dengan SecWest. Perjalanan hampir 2 jam ke sana. Menembak dalam musim sejuk ni berbeza sedikit dengan kebiasaan yang dilakukan di negara tercinta. Susah juga nak masukan peluru ke dalam kelopak kalau tak berlatih di sini. Bagus untuk pengalaman. Sekurang-kurangnya tahu le bagaimana tentera nak berperang dalam musim sejuk. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tiada sebarang masalah serius. Oleh itu aku nasihatkan kepada semua anggota kita yang nak bertugas diluar negara terutama musim sejuk tu, rancangkan untuk menembak di musim sejuk.

Tapi ada satu pengalaman semasa melapor untuk menembak. Nak tergelak, ketawa juga sebab bertemu dengan seorang pegawai daripada Indonesia. Mej Dipura namanya....Nak tau apa katanya (Longhat Indonesi)" Sampei sana langsung main, n yang penteing ada bendera mera, lepas main langsung cabut ngak perlu repot, kami maklum itu FRAN ada main di situ" Itulah kata2 yang nak tergelak di dengar.

Makan dekat MALCON EAST selama 3 hari. Alhamdulillah sedap. TERIMA KASIH. Nanti aku masukan gambar-gambar menarik semasa menembak. Tuan -tuan boleh tengok kat situ. Bye jumpa lagi. MARCI

Friday, January 16, 2009

ADUS

adussss ................abis templete akuuuu...rest dulu....

MALCON WEST 1

Thursday, January 15, 2009

VIVIEN A FROM TURKI CREW

Wednesday, January 14, 2009

RONDA

Sudah 2 hari aku tak online. Aku ambil masa lebih kurang 30 minit ini untuk refresh semula aku pergi keluar ronda tempohari. Masa 12 1830 B Jan 2009 sehingga 13 0700 B Jan 2009. Kalau aku tak catat kat sini mesti aku akan lupa perkara tersebut. Malam tu keluar bersama Aku dan Lt Salam bersama 16 x anggota. Melalui jalan VC 4 ke simpang Haddathah, Ayta Az Zutt, Charlie Road, Bayt Yahun. Ada satu laluan tersebut dipenuhi dengan anjing. Ada satu kawasan yang dilalui terdapat ladang yang diusahakan oleh penduduk tempatan yang terdapat "UXO" tetapi dengan semangat untuk bercucuk tanam mereka bertani juga. Selepas rondaan berkenderaan tersebut hampir 1 jam dengan kelajuan 30 Kmj kami berlabuh di sebuah kawasan berbukit iaitu Oscar Papa 24. Tujuan untuk memantau kawasan Charlie Road.

Suhu pada ketika itu munkin 11 darjah celcius. Tapi thermometer yang digunakan munkin tidak tepat. Suhu munkin dalam 4 - 5 Darjah (esok sambung paymaster kacau idea)

SEKILAS MENGENAI SEJARAH LEBANON


Lubnan merupakan sebuah negara di barat laut Asia, di sebelah timur Laut Mediterranean, dan bersempadan dengan Syria serta Israel. Sehinggalah ke Perang Saudara Lubnan (1975-1990), negara ini telah mengalami pemajuan dan pembangunan yang pesat, terutamanya dalam industri perlancongan, agrikultur dan sektor perbankan. Lubnan dipanggil pusat perbankan di dunia Arab dan juga dikenali sebagai "Switzerland Timur Tengah" kerana kemajuan kewangannya. Lubnan juga telah menarik banyak pelancong ke ibu negaranya, Beirut sehingga diberikan nama "Paris Timur Tengah".

Namun, peperangan antara kumpulan Hezbollah dan Israel pada tahun 2006 telah melumpuhkan infrastruktur dan seterusnya ekonomi Lubnan. Banyak nyawa telah terkorban dan bandar raya Beirut telah mengalami kemusnahan yang teruk. Usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk membina semula infrastruktur bandar-bandar.

Sejarah

Kawasan Lubnan merupakan tapak manusia Zaman Neolitik yang wujud 7,000 yang lalu. Kawasan itu pernah dikuasai oleh kerajaan Phoenicia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantine, Arab dan sebagainya. Akhirnya, kawasan itu dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan ini mangalami kemerosotan selepas Perang dunia Pertama dan kawasan Lubnan diserahkan kepada kuasa Perancis. Akibat tekanan diplomatik dan penduduk Lubnan, Perancis bersetuju memberi kemerdekaan kepada Republik Lubnan pada 1943.

Lubnan terlibat dalam Perang Arab-Israel 1948 tetapi tidak mengambil bahagian dalam Perang Enam Hari 1967 dan Perang Yom Kippur 1973. Namun Perang Saudara Lubnan tercetus pada 1975 akibat rusuhan antara golongan Kristian, pengikut Sunah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Perang saudara ini ditamatkan pada 1990 melalui Perjanjian Taif. Kira-kira 150,000 orang penduduk telah terkorban dalam perang ini.

Politik

Antara syarat yang terkandung dalam Perjanjian Taif ialah pembahagian kuasa secara adil antara golongan-golongan yang terlibat. Oleh itu, Presiden Lubnan mesti merupakan seorang beragama Kristian Maronite, Perdana Menteri adalah sentiasa seorang pengikut Sunah, dan Speaker Parlimen adalah sentiasa seorang pengikut Syiah.

Pada 14 Februari 2005, bekas Perdana Menteri, Rafik Hariri telah dibunuh akibat ledakan bom kereta di Beirut. Pembunuhan ini disyaki diarahkan oleh pemimpin Syria. (Pihak Syria telah mencampur tangan dalam sistem politik Lubnan sejak Perang Suadara 1975-1990.) Pembunuhan ini telah mangakibatkan krisis politik yang membabitkan pihak pro-Syria dan pihak anti-Syria. Pihak pro-Syria termasuklah Presiden Emile Lahoud, Speaker Nabih Berri, Jeneral Michel Aoun dan kumpulan Hezbollah. Pihak anti-Syria termasuklah Perdana Menteri Fouad Siniora, Amine Gemayel, Samir Geagea dan anak Hariri, Saad Hariri.

Perang antara Hezbollah dan Israel pada Julai 2006 dan pembunuhan pemimpin Kristian Maronite Pierre Amine Gemayel pada November 2006 telah memburukkan lagi krisis tersebut. Gerakan pro-Syria telah mengadakan pelbagai protes dan demonstrasi sejak Disember 2006 meminta kerajaan Siniora meletak jawatan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kerjasama kerajaan telah meluluskan satu Mahkamah Khas Lubnan untuk menyiasat pembunuhan Rafik Hariri.

http://kehidupandilebanon.blogspot.com

Sunday, January 11, 2009

KAPAL VIVIEN A FROM TURKI




Kapal pengankutan logistik ke Pelabuhan Beirut.

Saturday, January 10, 2009

 
Posted by Picasa

SEJARAH PALESTINE

http://www.palestinehistory.com

DI MANA LEBANON ?


BUANG CAS

Di dalam badan setiap manusia ada terbentuknya cas elektrostatik. Cas ini terhasil dari aktiviti badan manusia, contohnya seperti berjalan di atas karpet.

BUNGA KEMBANG SEKUNTUM


Ni kira kali pertama aku melihat bunga mawar kembang depan mata. Bunga ini ditanam oleh seseorang dengan niat untuk memberi ketenangan kepada sesiapa yang memandangnya. Dengan keindahan semulajadi aku kagum dengan kebesaran Ilahi. Itulah keikhlasan mereka yang terdahulu dapat dinikmati oleh mereka yang terkini. Keikhlasan dapat ditunjukan dengan mekarnya bunga di taman AL-QATAR. Oleh itu ....fikirlah sendiri.

TIT TIT TIT CPU PANAS



"Sedang anda menyiapkan assignment dengan PC anda, tiba - tiba PC anda Hang....TIT..TIT...TIT...CPU anda mengeluarkan bunyi..."

Anda tentu pernah mengalami situasi seperti di atas. Anda mungkin tertanya2 apakah masalah yang menyebabkan masalah sedemikian terjadi. Erm...di ruangan ini akan saya terangkan.

Masalah yang menyebabkan terjadinya masalah di atas adalah "Kepanasan melampau " pada Processor. Seperti yang kita semua sedia maklum, Processor menghasilkan haba apabila beroperasi. Menurut Hukum Ohm, semakin panas sesuatu logam @ pengalir, semakin tinggi rintangan tang dihasilkan olehnya untuk mengalirkan arus elektrik. Apabila rintangan meningkat, ini akan menyebabkan frekuensi processor semakin menurun seterusnya menyebabkan processor tidak dapat melarikan arahan pada komputer (beroperasi).

Semua maklum, yang processor biasanya dilengkapi dengan sebuah kipas penyejuk (Cooling Fan) di atasnya. Kipas penyejuk ini bertindak menyejukkan processor dengan menyebarkan haba yang dihasilkan oleh processor ke persekitaran. Bilah2 logam pada kipas penyejuk adalah bertujuan untuk menambahkan lagi luas permukaan seterusnya mempercepatkan lagi kesan penyejukan pada processor. Kecekapan menyebarkan haba ke persekitaran oleh kipas penyejuk bergantung kepada keluasan permukaan sirip penyejuk yang boleh menyebarkan haba. Apabila tedapat habuk pada sirip penyejuk, ini akan mengurangkan keluasan permukaannya untuk menyebarkan haba. Oleh itu, habuk2 ini haruslah dibersihkan agar tindakan penyejukkan oleh kipas penyejuk ini dapat berjalan dengan efisyen dan cekap. Habuk yang melekat pada sirip kipas penyejuk haruslah disedut (Vakum) dengan menggunakan vakum bersaiz kecil yang boleh didapati di mana2 kedai aksesori komputer. Alat vakum ini menggunakan USB sebagai tempat untuk mendapatkan bekalan kuasa untuk menjalankannya.

Friday, January 9, 2009

MELARAS METER MINYAK DENGAN SEBELAH TANGAN

Pegawai Logistik sedang membantu POLLOG mengisi minyak ke dalam tangki untuk kegunaan genarator.

Kelihatan pegawai POLLOG "PANIK" hampir tersepak hose minyak melihat kemahiran Pegawai Log membetulkan meter minyak dengan sebelah tangan dalam masa 1 minit sahaja. Wa caya sama lu.

Thursday, January 8, 2009

MALCON WEST 1 SAMBUT AIDIL ADHA



AT TIRI LUBNAN 8 Dis 2008. Dikesibukan menjalankan tugas demi menjaga keharmonian di bumi LUBNAN, semua anggota MALCON WEST 1 bersama-sama melaungkan takbir Raya Aidil Adha pada 8 Dis 2008 bersamaan dgn 10 Zulhijjah 1429 Hijrah. Walaupun sibuk menjalankan tugas sebagai Pengaman PBB, kontinjen MALCON WEST 1 masih berkesempatan untuk mengadakan sambutan Aidil Adha. Sebanyak 76 ekor kibas (sejenis kambing) telah disembelih bagi tujuan ibadah korban dan aqiqah anggota-anggota MALCON WEST 1.


Sepertimana umat Islam diseluruh dunia yang lain, upacara dimulakan dengan menunaikan Solat Sunat Aidil Adha di Surau, Kem Qatar. Para pegawai dan anggota MALCON WEST 1 yang tidak bertugas pada masa itu telah bersama-sama bertadbir. Diikuti dengan sembahyang sunat Aidil Adha yang dipimpin oleh Pegawai Agama Kapt (ust) Hairulnizam bin Hamid pada jam 7.30 pagi. Sepertimana biasa selesai sahaja menunaikan solat seterus mendengar khutbah Aidil Adha. Selesai khutbah, upacara korban dimulakan dengan Komander MALCON WEST 1, Lt Kol Adi Ridzwan Abdullah merasmikan upacara korban, seterusnya diikuti penyembelihan oleh pegawai dan anggota MALCON WEST 1. Setelah selesai upacara penyembelihan majlis diteruskan dengan jamuan Hari Raya Aidil Adha di Stadium Doha.


Bagi menyempurnakan sambutan Aidil Adha, satu upacara majlis pengagihan daging korban kepada penduduk setempat telah dilaksanakan pada 9 Dis 2008. Pengagihan melibatkan 80 bahagian kibas yang telah disembelih dengan setiap bahagian seberat 5 kg.

Keunikan menyambut Aidil Adha di Selatan Lubnan yang jauh dari sanak saudara ini bakal menjadi satu pengalaman yang tidak dapat akan dilupakan bagi semua lapisan anggota MALCON WEST 1.

MEJ KAMARUL BIN KASSIM

PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA MALCON WEST 1


AT TIRI, LUBNAN 8 Nov 2008. Sekali dalam sepanjang perkhidmatan, mungkin itu yang difikirkan oleh Lans Koperal Ibni Shah bin Harun dalam satu perbarisan pemakaian pangkat anggota LLP telah dilaksanakan Kem Qatar telah disempurnakan oleh Lt Kol Adi Ridzwan bin Abdullah Komander MALCON WEST 1. pangkat kepada 3 anggota dari 8 RAMD yang menyertai misi UNIFIL. Mendahului senarai dari Pbt ke Lantikkan LKpl iaitu 1136725 LKpl Azmi bin Ahmad, 1136907 LKkpl Fauzi bin Awang dan LKpl Ibni Shah bin Harun. Ketiga-tiga anggota itu memegang jawatan sebagai anggota repal dalam organisasi MALCON WEST 1.


Komander MALCON WEST 1 dalam ucapannya semasa perbarisan tersebut menyampaikan ucapan tahniah kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat. Semoga ini akan menjadi satu titik permulaan yang baik dalam kerjaya sebagai anggota tentera. Komander juga mengingatkan supaya mereka dapat melaksanakan tugas yang dipertangungjawabkan kepada mereka terutamanya semasa menjalankan tugas mereka sebagai kumpulan Pengaman PBB di sini.


MEJ KAMARUL BIN KASSIM

LITANI RIVER

The Litani River (Arabic: نهر الليطاني‎; transliterated: Nahr al-Līţānī; classical name: Leontes) is an important waterway in southern Lebanon. It rises west of Baalbek in the fertile Beqaa Valley valley and empties in the Mediterranean Sea north of Tyre, one of Lebanon’s largest cities. Exceeding 140 km, it is the longest river that originates and flows entirely within the borders of Lebanon. Most of its catchment area was under Israeli control during 1978 and from 1982 to 2000. It is a major water supply for Southern Lebanon.








CATATAN SEORANG SENIMAN







Ini catatan seorang seniman. Agaknya siapakah manusia tersebut? Kalo dapat teka boleh email kepada malconwest08@gmail.com untuk beri jawapan. Hadiahnya 1 x shawarma chiken small + hot capocino. Email segera. Seorang sahaja yang akan dapat hadiah tersebut. Pemenang akan dihubungi melalui email. Jangan risau. Dijamin halal.











Sibuk siapkan nota pengesahan….. walkie talkie menghalang pandangan. Air rim sentiasa siap sedia untuk mencegah kebakaran. Ni OCPD At Tiri.





Catatan untuk balik. Dah siap dah. Tapi 25 tu tarikh apa? Perancangan nak balik dah dibuat.beli itu, beli ini.ingat 45 kg sahaja. Nak bawak lori ke apa ker buleh. Janji 45 kg.







Amenda ni ? surat wasiat kepada isteri ker ?


Catatan penting. Apa tu ?

Wednesday, January 7, 2009

INILAH BARISAN KITA





Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!
Sebelum kita berjaya,
Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti!
Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa,
Malaysia berjaya!
Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti!

APA CERITA ?


haa kat sebelah aku ni Peg PR (Capitan Amin) tgh borak ngan wife dia pagi 2. sapa lagi nak sembang ngan aku datang la ker blog ni.komen sikit2. ada cerita lagi kat lebanon ni. aku nak beli baldi kat lebanon. harga kat mesia baru 5 rm, kat sini pun 5 gak tapi 5 usd.giler.baldi sama saiz pun harga mahal. tu belum lagi kena tipu pasal beli coke. 1.5 ltr = 1usd, 2.5ltr =1usd.kat mana untung ?fikir fikir la sendiri.

JANGAN GUNA IE


Demi keselamatan dan privacy anda semua, jangan gunakan Internet Explorer untuk melayari internet. Ini kerana anda semua akan berkemungkinan besar akan digodam dan dicuri maklumat peribadi. Sebuah akhbar di London melaporkan ada kecatatan tahap keselamatan yang baru dikesan pada IE. Aku memang tak guna IE dan takkan berminat untuk menggunakannya. Pada pendapat aku silalah gunakan Mozilla Firefox ataupun Google Chrome. Petikan dari akhbar KOSMO! tentang perkara ini;


Jutaan pengguna Internet Explorer berisiko digodam

LONDON - Berjuta-juta pengguna yang mengakses internet menggunakan pelayar Internet Explorer dari Microsoft mungkin menghadapi risiko komputer mereka digodam kerana terdapat satu kecacatan tahap keselamatan baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Pakar-pakar keselamatan menggesa pengguna internet bertukar kepada pelayar internet yang lain seperti Firefox, Opera atau Safari sehingga masalah itu dapat diatasi.

Masalah itu pertama kali didedahkan pada minggu lepas dan ia membolehkan penjenayah siber mengawal komputer serta mencuri kata laluan rahsia sekiranya pengguna melawat laman yang dijangkiti virus. Syarikat antivirus, Trend Micro menyatakan terdapat 10,000 laman web berkompromi untuk mengambil kesempatan terhadap kecacatan tersebut. Setakat ini, laman web itu yang kebanyakannya dari China digunakan untuk mencuri kata laluan permainan komputer bagi dijual di pasaran gelap.

Seseorang penggodam komputer boleh memperoleh sehingga £9,000 (RM49,110) dengan menjual kata laluan itu kepada penggemar permainan komputer.Namun, seorang penasihat keselamatan, Paul Ferguson berkata, terdapat kebimbangan kecacatan itu mungkin dieksploitasi bagi jenayah yang lebih bersifat kewangan. - Agensi
Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia

Explosive Ordnance Disposal Badge


First created in the 1950s, the EOD Badge is issued in three levels and is identical for all branches of service. Although each service has its own requirements the basic EOD badge is issued upon completion of explosive handling training and between 18-24 months of on-the-job field training. The Senior EOD Badge is issued after 3-5 years as an explosive ordnance specialist and the Master Explosive Ordnance Disposal Badge is issued after 7-15 years of service in a senior supervisory position.

BEIRUT



CANTIK KER BEIRUT....ERM TAKDE APA YANG MENARIK KAT BEIRUT.KAT KL LAGI BEST.BEIRUT NI MACAM HUTAN KAMPUNG JE.

TENGOK TU KAT AREA MOVEN PICK

IED



Improvised Explosive Devices (IEDs) / Booby Traps
IED Overview
An IED can be almost anything with any type of material and initiator. It is a “homemade” device that is designed to cause death or injury by using explosives alone or in combination with toxic chemicals, biological toxins, or radiological material. IEDs can be produced in varying sizes, functioning methods, containers, and delivery methods. IEDs can utilize commercial or military explosives, homemade explosives, or military ordnance and ordnance components.

They are unique in nature because the IED builder has had to improvise with the materials at hand. Designed to defeat a specific target or type of target, they generally become more difficult to detect and protect against as they become more sophisticated.

IEDs fall into three types of categories:

Package Type IED
Vehicle-Borne IEDs (VBIEDs)
Suicide Bomb IED
Though they can var widely in shape and form, IEDs share a common set of components and consist of the following:

An initiation system or fuze;
Explosive fill;
A detonator;
A power supply for the detonator; and
A container.
Improvised devices are characterized by varying employment techniques. In most of the techniques shown below, an unexploded ordnance (UXO) can easily be engineered to replace a mine or explosive device using one of the several following techniques:

Coupling. Coupling is a method of linking one mine or explosive device to another, usually with detonating cord. When the first device is detonated, it also detonates the linked explosive. This technique is often used to defeat countermine equipment, such as mine rollers
Rolling. The roller will pass over the initial, unfuzed device and set off the second fuzed device. This in turn detonates the overpassed device underneath the clearing vehicle. When the linked devices are directional fragmentation mines, they can create a large, lethal engagement area.
Boosting. Buried mines, UXOs, or other explosive devices are stacked on top of one another. The device buried deepest from the surface is fuzed. Fuzing only the deepest ordnance helps mask no- and low-metal explosive hazards placed near the surface. This reduces the probability of detection by metal detectors, and it increases the force of the blast.
Sensitizing antitank (AT) mines. On some nonmetallic AT mines, the pressure plate is cracked and the spring is removed to reduce the pressure required to initiate the mine. Similarly, the pressure plate can be removed from metallic AT mines to create the same effect. A pressurefuzed AP mine can be placed on the top of an AT mine, thus creating a very large AP mine as an alternative method.
Daisy chaining. AP mines may be used in daisy chains linked with other explosive hazards. Enemy forces may link the mines together with trip wire or detonating cord. When the initial mine is detonated, the other mines may detonate. This may also create large, lethal engagement areas.




Booby traps and IEDs are similar to mines in that they are designed to kill or incapacitate personnel. They are also emplaced to avoid detection and improve effectiveness. Most are victim-activated, but some may involve remote or command detonation architectures.

The use of booby traps is limited only by the imagination of the adversary. Booby traps are victim-activated devices intended to create casualties and terror and may or may not be found in areas of tactical significance.

Booby traps:

Are usually explosive in nature.
Are usually activated when an unsuspecting person disturbs an apparently harmless object performs a presumably safe act; for example, souvenir hunting.
Are designed to kill or incapacitate.
Cause unexpected random casualties and damage.
Create an attitude of uncertainty and suspicion, in effect lowering morale and inducing a degree of caution that restricts or slows movement.
Threaten force protection.
Assume that all mines are booby-trapped.
IED Incident Vs. Non-IED Incident
IED Incidents:

Hand grenade with pin pulled, placed in a small glass with glass filled mortar or plastic of paris.
120-mm HE mortar with hole drilled in shipping cap with an electric blasting cap inserted (placed in a sandbag). Suicide vest—leather-look sleeveless waistcoat with explosives and ball bearing sewn into the interior.
A thrown block of TNT with a grenade fuze inside
Non IED Incidents:

A hand grenade thrown into a building or dropped from a bridge.
A rocket-propelled grenade (RPG) fired at a vehicle from the manufactured launcher. An RPG fired from an improvised launcher (while the launcher is improvised, the round was fired as intended without modification).
A landmine placed in the roadway using the manufactured fuze to initiate it as designed.
Survivability
A study of the Soviet/Afghan war has proven extremely useful in addressing medical issues associated with mine strikes. Throughout the course of that war, 30 to 40 percent of trauma cases treated by Soviet medical personnel were caused by mine strikes. Necessarily, the Soviets adopted measures to improve force protection, gained a greater understanding of the effects of a mine strike on the body, improved casualty evacuation techniques, and implemented measures to plan for medical contingencies at the lowest level.

Some simple mine countermeasures that increase mine strike survivability include—

Training (refresher) in first aid.
Training in mine awareness.
Wearing flak jackets.
Sandbagging the vehicle floors using fine aggregates because large particles become missiles.
Riding on top of armored vehicles when the tactical situation permits.
Leaving vehicle hatches cracked with the latch pin in place to permit dispersion of the concussive effects of a mine blast.
Disseminating information through intelligence channels and/or the mine information coordination cell.
Injuries sustained during a mine strike are caused by the pressure wave of the primary blast, the penetrating and nonpenetrating wounds of the secondary blast, and the injuries associated with being thrown some distance. The combat medic or lifesaver must be aware of multiple wounds and combination wounds that usually result from a mine strike and must know how to thoroughly treat the patient. Additionally, treatment of shock becomes important, especially since 86.5 percent of Soviet mine strike victims went into shock. Fifteen percent of shock cases were irreversible, and the victim died in a short period of time.

Komputer Kena Bomb


Hari ini, semalam merupakan tragedi bagi aku.komputer aku kena bomb.gara2 aku nak update bios.punya le susah takde komputer ni.macam nak marah jer.kalo software tu dah lama settle.tapi ini melibatkan hardware.jenuh aku cari reference untuk repair. akhirnya aku kena ikhtiar cara lain. satu lagi aku heran camne org arab ni untuk jual ayam.kalo beli ayam kat pasar 8usd dan kalo siap masak pun 8 usd.kat mana dia untung.pelik betul.kena tipu lagi la org malaysia ni.



Lirik Lagu Ketahuan - Matta Band

dari awal aku tak pernah
percaya kata-katamu
karena ku hanya melihat
semua dari parasmu


terakhir kau bilang padaku
kau tak kan pernah selingkuh
tetapi ternyata dirimu
bermain di belakangku

**
saat kumelihatmu
kau sedang bermesraan
dengan seorang
yang ku kenal

wo oh.. kamu ketahuan
pacaran lagi
dengan dirinya
teman baikku

wo oh.. kamu ketahuan
pacaran lagi
dengan dirinya
teman baikku

kembali ke **

tapi tak mengapa
aku tak heran
kar’na dirimu
cinta sesaatku

(wo oh.. aku ketahuan
pacaran lagi
dengan dirinya
teman baikmu ) 2x

Monday, January 5, 2009

Bersua kembali. Hari ini Isnin(Monday fever). Pagi jam 6 aku dah bangun. Munkin sejuk sangat. Kira malam semalam tak full charging. Tido jam 3 kot. Sejuk sangat. Maklum la orang asia mana le biasa sejuk sejuk ni. Tgk kat thermometer 4 darjah Celsius. Harap2 jurutera bole repair la Masalah short circuit ni. Kalo tak semalam lagi la dalam kesejukan. Konsep paling simple adalah spooning…tau apa spooning tu. Sesudu maksudnye. Antara kenangan yang tak bole dilupakan adalah aku cuba untuk gunakan semua baju yang ada. Bole ke tahan sejuk ni. Erm kena buat praktikal. Ok juga resultnya tak le sejuk sangat. Cuma kena biasakan dengan suhu sejuk ni. Nanti badan manja.


Sunday, January 4, 2009

Sejuk


Alahai kenapa la pulak aku tak dapat tidur time ni. dah le kesejukannya mencengkam tulang. elektrik terputus bukan disebabkan oleh bencana alam. tengok tv pun takde yang menarik. asik cerita Israel serang Gaza. Aktiviti sedang dirancang. aku nak cuba menulis sikit-sikit. ada masa ada idea menulis la. nak cerita pasal politik ermmmm takde kot. just cerita pasal diri sendiri n kenkawang . ni kira melepaskan geram la. munkin kalo ada masa tu cerita flash back.. aku sampai kat bumi lebanon ni 25 Okt 2008. ni dah masuk tahun 2009. tak tau la. rugi gak tak tulis dari mula. kalo tak silap aku mula lapor untuk Fasa FIT pada 5 Jun 2008. ish banyak benda gak nak flash back ni. tapi klalo selalu menulis orang kata la, lidah akan mudah berkata kata. betul ker? komen sikit. ada aku terselit kat gambar tu.hehehe

Pertama Kali Menulis


Entah kenapa pulak aku nak merekod apa yang berlaku. munkin teringat kepada masa yang berlaku tak akan berulang. betul ke? betul la tu. Dengan ini munkin akan menjadi satu cacatan peribadi sepanjang misi di sini. bukan senang oiii nak menulis ni. kalo sebab bukan tabiat tu munkin sukar. sebab dulu cikgu ada mengajar untuk menulis. sebab mata pena lebih tajam dari mata pedang. sebab satu lagi untuk kenangan di hari kemudian. tapi lebih baik aku menulis secara ..... ikut dan , sebab yang lahir time tu secara natural.

Time macam ni teringat le kat anak-anak. tapi sejuk tu membuat kepala jadi membeku. dah le beku nak unfreeze tu mengambil masa yang lama. tapi kalo nak mula menulis ni biar sikit-sikit lama lama jadi bukit. pas jadi bukit boleh jadi gunung.

esok bole sambung cerita lagi..