Freelance Jobs

Monday, November 9, 2009

VIMS

Sistem CODIMS-VIMS (atau dikenali secara ringkasnya “VIMS”), merupakan satu sistem pengurusan inventori kenderaan kategori A dan B yang diuruskan oleh 92 DKP dan Tek 3 sepenuhnya selepas penggabungan 95 Depot Kenderaan A (95 DKA) dan 92 DKP pada 01 Mei 2002 yang lalu. Sistem VIMS telah dirasmikan dan telah digunakan sepenuhnya pada 16 Feb 2006

VIMS ini telah menggunakan teknologi yang canggih dan terkini serta proses-proses pengurusan inventori kenderaan yang dikaji dan dijuruterakan semula (Reengineer) dengan mengambil kira ‘world class best pratices' demi mempertingkatkan lagi keberkesanan dan tahap produktiviti 92 DKP dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggannya.

Selaras dengan kehendak Tentera Darat untuk berkembang maju bersama peningkatan penggunaan ICT di dalam pengurusan asetnya maka perlaksanaan VIMS dilihat mampu mengubah senario daripada pengurusan tradisi secara manual kepada ‘Computer Based System', yang dikira lebih berdaya saing, berkualiti, cekap dan efisien terutama di dalam pengurusan aset kenderaannya. Sejak dari elemen kenderaan yang pertama ditubuhkan di Port Dickson pada tahun 1958 sehinggalah penggabungan pasukan 95 Depoh Kenderaan A di Kem Tebrau Johor dengan 92 Depoh Kenderaan Pusat pada 01 Mei 2002, maka wajarlah satu sistem pengurusan inventori kenderaan berkomputer diwujudkan sebagai ganti sistem manual yang diguna pakai selama ini.

Dengan terlaksananya pengimplimentasian sistem VIMS, ianya telah membawa impak yang berkesan kepada pengurusan inventori kenderaan kerana dengan adanya sistem ini ia berupaya membantu di dalam mencapai maklumat kenderaan yang terkini dengan cepat dan tepat selain daripada berupaya membantu peringkat pengurusan membuat keputusan yang dinamik dan efisyen. Oleh yang demikian ianya secara langsung telah meningkatkan prestasi pengurusan teknikal Ordnans ke tahap yang lebih profesional terutamanya di dalam pengurusan inventori kenderaan.

Justeru itu, semua warga Ordnans amnya dan warga 92 DKP dan Tek 3 khasnya dapat menikmati keistimewaan ini dan memanfaatkan kelebihannya dengan mewujudkan sebuah depoh kenderaan yang moden dan baik, dengan praktik taraf dunia, responsif dan mampu memberi kepuasan kepada semua pelanggan. Ianya secara langsung dapat menyemarakkan lagi semangat semua anggota di dalam melaksanakan tugasan seharian memandangkan tugas-tugas yang dilaksanakan secara manual sebelum ini dapat dikomputerisasikan. Selain daripada itu, apabila terlaksananya pengimplimentasian sistem ini, maka ianya juga dapat membantu Kor Ordnans dalam meningkatan tahap celik ICT warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan warga Tentera Darat (TD) khasnya serta menambahkan keberkesanan pengurusan kenderaan TD.