Thursday, April 30, 2009

KENANGAN YANG LALU

Malcon West 1 Unifil send-off at RMAF Subang. Malaysian armed forces with 5 Brunei soldiers leaving for Beirut, Lebanon on a 9 month peacekeeping mission. They were flown to Beirut International Airport by MAS Charter on Malaysian Airlines B777-200 (registration number 9M-MRP).

Malcon West 1 Unifil send-off at RMAF Subang. Malaysian armed forces with 5 Brunei soldiers leaving for Beirut, Lebanon on a 9 month peacekeeping mission. They were flown to Beirut International Airport by MAS Charter on Malaysian Airlines B777-200 (registration number 9M-MRP)

Malcon West 1 Unifil send-off at RMAF Subang. Malaysian armed forces with 5 Brunei soldiers leaving for Beirut, Lebanon on a 9 month peacekeeping mission. They were flown to Beirut International Airport by MAS Charter on Malaysian Airlines B777-200 (registration number 9M-MRP).

Monday, April 27, 2009

NO MERCY

GAMBAR - GAMBAR MALCON WEST 1

GAMBAR-GAMBAR MALCON WEST DI FORUM INI -------- KLIK SINI

SELAMAT BERCUTI KUMPULAN 4


Diucapkan selamat bercuti kepada semua anggota Kumpulan 4 balik ke Malaysia. Luangan masa dengan kaum keluarga dengan cuti yang singkat ini. Diharap ingat pesanan saya semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri, Beirut pada 27 Apr 2009. Selamat bercuti dan selamat kembali ke Lebanon.

SELAMAT BERCUTI KUMPULAN 4

Diucapkan selamat bercuti kepada semua anggota Kumpulan 4 balik ke Malaysia

Sunday, April 26, 2009

PERANCANGAN MALCON WEST


ada perancangan untuk menambah bilangan anggota malcon west kepada kekuatan batalion. penambahan ini amat besar impaknya. walaupun ia perancangan ia mesti dirancang dengan betul. banyak perkara perlu difikirkan. anggota yang ramai tanpa keperluan logistik yang tepat hanya akan mengundang pelbagai masalah. namun setiap yang bermula perlu melangkah setapak - setapak. cam org baru kawin le. rumah kita perlahan 2 akan bertambah inventori berasaskan keperluan. masa saya mula berkawin dulu cuma ada pembuka tin sahaja. selepas 2 hari rumah dah mula ok. sekarang semakin ok. so peningkatan inventori akan berlangsung sepanjang perjalanan misi ini. tiada senang melainkan mencari senang. ikhlas dan jujur.....

Tuesday, April 21, 2009

KAT AIRPORT BAHRAIN




Sunday, April 19, 2009

BYE MALAYSIA

Assalamualaikum.nampaknya dah habis percutian selama 21 minit. terlalu singkat rasanya. nak flight dah jam 1105.

Wednesday, April 15, 2009

Malcon West 1 ke Lebanon (petikan harian kosmo 7 okt 2008)


PORT DICKSON - Seramai 225 anggota tentera Malaysia, Malcon West 1 bakal menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) pada 18 Oktober dan 25 Oktober ini.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, penghantaran tentera itu bagi menggantikan kompeni infantri Qatar mengawasi At Tiri, di barat Lebanon.
Menurutnya, Malcon West 1 terdiri seramai 185 daripada tentera darat, 20 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 20 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Adi Ridzuan Abdullah.
"Malcon West 1 dijangka berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang. Mereka akan berada di At Tiri selama sembilan bulan.
"Misi ini juga merupakan kali pertama kontinjen Malaysia disertai bersama oleh lima anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atas semangat kerjasama di antara kedua-dua negara,'' katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pemakaian beret PBB dan penyerahan bendera Malaysia kepada pasukan Malcon West 1 di kem Sunggala.

Sunday, April 12, 2009

BAYI NENEK

Seorang nenek berusia 60an balik dari hospital selepas selamat melahirkan anaknya. Jiran-jiran pun datanglah berkunjung ke rumahnya nak melihat bayi tu. Bila mereka tanya mana bayi tu, nenek kata, "nantilah". Lepas bersembang dan dihidangkan minuman, mereka minta untuk melihat bayi itu sekali lagi tapi nenek kata, "nantilah". Jiran-jiran bertanya, "sampai bila baru kami boleh tengok anak engkau ni?" Nenek jawab, "tunggu la sampai dia menangis dulu". Jiran-jiran tanya lagi, "nape kena tunggu dia nangis lak?" Nenek kata, "sebab aku lupa la kat mana aku letak dia..."

Saturday, April 11, 2009

MANISAN LUBNAN

Semalam saya wakilkan isteri Pengarah Jbtnarah GGK ke mesyuarat Exco BAKAT Darat di Kem Sg Besi. Sebelum ni tak pernah lihat lagi Rumah BAKAT Darat, hemm...memang cantik..Bertuah BAKAT Darat. Kem Sg Besi pun banyak berubah. Rasanya kali terakhir saya jejak kaki di sana semasa suami menjadi Jurulatih Cawangan Putera, pertengahan 90an dulu. Saya bawa manisan Lubnan yang Komander kirim melalui Kapt Halim baru-baru ini. Dapatlah exco-exco merasainya. Ada yang nak mengirim manisan dan coklat Lubnan. Rupa-rupanya manisan tu kegemaran Datin Umi Kalsom Wan Awang. Kepada yang nak balik bercuti, bawa la balik kueh/manisan Lubnan tu..pasti orang tersayang gembira menerimanya. Kepada sesiapa yang belum tahu, kalau nak makan makanan Lubnan yang memang sedap diMalaysia, cuba la pergi ke restoran Alrosha di Jalan Damai, Ampang, KL. Menu makanannya banyak tapi kena cuba nasi special Lubnan "MandyLehem" (Mandy Lamb), sekali cuba mesti nak lagi. Yang peliknya kata suami, di Lubnan mahal pulak. Siapa teringin, di Alrohsa harga berpatutan, sepinggan besar RM22.00 boleh makan 2 orang sebab banyak (kecuali dah lapar sangat la)..

Thursday, April 9, 2009

HARI INI 10 APRIL 2009

Nak menulis apa? tu la yang aku teringat. Hari ni dah tinggal 11 hari lagi akan balik ke Lubnan. Terasa cepat la pula nak balik. anak aku pun dah semakin besar. yang kecik aaaaaabbbaaah...alahai. diam je tapi cergas bergerak.Aku harap la semua selamat bercuti. memang betul semakin dikira hari semakin lambat. cuba jangan dihitung hari. tentu rasa cepat. Balik bertugas di Lubnan ni tentu rasa berbeza. so bersedia mulai sekarang. kalo rasa akan bertukar keluar tu siap2 la. ok adios marci. aku nak gi JPJ.

Monday, April 6, 2009

JOM TULIS BAKAT

Baru saja dua hari lepas saya menulis di ruangan ini. Rasanya semakin lama berdampingan dengan blog ini, hati saya semakin rapat semula dengan bidang penulisan. Tidak rugi sekiranya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pencetus idea blog ini serta kakitangan yang menguruskannya, sekurang-kurangnya memberi peluang kepada orang-orang seperti saya mengasah semula minat di bidang penulisan yang sekian lama terkubur. Terus terang saya nyatakan bahawa saya mengharapkan lebih ramai para isteri pegawai/ anggota Malcon West 1 ini turut menyumbang sesuatu untuk blog ini. Saya yakin di luar sana ramai isteri-isteri yang berbakat untuk menulis, apatah lagi blogger MCW1 tidak menghadkan penulisan hanya berkisar kepada isu-isu ketenteraan saja. Saya menyeru lebih ramai para isteri atau keluarga MCW1 melayari blog ini dan cubalah menulis sesuatu...setidak-tidaknya untuk para suami atau keluarga anda sendiri yang sedang berkhidmat di Kem Attiri ini. Seandainya blog ini 'diwariskan' pula kepada MCW2 kelak, maka penulisan anda akan turut menjadi sumber inspirasi kepada para isteri dan keluarga pasukan seterusnya.
Di sini saya ingin mengesyorkan pada masa yang akan datang jika boleh, sebelum berangkat ke misi ini, pihak yang berkenaan dapat mengeluarkan satu senarai nama isteri kepada pegawai/anggota atau ibubapa (bagi pegawai/anggota yang belum berkahwin) berserta no.telefon (alamat jika perlu) dan senarai tersebut diberikan kepada para isteri dengan tujuan supaya mereka dapat berhubung antara satu sama lain, mengambil tahu perkembangan atau masalah yang mungkin timbul sepanjang suami bertugas. Oleh kerana para isteri dari pelbagai unit BAKAT yang berlainan, maka sudah pasti ramai di antaranya tidak mengenali antara satu sama lain sedangkan para suami bertugas di bawah satu pasukan.
Walaupun kebajikan para isteri terjamin melalui unit suami masing-masing tetapi setidak-tidaknya ini dapat melebarkan sayap jalinan silatulrahim di antara para isteri yang mana suaminya dalam satu pasukan, secara keseluruhannya, memandangkan ada yang menetap di negeri-negeri lain yang sudah pasti sukar untuk dikunjungi maka hubungan melalui telefon adalah sangat praktikal. Jika dilihat sebelum ini, semua isteri hanya bertemu ketika majlis sent off pasukan saja dan dalam waktu yang begitu singkat tidak ramai yang boleh kita kenali dan ianya akan terputus sebaik saja para suami meninggalkan lapangan terbang dan berjauhan selama 9 bulan berikutnya. Sekian terima kasih.

Sunday, April 5, 2009

OA OH OA

Kali ini saya ingin menulis kerana setiap kali melayari blog ini, pasti terpandang akan "Cerita Pasal Jam'. Yang saya nak tulis bukanlah pasal jam tetapi pasal orang asli (OA). Kisah-kisah OA ini seolah-olah sinonim dengan kehidupan tentera darat ketika berada di hutan belantara. Banyak cerita kelakar di mana OA menjadi watak utama, adakah kerana disifatkan sebagai orang yang lurus atau adakah mereka sebenarnya lebih bijak berkata-kata dari yang disangkakan?

Kalau orang lain memadu kasih bercerita 'uda & dara', 'romeo & juliet' tetapi suami saya suka bercerita jenaka orang asli. Antaranya, kisah OA yang sedang memancing di tepi sungai di dalam hutan. Lalulah seorang askar dan menegurnya, "hai rajin memancing nampak? Banyak ke ikan dalam sungai tu?" Kebiasaannya OA akan menjawab selamba saja, "mana saya tau 'ncik, ikan dalam sana, saya di atas sini...." Betul juga katanya. Kalau ada rasa nak patah-patahkan batang kail OA tu, rasanya lebih baik patahkan saja ranting-ranting pokok tu.

Saya pasti ramai di kalangan anda pernah menonton rancangan Astro National Geography. Kisah memaparkan kehidupan OA di merata dunia memang sangat menarik. Hidup mereka simple walaupun adakalanya terpaksa berbunuhan untuk mendapatkan hak kawasan (territory) suku kaum masing-masing. Dari segi pakaian, tempat tinggal, makan minum, ke sana sini berkaki ayam, lihat saja kekuatan fizikal mereka meredah hutan belantara, 'alah bisa tegal biasa'. Bila ingin cantik, ada yang meletakkan ceper pada bibir sejak kecil sehingga bibir itu terjuih panjang ke bawah bila dewasa, menindik hidung, muka dan badan, that's the beauty of them. Di Malaysia pun ada yang terikut-ikut budaya menindik sana sini katanya meniru budaya barat, iye ke?? Kalau letak ceper di bibir, tak siapa berani pula..

Pasal makanan, ada juga jenaka... seorang askar ni berjalan-jalan di tepi hutan, ternampak OA menjual durian. Teringin pulak nak beli, maklumlah nak panjat pokok durian pun buat apa, bukan musim. Peliknya mana pula OA ni dapat durian? Kawan kita ni pun beli la beberapa biji, bila balik dan kopek durian tersebut, semua isinya sudah rosak, jadi kawan kita ni pun segera berjumpa OA tadi marah-marah. Biasalah dengan selamba OA berkata, "apa nak buat 'ncik...Cina tipu saya..saya tipulah 'ncik..."

Kemudian seorang askar ni pulak bertemu OA tengah mencari daun-daun pucuk kayu untuk dimakan. Kawan kita ni pun peramahlah menegur, "sedap ke pucuk-pucuk kayu tu?" OA menjawab, "sedap laa 'ncik". Kawan kita berkata lagi, "saya dengar orang asli semua benda makan, ye ke?" OA membalas, "ye la 'ncik, daun makan, akar makan, batang makan, bla bla bla...." dia terus membebel tentang semua yang dia makan. Kawan ni menyampuk, "kepala keretapi makan??"...selamba OA menjawab " besi 'ncik...nak makan buat apa..." (sabar jelah).

Namun OA sekarang sudah ramai yang menjejak kaki ke universiti. Kalau setakat menaiki helikopter tu, rasanya ada yang pernahlah. Kita ni pun tak pernah naik. Tok Batin satu hari diminta menaiki helikopter untuk menunjukkan satu kawasan lain. Penat berjalan bersama pegawai askar ni... sampai ke heli dan semasa take off pegawai ni merungut sendirian, "huhh, panasss betul harini, peloh mencurah-curah", Tok batin yang mendengar terus berkata, "mana tak panas 'ncik...kipas kat luar.." Hem mujurlah ade yang tak kena baling keluar heli.

Dalam keadaan dunia yang 1001 macam, dari jenaka OA hinggalah global warming, masalah ekonomi, politik dan sebagainya, mungkin kita boleh renungi sejenak kehidupan kaum OA di mana jua, bukan menolak kemajuan dan permodenan tetapi pikir-pikirkanlah. Mungkin banyak lagi jenaka OA yang boleh dikongsi bersama di sini. Setengahnya saya pun dah lupa, maklumlah 15 thn dulu... Sekarang suami lebih banyak bercerita tentang Tiger Wood atau Vijay Singh, iron & putter, birdie & eagle serta green. Walaupun saya tidaklah pandai untuk bercerita tentang hole in one atau single handicap tetapi banyak juga jenaka golf yang saya dengar. Cuma tidaklah boleh dipaparkan di sini kerana blog ini kategori 'U' dan bukan 18 ke atas. Ini hanyalah coretan untuk hiburan semata-mata. Kepada yang telah biasa mendengarnya, mungkin terkenang kembali, kepada yang belum pernah mendengar, jika anda tidak ketawa, mungkin kerana jenaka ini tidak kelakar atau mungkin anda yang telah hilang sense of humour...checkit out. Wallahullam.

Anggota Kumpulan 2 Tamat Cuti di Malaysia

Komander dan Isteri tersayang

Komander, Mej Dr Hiza dan wakil dari Kedutaan Brunei

Anggota tengah check-in di kaunter KLIA


Sedih je nak balik ke Lubnan. Tak pe lah tinggal 4 bulan lagi. Kepada semua anggota Kumpulan 2 yang telah bercuti di Malaysia selamat bertugas balik di Lubnan dengan IKLHAS DAN JUJUR.

Wednesday, April 1, 2009

MASA SUDAH BERUBAH

waduh...ni la masa yang paling genting. dah 2 hari mengalami perubahan masa. sakit kepala woooooooo. bangun cam biasa jam 6.Betul la kata ustaz Khairul tu. mmg tak yah makan apa2. nanti sapa yang balik buat cam biasa jer. time ni aku kat HOMI2u..seharian aku keluar ke melaka nak cari PUSPAKOM dan JPJ. peh nak cari jer dekat 3 jam baru jumpa .punya ler susah..

Kepada yang masih belum bercuti dan bertugas. selamat bertugas dengan ikhlas dan jujur.....

MARCI