Kenangan sepanjang misi selama 9 bulan diabadikan di dalam diari ini. Semua aktiviti dapat dilayari dimana sahaja.Weblog ini telah dibangunkan pada awal tahun 2008. Tujuan Weblog ini adalah untuk bertukar-tukar maklumat dan informasi yang berkaitan dengan kehidupan di LEBANON. Berdasarkan pengalaman sebenar penulis.
Monday, November 2, 2009
OBJEKTIF PASUKAN
Bertanggungjawab menyalurkan bantuan Ordnans serta
menyelenggara pasukan tanggungjawab di seluruh Sabah dan W.P
Labuan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
dengan berkesan dan berkos efektif.
OBJEKTIF UMUM
Memberi perkhidmatan Ordnans kepada
pasukan-pasukan tanggungan dengan efektif tepat dan betul.
OBJEKTIF OPERASI
Telah dirangka dan dibuat kajian semula
pada penghujung tahun 2009. Objektif yang telah dirangka adalah
meliputi perkara-perkara berikut:
Perbekalan.
Pengstoran.
Pengurusan Logistik.
Sumber Manusia.
Pengurusan Kewangan.
WAWASAN PASUKAN
MISI PASUKAN
BANTUAN ORDNANS KEPADA PASUKAN-
PASUKAN DI BAWAH NAUNGAN 5 BGD
KE TAHAP YANG PALING MAKSIMUM
DENGAN EFEKTIF DAN EFISYEN
FUNGSI DAN PERANAN 5 KOD
FUNGSI DAN PERANAN DEPOT 5 KOD ADALAH UNTUK MENERIMA, MENYIMPAN, MENYELENGGARA DAN MENGELUARKAN STOK-STOK ORDNANS KEPADA PASUKAN-PASUKAN DI BAWAH NAUNGAN 5 BRIGED AGAR DAPAT BEROPERASI DENGAN LEBIH EFISYEN.
5 BRIGED INFANTRI MALAYSIA
PROSES " 5S " ( Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke )
Proses “5S” merupakan pendekatan berstruktur dan sistematik bagi menyediakan susun atur, kebersihan dan keseragaman di tempat kerja. Prinsip-prinsip tersebut jika dilaksanakan secara berterusan serta kesungguhan daya usaha (komitmen) berupaya menyediakan persekitaran kerja yang selesa, ceria, teratur dan paras inventori yang rendah. Persekitaran positif sedemikian berupaya mengekang kos, meningkatkan morale serta daya usaha setiap individu di dalam organisasi seterusnya akan meningkatkan tahap produktiviti dan keberkesanaan perlaksanaan kerja. | |||
5S telah dipelopori di Jepun dan ianya diasaskan dari abjad awalan “S” daripada perkataan-perkataan Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. Akronim Inggeris yang cuba mengekalkan awalan “S” yang seakan-akan maksudnya adalah Sort, Set, Shine, Standardize dan Sustain. | |||
| | | |
Seiri merujuk kepada tindakan menyisihkan benda-benda yang tidak diperlukan dan tidak berkaitan dari tempat kerja. Seiri memerlukan setiap individu tidak teragak-agak untuk menyisihkan benda-benda yang tidak diperlukan dan hanya mengekalkan benda-benda yang benar-benar berkaitan kerja sahaja. Benda-benda yang perlu dikekalkan pula hendaklah di tahap yang minimum. Seiri menyediakan lebih ruang kerja melalui penggunaan ruang secara berkesan. Melalui seiri juga, perlaksanaan kerja menjadi lebih ringkas dengan menyisihkan langkah-langkah yang tidak berkaitan dalam proses kerja. | |||
| | | |
Bermaksud “tersusun”, setiap perkara hendaklah ditempatkan secara tersusun mengikut keperluan dan mudah diperolehi apabila diperlukan. Label digunakan untuk memudahkan sesuatu perkara dikesan apabila diperlukan. Lokasi, peralatan dan perkara-perkara yang berkaitan tugas disusun dan ditetapkan mengikut kesesuaian bagi memudahkan aliran kerja. Seiton akan menghasilkan kecekapan melaksanakan tugas di tempat kerja. | |||
| | | |
Seiso mengutamakan kebersihan di tempat kerja dan menekankan ianya adalah tanggung jawab setiap individu pada sebilang waktu. Kebersihan tersebut adalah dinilai dari kaca mata pengunjung yang datang berurusan. Ianya menyeluruh dan tiada tempat yang terkecuali. Seiso menekankan kebersihan yang berupaya semarakan “cinta pandang pertama” kepada setiap pengunjung. | |||
| | | |
Seiketsu atau “kebersihan yang seragam”, menetapkan piawai kebersihan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak di dalam organisasi. Seiketsu menekankan kebersihan diri dan persekitaran kerja. Seiketsu bermula dari dalam diri setiap individu. | |||
| | | |
Shitsuke bermakna disiplin. Shitsuke mendorong setiap individu menumpukan daya usaha untuk menjadikan 5S sebagai amalan secara berterusan. Ia menekankan penyisihan perkara-perkara yang tidak bermanfaat sebaliknya mengekalkan amalan terbaik di tempat kerja sebagai cara hidup. |