Freelance Jobs

Sunday, February 10, 2019

Persedian Kematian

Bersediakah kita untuk menghadapi kematian ibu, ayah, atau keluarga terdekat kita?

Alhamdulillah semalam Allah berikan peluang dan kesempatan untuk belajar dari ibu mentua yang berpengalaman menguruskan jenazah selama lebih 10 tahun bersanad (menuntut dari anak murid Tuan Guru Ustaz Harun Din).

Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga terdekat.

😔 SEJURUS SELEPAS JENAZAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR:

1. Selawat 3 kali, raut muka jenazah dari atas ke bawah supaya mata jenazah tertutup rapat
2. Panggil doktor untuk mengesahkan kematian
3. Setelah kematian disahkan, bawa IC arwah ke balai polis untuk melaporkan kematian. Polis akan melihat keperluan post-mortem

😔 SEBELUM TETAMU DATANG:

PERSEDIAAN PEMBARINGAN

1. Ambil tilam saiz single, letak di ruang tamu untuk dijadikan pembaringan. Alaskan  tilam tersebut dengan alas tilam kalis air atau plastik. Kalau tiada plastik, boleh ambil plastik alas meja
2. Letakkan bantal di atas tilam
3. Ambil minyak attar dan letakkan pada tilam untuk menutup bau jenazah

PERSEDIAAN JENAZAH

1. Pergi kepada jenazah, potong pakaiannya. Jika jenazah memakai kain, jika kain tersebut boleh dilurutkan, boleh lurutkan sahaja
2. Tutup jenazah dengan kain batik lepas*
3. Ambil tuala kecil, lapkan muka dan seluruh badan jenazah menggunakan air suam. Jenazah mengeluarkan peluh yang melekit dari manusia biasa ketika menghadapi sakaratul maut
4. Ambil minyak zaitun, urut pada siku, jari-jari tangan dan kaki, lutut. Secara mudahnya, semua sendi yang ada. Ini untuk memastikan sendi tidak mengeras
5. Pakaikan serkup kepala kepada jenazah wanita
6. Ambil kain (seeloknya putih) - potong, ikatkan pada dagu dan simpulkan pada atas kepala supaya mulut tidak terbuka
7. Qiamkan tangan jenazah, ikatkan menggunakan potongan kain tadi
8. Ikat juga pada lutut (bawah sedikit)
9. Potongan kain lebih kecil, ikatkan pada kedua ibu jari kaki supaya kaki rapat
10. Letakkan jenazah di pembaringan
11. Jika terdapat najis, bersihkan
12. Tutup dengan kain batik lepas dari dada hingga ke hujung kaki, tutup muka dan leher dengan kain tudung segi empat

*Jika tiada kain batik lepas, ambil  kain batik biasa, potong pada bahagian berjahit. Buang juga bahagian berjahit tersebut.

BARANGAN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK URUSAN SETERUSNYA

1. 4 helai kain batik lepas (untuk jenazah wanita) / kain pelikat (untuk jenazah lelaki)
2. 2 helai tuala mandi yang nipis dan tidak besar (seperti tuala bayi)
3. Sehelai telekung putih (bahagian atas sahaja)
4. 1 helai serkup kepala (untuk jenazah wanita)
5. Sikat
6. Celak mekah (untuk jenazah wanita)
7. Bedak sejuk (untuk jenazah wanita)
8. Minyak attar

Perkara-perkara di atas penting untuk memastikan jenazah di dalam keadaan terjaga maruahnya. Kerana ada kes apabila bilal mandi jenazah datang, terkejut melihat mata jenazah masih terbuka, rambut mengerbang tak terurus, kaki tangan keras, dan berbau. Nauzubillah.

Semoga bermanfaat. Mohon sampai-sampaikan kepada orang lain. Saya percaya masih ramai lagi masih kurang arif tentang hal ini.

InshaAllah minggu hadapan, saya kongsikan pula apakah persediaan untuk mandi jenazah.

Nadiah Suhaidi
Juga bakal jenazah.


BERKHIDMAT DAN MEMBANTU

BERKHIDMAT DAN MEMBANTU

KAMI PAHLAWAN BANGSA
BERKHIDMAT DAN MEMBANTU
MELENGKAP TENTERA KITA
YANG SENTIASA BERMUTU

WALAU APA AKAN TERJADI
SEDIA MENGABDIKAN DIRI
MEMPERJUANG KEDAULATAN NEGARA
BERSAMA PAHLAWAN MURNI
TIDAK MENGHIRAUKAN AZAB SENGSARA
BERKHIDMAT DAN MEMBANTU

KAMI MELENGKAP SEMUA
TIDAK KIRA DI MANA
DARAT LAUT DAN UDARA
SENTIASA KAMI BERADA

WALAU APA AKAN TERJADI
SEDIA MENGABDIKAN DIRI
MEMPERJUANG KEDAULATAN NEGARA
BERSAMA PAHLAWAN MURNI
TIDAK MENGHIRAUKAN AZAB SENGSARA
BERKHIDMAT DAN MEMBANTU


Lubnan

Lubnan


Geografi


Lubnan merupakan sebuah negara yang terletak di timur laut Mediterranean, berkeluasan seluas 10,452 kilometer persegi. Ianya terbahagi kepada enam wilayah iaitu Beirut, Bekaa, Liban-Nord, Liban-Sud, Mont Liban dan Nabatiye. Lubnan berjiran dengan Syria di utara dan timur manakala Israel adalah di bahagian selatan.


Cuaca di Lubnan beriklim Mediterranean. Lubnan mempunyai empat musim iaitu Musim Bunga (Apr-Mei), Musim Panas (Jun-Sep), Musim Luruh (Okt-Nov) dan Musim Sejuk (Dis-Mac). Suhu purata di Beirut sewaktu musim panas adalah 27 C dan musim sejuk serendah 14 C. (Suhu di Kaokaba boleh mencecah tahap beku)


Jumlah penduduk di Lubnan adalah lebih kurang seramai 4 juta penduduk. Terdapat sejumlah 400,000 pelarian Palestin yang tinggal di Lubnan. Majoriti penduduk adalah berketurunan Arab (95%) dan selebihnya adalah kumpulan minoriti seperti Armenia, Assyrians, Kurd dan Chaldean.



Bahasa rasmi adalah bahasa Arab namun bahasa Perancis dan Inggeris dipertuturkan oleh majoriti rakyat Lubnan.


Majoriti penduduk Lubnan beragama Islam namun ianya terbahagi pula kepada dua mazhab utama iaitu berfahaman Syiah dan Sunni. Selain daripadanya beragama Kristian. Terdapat 15 buah kumpulan agama di Lubnan.


Pada tahun 1975, perang saudara Lubnan telah tercetus di antara penduduk Kristian, pengikut Sunah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Perang ini telah ditamatkan pada tahun 1990 melalui Perjanjian Taif. Kira-kira 150,000 orang telah terkorban di dalam peperangan ini.


Lubnan mengamalkan sistem kerajaan republik berparlimen di mana ianya diketuai oleh seorang Presiden dan dibantu oleh Perdana Menteri. Berdasarkan Perlembagaan Lubnan, Presiden Lubnan mestilah seorang yang beragam Kristian Maronite, Perdana Menteri adalah seorang pengikut Muslim-Sunni dan Speaker Parlimen dilantik daripada pengikut Muslim-Syiah.


Saturday, February 9, 2019

OPS SARANG

27 DITAHAN DALAM OPS SARANG

LAHAD DATU: Polis daerah ini menahan 27 individu dipercayai terbabit kegiatan berkaitan dadah dalam operasi Ops Sarang di Kampung Desa Bajau, semalam.

Dilaksanakan bermula 3 pagi sehingga 12.30 tengah hari, tangkapan melibatkan 22 lelaki dan lima wanita terdiri daripada warga tempatan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 15 hingga 58 tahun.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata pihaknya turut merampas empat paket plastik lut sinar pelbagai saiz yang mengandungi hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu seberat 11.42 gram dengan nilai dianggarkan RM1,713.

Nasri berkata pihaknya juga melakukan pemeriksaan ke atas 40 orang individu lain membabitkan 33 lelaki.
“Operasi ini dilancarkan berdasarkan maklumat risikan dan maklumat awam ke atas beberapa sarang penagih bagi memastikan kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah dapat dibendung sepenuhnya.

“Selain itu, operasi ini juga dijalankan bagi mengenalpasti serta mengambil tindakan ke atas sindiket pengedaran dadah yang wujud di kawasan operasi dan berhampiran,” katanya.

Sumber :  sabahnewatoday

#lahaddatuinfo


Tuesday, February 5, 2019

NOTA 2

Assalamualaikum dan Selamat
Tengahari BG.
06 Feb 19

*NOTA PANGGILAN 2*


(BG adalah code panggilan kita)
Ada perubahan saat akhir , kita tengah atur juga dengan perubahan ini. Tuan tuan ready tak kalau tarikh dan tempat kita ubah? Cadangan baru adalah di area sempadan Lahad Datu/Sandakan (Ada yang boleh agak tak). Tarikh kepada 28/2 - 3/3. Yuran kita updated juga. Apa apahal kita update.

https://www.facebook.com/GPSTSSB


- ini adalah pesanan .Sekiranya BG tidak berminat bagitahu sahaja,supaya tidak menerima pesanan lagi pada masa akan datang.


Monday, February 4, 2019

KURSUS ASAS PENGIRING PERIBADI EKSEKUTIF

Pendaftaran Dibuka...
🔛🔛🔛🔛🔛🔛🔛🔛

•••••••••••••••••••••••••••

KURSUS ASAS PENGIRING PERIBADI EKSEKUTIF

📌Tarikh: 21 - 25 Feb 19
📌Lokasi: Kem Lok Kawi, 3 RAMD, Kota Kinabalu, Sabah

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Apa yang anda bakal nikmati :

☑ JL berpengalaman
☑ JL yang terlatih/berpengalaman luas/berkemahiran tinggi dlm melatih
☑ Silibus mengikut Standard  Pekerjaan  Kebangsaan (NOSS)
☑ Berpeluang menaik taraf ke Sijil Kemahiran Malaysia kaedah PPT
☑ Persiapan bagi anggota ATM sebelum bersara/menamatkan perkhidmatan
☑ DLL

Latar Belakang Personal  GPS

🔴 JL tauliah Jab Kemahiran Malaysia.

🔴 Direktori Pakar Industri  Negara (DPIN) Lantikan Jab Kemahiran Malaysia.

🔴 Panel pembangunan NOSS Tahap 3, Tahap 4 (Dip Kemahiran) dan Tahap 5 (Dip Lanjutan Kemahiran) dalam bidang Close Protection Management Kod N801.

🔴 Pemegang Dip Lanjutan Kemahiran Malaysia bidang  Pengurusan Perlindungan Rapat

🔴 Konsultan Penyediaan Latihan berdaftar - HRDF

🔴 Train The Trainer TTT - HRDF

🔴 Lantikan Peg Pembimbing  Program RPEL (PERHEBAT).

📞📞📞📞📞📞📞📞
*Hubungi Segera Tempat Adalah Terhad. First Come First Serve*

Tn Kasim 013 - 323 1918 *KL*
Pn Liza 018 - 291 6954 *KL*
Mohd 019 - 663 0155 *Melaka*
Capt (R) Arlizam bin Ariffin 014-9928983 *Lahad Datu*
En Zaim 016-847 3168 *KK*
En Herwansah 011-1603 3777 *LD*