Monday, October 26, 2009

Kita sedia bekal peralatan tentera pada Lebanon

BEIRUT, Lebanon 17 Julai - Malaysia bersedia membekalkan peralatan ketenteraan ke negara ini pada pertengahan tahun depan bagi memastikan Lebanon berupaya mempertahankan kedaulatan wilayahnya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menegaskan, peralatan berkenaan bukan bersifat menyerang, tetapi lebih kepada perlindungan diri daripada ancaman luar terutama Israel.

Justeru katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain industri pertahanan tempatan dan meminta mereka bersedia membekalkan peralatan tersebut pada masa ditetapkan.

''Pihak berkuasa negara ini (Lebanon) telah meminta bantuan Malaysia untuk membekalkan peralatan pertahanan melalui industri kita yang sedia ada dalam masa setahun.

''Ia merupakan perjanjian pembelian dan Panglima Tentera Darat akan kenal pasti jenis peralatan yang sesuai buat bentuk muka bumi di sini," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Pemangku Menteri Pertahanan Lebanon, Elias Murr.

Pertemuan rasmi selama kira-kira satu jam itu merupakan sebahagian daripada program lawatan enam hari Ahmad Zahid bermula semalam, dalam meninjau penugasan Kontinjen Malaysia (Malcon) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL).

Katanya, pihak berkuasa Lebanon berpuas hati dengan prestasi dan kerjasama Malcon kerana anggota tentera Malaysia didapati bersopan serta memahami keadaan geopolitik negara berkenaan. - Utusan

2 comments:

Anonymous said...

bar out the super at the all mod [url=http://www.bestbodog.com]bodog casino[/url] , with mod [url=http://www.freeamericancasino.com]casino games[/url] and unchained of instruction [url=http://www.yourcasinousa.com]casino bonus[/url]. you can also be with poker rooms at [url=http://www.bestbodog.com]bodog poker[/url]
[url=http://www.liveinternetcasino.com]Casino Spielen[/url] and [url=http://www.casinogameluck.com]Online Casino Spiele[/url] at the impel the date in extraordinary German casinos an overjoyed eye to DE players.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.