Freelance Jobs

Tuesday, February 3, 2009

Portable AntiVirus

Pemacu flash atau thumbdrive pada waktu sekarang nie sudah semakin murah dan mampu milik kepada sesiapa sahaja. Harga untuk 2Gb lebih kurang RM20 je. Betul tak? Jadi tidak hairanlah jika thumbdrive menjadi satu dari alat terpenting bagi penyebaran virus. Mana taknya. Cucuk sini, masuk sana. Senang cerita kalau dok dalam satu opis tu, hampir semua PC mengandungi virus yang sama.

Tetapi cuba kita terbalikkan keadaan ini. Jadikan thumbdrive kita sebagai pengimbas dan membuang virus pada PC dan yang utama ialah pada thumbdrive itu sendiri. Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan memasang Program Antivirus pada thumbdrive itu sendiri.

Program kecil ini mampu mengesan keseluruhan PC dan anda seperti membawa alat untuk mematikan bom dalam thumbdrive anda. Ianya boleh dijalankan pada mana-mana PC tanpa perlu pemasangan. Sungguh mudah.

Program AntiVirus jenis Portable ini boleh didapati secara percuma atau berbayar. Apa yang penting sebenarnya, keselamatan PC dan yang utama ialah keselamatan thumbdrive anda sendiri. Anda pasti tidak mahu dokumen dalam thumbdrive kesayangan anda hilang, kan?
Antara perisian Antivirus yang boleh di pasang pada thumbdrive anda ialah:

McAfee VirusScan USB
Avira AntiVir Personal Edition
Portable ClamWin
Avast! Edisi U3
DriveSentry GoAnywhere 1.0.2.11
Spybot-Search & Destroy

Buta IT........................

KOMANDER MALCON WEST 1


LETENAN KOLONEL ADI RIDZWAN BIN ABDULLAH SMJ KAT KMW PJM
MA (NDU) MM (UM) Dip Strat & Def (UM) psc


Leftenan Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah telah dilantik sebagai Komander MALCON WEST 1 UNIFIL di Selatan Lubnan mulai 3 Okt 2008 memerintah seramai 230 anggota, terdiri daripada 26 pegawai dan 204 anggota termasuk 5 anggota dari Askar Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)

Leftenan Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah telah dilahirkan pada 13 Mei 1963 di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Beliau telah menjalani Latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi sebagai kadet Tauliah Jangka Tetap ke 24 pada 18 Julai 1983 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di Rejimen 11 Gerak Khas pada 11 Julai 1985.

Leftenan Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah telah memegang beberapa perjawatan penting disepanjang perkhidmatan beliau dengan cemerlang. Diperingkat rejimen, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Terup di Rejimen 11 Gerak Khas, Ketua Skuadron di Rejimen 21 Komando dan Rejimen 22 Komando, Penolong Pegawai Memerintah di Rejimen 22 Komando dan beberapa jawatan staf. Beliau juga pernah memegang jawatan di Markas Tentera Darat sebagai Pegawai Staf Q/Teknikal 2 dan seterusnya sebagai Pegawai Staf Q/Teknikal di Jabatan Arah Gerak Khas.

Di pusat latihan beliau pernah menjawat beberapa jawatan di Maktab Tentera Diraja (MTD) iaitu sebagai Jurulatih di Cawangan Kadet, Ajutan MTD dan Ketua Cawangan Putera di Cawangan Putera diantara tahun 1994 hingga 1999.

Di sepanjang perkhidmatan beliau yang cemerlang, Leftenan Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Am (PPA), Pingat Pekhidmatan Setia (PPS), Pingat Jasa Malaysia (PJM), Kesatria Angkatan Tentera (KAT), Kesatria Mangku Wilayah (KMW) dan Setia Mahkota Johor (SMJ).

Leftenan Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah telah menghadiri beberapa kursus didalam dan luar negara. Beberapa kursus penting yang telah beliau hadiri adalah Asas Terjun Bebas, Tempur Jarak Dekat di PULPAK, Sg Udang, Maktab Turus Angkatan Tentera di Haigate, Special Forces Qualification Course, Free Fall Jumpmaster, Pathfinder dan Air Assault di Amerika Syarikat. Beliau juga telah memperolehi ijazah Masters in Management dari Universiti Malaya pada Ogos 2003 dan Masters in Strategic and Security Studies dari National Defense University, Washington D.C pada Jun 2007. Leftenan Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Jamaliah Ainon binti Manah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki. Hobi beliau adalah membaca, berenang dan sukan golf.

UN Medals: UNIFIL

UNITED NATIONS INTERIM FORCE IN LEBANON
This Mission was established in March 1978 to confirm the withdrawal of Israeli forces from southern Lebanon, to restore international peace and security, and to assist the Government of Lebanon in ensuring the return of its effective authority in the area. The Mission continues to the present date.


The ribbon bears three equal bands of UN colour: blue, green and UN blue. The bands are separated by two equal sized white stripes, each bisected by a narrow red line. The colours represent the UN and Lebanese flags. The qualifying period of service to earn the medal is 90 days of service in the Mission.


The following countries have provided troops to this Mission: Canada, Fiji, Finland, France, Ghana, Iran, Ireland, Italy, Nepal, the Kingdom of the Netherlands, Nigeria, Norway, Poland, Senegal and Sweden. Those Military Observers from Fiji, Ghana, and Nepal assigned to UNIFIL as parent mission, and then detached for service with UNGOMAP, are also eligible, after 90 days of service, for the UNIFIL medal bearing a clasp indicating service with UNGOMAP.

Enam Perkara Yang Kita Lupa!!!

· Senyum apabila jumpa rakan.
· Terima kasih selepas menerima pertolongan.
· Ingat keluarga apabila nampak gadis manis.
· Simpan duit untuk kecemasan dan masa depan.
· Menegur rakan yang tiada panduan.
· Minta maaf jika melakukan kesalahan.


oleh
Mej Muhammad bin Abdullah

MALCON WEST



Pengorbanan tidak mengira batasan sempadan. Sedia berjuang dimana sahaja demi maruah Negara tercinta..
MALCON WEST

HARI HARI HARI MENGHITUNG HARI


Matahari Menjelma.



Baris Pagi.



Matahari Terbenam.



Powow.



Surau.

Semua Teringat Hari....

Sending-Off Ceremony For MALCON WEST 1


MALAYSIA, Saturday 25 October 2008 – Five personnel of the Royal Brunei Armed Forces embedded in the Malaysian Military Forces were among 171 out of 225 Malcon West members leaving for Lebanon today together with the Malaysian Military Forces to replace Qatar servicemen under the United Nations Interim Force (Unifil) in Lebanon. This is the first time Brunei soldiers have participated in Malaysian Military Forces peacekeeping mission under the United Nations (UN) banner.

The guest of honour during the official sending-off ceremony at Subang Air Base in Kuala Lumpur was YB Datuk Wira Abu Seman bin Hj Yusop, Deputy Minister of Defence Malaysia. Representing the Ministry of Defence Brunei was The Deputy Minister Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Colonel (Rtd) Dato Seri Paduka Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar. YB Datuk Wira Abu Seman in his speech expressed appreciation to the Government of His Majesty of Brunei Darussalam for again trusting Malaysia in embedding its personnel. This practice he said could generate inspiration for an ASEAN composite contingent.




Dipetik dari : http://www.mindef.gov.bn/MOD_Brunei