Freelance Jobs

Tuesday, February 3, 2009

KOMANDER MALCON WEST 1


LETENAN KOLONEL ADI RIDZWAN BIN ABDULLAH SMJ KAT KMW PJM
MA (NDU) MM (UM) Dip Strat & Def (UM) psc


Leftenan Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah telah dilantik sebagai Komander MALCON WEST 1 UNIFIL di Selatan Lubnan mulai 3 Okt 2008 memerintah seramai 230 anggota, terdiri daripada 26 pegawai dan 204 anggota termasuk 5 anggota dari Askar Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)

Leftenan Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah telah dilahirkan pada 13 Mei 1963 di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Beliau telah menjalani Latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi sebagai kadet Tauliah Jangka Tetap ke 24 pada 18 Julai 1983 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di Rejimen 11 Gerak Khas pada 11 Julai 1985.

Leftenan Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah telah memegang beberapa perjawatan penting disepanjang perkhidmatan beliau dengan cemerlang. Diperingkat rejimen, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Terup di Rejimen 11 Gerak Khas, Ketua Skuadron di Rejimen 21 Komando dan Rejimen 22 Komando, Penolong Pegawai Memerintah di Rejimen 22 Komando dan beberapa jawatan staf. Beliau juga pernah memegang jawatan di Markas Tentera Darat sebagai Pegawai Staf Q/Teknikal 2 dan seterusnya sebagai Pegawai Staf Q/Teknikal di Jabatan Arah Gerak Khas.

Di pusat latihan beliau pernah menjawat beberapa jawatan di Maktab Tentera Diraja (MTD) iaitu sebagai Jurulatih di Cawangan Kadet, Ajutan MTD dan Ketua Cawangan Putera di Cawangan Putera diantara tahun 1994 hingga 1999.

Di sepanjang perkhidmatan beliau yang cemerlang, Leftenan Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Am (PPA), Pingat Pekhidmatan Setia (PPS), Pingat Jasa Malaysia (PJM), Kesatria Angkatan Tentera (KAT), Kesatria Mangku Wilayah (KMW) dan Setia Mahkota Johor (SMJ).

Leftenan Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah telah menghadiri beberapa kursus didalam dan luar negara. Beberapa kursus penting yang telah beliau hadiri adalah Asas Terjun Bebas, Tempur Jarak Dekat di PULPAK, Sg Udang, Maktab Turus Angkatan Tentera di Haigate, Special Forces Qualification Course, Free Fall Jumpmaster, Pathfinder dan Air Assault di Amerika Syarikat. Beliau juga telah memperolehi ijazah Masters in Management dari Universiti Malaya pada Ogos 2003 dan Masters in Strategic and Security Studies dari National Defense University, Washington D.C pada Jun 2007. Leftenan Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Jamaliah Ainon binti Manah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki. Hobi beliau adalah membaca, berenang dan sukan golf.

No comments: