Freelance Jobs

Saturday, February 7, 2009

Bertugas dengan IKHLAS DAN JUJUR

Wahai semua pegawai dan anggota MALCON WEST 1. Semoga dapat kite melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada kita dengan JUJUR DAN IKLHAS, insyallah. Alhamdullilah sudah hampir 4 bulan disini segalanya berjalan dengan lancar walaupun menghadapi cabaran dari segi menyesuaikan diri dengan cuaca, keadaan sekeliling dan berada jauh dari keluarga didalam melaksanakan tugas. Selamat Bertugas....

If you served in the Lebanon please share your thoughts and memories here




GOLF BAIK UNTUK KESIHATAN






GOLF baik untuk kesihatan anda. Itulah rumusan daripada kajian yang dijalankan oleh saintis sukan Amerika Syarikat (AS).
Tentunya bagi kaki golf mereka tidak memerlukan kajian oleh saintis tersebut untuk mengatakan golf baik untuk kesihatan.
Apabila keluar ke padang atau ke lapang sasar mereka tahu ia pasti menyihatkan. Mengayun kayu golf, berjalan dan naik turun cerun semuanya baik untuk kesihatan.
Tetapi sudah tentu bila ada kajian macam ini ia lebih baik. Ia bukti kukuh apabila berdebat dengan golongan yang anti sukan ini yang mengatakan kononnya golf tidak memberi apa-apa kesan ke badan.
Kajian itu telah dijalan oleh pakar bernama Neil Wolkodoff pengarah Rose Center untuk Kesihatan dan Sains Sukan di Denver, AS.
Wolkodoff menggunakan lapan pemain amatur sebagai dalam uji kajinya. Semuanya lelaki berumur antara 26 ke 61 tahun. Handikap dari dua hingga 17.
Sukarelawan itu dipasang dengan pelbagai sensor dan peralatan yang sesuai. Kemudian setiap pemain bermain di sembilan lubang pertama yang berbukit di pinggir bandar Denver beberapa kali sepanjang kajian itu.
Sepanjang permainan sembilan lubang, pemain berjalan kaki dan menggunakan buggy. Mereka juga membawa beg dengan cara berbeza iaitu letak di buggy, galas sendiri, guna troli dan guna kedi.
Kajian itu merumuskan bahawa pemain golf yang berjalan untuk 36 lubang setiap minggu tubuhnya akan membakar sekitar 2,900 kalori seminggu. Sedangkan jika kita dapat membakar 2,500 kalori dalam seminggu dianggap sudah baik.
Ini kerana kajian menunjukkan mereka yang badannya membakar 2,500 kalori seminggu dapat meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan.
Ia akan mengurangkan risiko serangan jantung, kencing manis dan barah.
Malah kajian itu juga mendapati dengan berjalan kaki ia akan membantu pemain melakukan catatan lebih baik.
Sebab itu kaki golf sejati selalu berkata berjalan kaki ketika bermain golf bukan sahaja baik untuk kesihatan badan tetapi dapat membantu untuk catatan lebih rendah.
Ada yang berpendapat jika berjalan pemain akan melihat dan berfikir lebih banyak. Jadi dia akan tahu apa lebih terperinci apa yang ada di depan dan ada masa untuk menimbangkan pilihan untuk pukulan seterusnya.
Kajian ini membuktikan bermain golf dengan berjalan pikul beg sendiri, guna troli atau pakai kedi dapat membantu catatan anda.
Tetapi di Malaysia walaupun menggunakan buggy tetapi dikatakan pemain akan berjalan pada jarak yang sama seperti yang berjalan kaki.
Ini kerana kebanyakan lapangan tidak membenarkan buggy masuk ke fairway, jadi pemain terpaksa berjalan ke bolanya dan kadang kala terpaksa memanjat dan menuruni cerun. Itu belum masuk kena cari bola dan sebagainya.