Sepertimana umat Islam diseluruh dunia yang lain, upacara dimulakan dengan menunaikan Solat Sunat Aidil Adha di Surau, Kem Qatar. Para pegawai dan anggota MALCON WEST 1 yang tidak bertugas pada masa itu telah bersama-sama bertadbir. Diikuti dengan sembahyang sunat Aidil Adha yang dipimpin oleh Pegawai Agama Kapt (ust) Hairulnizam bin Hamid pada jam 7.30 pagi. Sepertimana biasa selesai sahaja menunaikan solat seterus mendengar khutbah Aidil Adha. Selesai khutbah, upacara korban dimulakan dengan Komander MALCON WEST 1, Lt Kol Adi Ridzwan Abdullah merasmikan upacara korban, seterusnya diikuti penyembelihan oleh pegawai dan anggota MALCON WEST 1. Setelah selesai upacara penyembelihan majlis diteruskan dengan jamuan Hari Raya Aidil Adha di Stadium Doha.
Bagi menyempurnakan sambutan Aidil Adha, satu upacara majlis pengagihan daging korban kepada penduduk setempat telah dilaksanakan pada 9 Dis 2008. Pengagihan melibatkan 80 bahagian kibas yang telah disembelih dengan setiap bahagian seberat 5 kg.
Keunikan menyambut Aidil Adha di Selatan Lubnan yang jauh dari sanak saudara ini bakal menjadi satu pengalaman yang tidak dapat akan dilupakan bagi semua lapisan anggota MALCON WEST 1.
MEJ KAMARUL BIN KASSIM