Freelance Jobs

Saturday, January 31, 2009

LAWATAN KE SEKOLAH MAHDI

 
Posted by Picasa

RAWATAN PERUBATAN KEPADA KANAK-KANAK DI TIBNIN PADA 13 NOV 2008

 
 
 
 
Posted by Picasa

MALCON WEST 1 (OKT 2008 - JULAI 2009)

Bermula pada tahun 2007 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menghantar kontinjen pertama yang bertempat di Koukaba Selatan Lubnan. Kontinjen Pertama dikenali sebagai MALCON EAST 1 berada di Sektor East. Dengan menunjukkan mutu kerja serta kemampuan yang ditunjukkan Kontinjen Malaysia semasa melaksanakan misi-misi pengaman di bawah PPB, Malaysia sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menghantar satu lagi kontinjen bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tentera Qatar di Sektor West, At Tiri. Pada 10 Okt 2008 pergerakan pertama Tim Logistik yang diketuai oleh Mej Roni bin Awang Khecik bersama 2 lagi pegawai dan 1 LLP. Bertanggungjawab bagi menguruskan segala keperluan logistik agar ketibaan kumpulan besar berjalan dengan lancar.


Pergerakan kedua sampai pada 19 Okt 2008 menggunakan pesawat udara Malaysia Airline System (MAS) tiba Lapangan Terbang Antara Bangsa Rafik Hariri di Beirut pada jam 7.30 pagi. Kumpulan ini diketuai oleh Lt Kol Adi Ridzwan Komander MALCON WEST 1 bersama 10 pegawai dan 44 LLP. Ketibaan disambut oleh Lt Kol Arman Rumaizi Timb Komander MALCON EAST 3. TYT Dato’ Abdul Halim bin Abdul Rahman Duta Besar Malaysia di Beirut turut serta menyambut ketibaan. Kumpulan ini akan mengambil alih tugas menjaga keselamatan Kem Qatar yang sebelum ini ditugaskan kepada pl dari MALCON EAST.

Pada awal pagi 26 okt 2008 peralatan logistik, kargo dan kenderaan tiba di Sea Port Beirut bersama Kapt Samsudin bin Kaliman serta seorang anggota menggunakan kapal laut Vivien 1. Bertolak dari Pelabuhan Klang pada 12 Okt 2008, perjalanan mengambil masa 13 hari untuk sampai di Beirut. Setelah selesai pemunggahan oleh pihak pelabuhan semua kargo serta dikenderaan yang dibantu oleh Polish Logistic Group (POLLOG) bersama Polis Tentera UNIFIL dari Tanzania. Semua Kargo dan kenderaan dihantar ke Kem Qatar dalam keadaan selamat.


Kumpulan terakhir yang diketuai oleh Mej Muhammad bin Abdullah Timb Komander yang terdiri dari 179 pegawai dan LLP. Kumpulan tiba di Lapangan Terbang Antara Bangsa Rafik Hariri juga menggunakan pesawat MAS pada sebelah petang 26 Oktober 2008. Turut bersama menghantar adalah Lt Jen Dato’ Allatif bin Mohamed Noor Panglima Angkatan Bersama (PAB) bersama rombongan dari Markas Angkatan Bersama. Sebelum memasuki kawasan operasi kumpulan ini ditempatkan sementara di POLLOG Beirut. Setelah berehat dalam tempoh 3 jam mereka bergerak dengan menggunakan bas serta diiringi oleh pasukan MP dari Tanzania. Setibanya di Kem Qatar pada 3.00 pagi, Mej Shafizan telah memberikan taklimat ringkas sebelum anggota-anggota dibenarkan untuk pergi bilik yang telah sediakan. walaupun suasana dan cuaca yang berbeza dengan Malaysia, anggota menunjukkan mereka sudah sedia untuk melaksanakan tugas mereka di sini.

Mej Kamarul bin Kasim

KOMPUTER PERTAMA AKU TAHUN 1998



Nie la komputer pertama yang aku miliki.Pasang sendiri.takde seni. Hanya Monitor 16" masih tetap berfungsi dengan baik. Tiada masalah pada hardware..cuma kekadang Windows je problem. Spec komputer adalah seperti berikut :


Intel Pentium 2 800 MHz

RAM SDRAM 32Mb

Hard Disk 20Gb

Windows 98

Harga masa tu 1998 : RM1800 (complete printer + speaker 40 watt + Mouse) beli masa PC fair PISA kat penang. 2 tahun kumpul duit. yang tinggal kini hanya monitor..ada lagi kat rumah..ada nilai sentimental. first pc yang paling laju dalam 3 hari kena potong...Ni kerja ANAS..hari 2 tgk cd.


Dulu, masa mula-mula beli rasa cam laju sangat komputer nie, tapi sekarang rasa cam terlalu slow. Ape pun, komputer nie tetap banyak berjasa kepadaku..

Setakat ni aku dah pakai 4 buah pc (2 note book 2 desktop).

DUNIA KOMPUTER KLON..PEACE

APA DIA RDX?



1,3,5-Trinitroperhydro-1,3,5-triazine

Cyclotrimethylenetrinitramine, also known as RDX, cyclonite, hexogen, and T4, is an explosive nitroamine widely used in military and industrial applications. Nomenclature variants include cyclotrimethylene-trinitramine and cyclotrimethylene trinitramine.

In its pure, synthesized state RDX is a white, crystalline solid. As an explosive, it is usually used in mixtures with other explosives and plasticizers, phlegmatizers or desensitizers. It is stable in storage and is considered one of the most powerful and brisant of the military high explosives.

KOMPOSISI C4




C-4 atau Komposisi C-4 merupakan satu jenis bahan letupan plastik pelbagai yang biasa untuk tujuan ketenteraan.

Perkataan komposisi digunakan untuk apa-apa bahan letupan yang stabil, dan "Komposisi A" dan "Komposisi B" adalah jenis lain yang diketahui. C-4 lebih berkesan 1.34 kali sebagai letupan berbanding trinitrotoluena (TNT).

Apabila pasukan tentera atau syarikat perobohan komersil menggunakan C-4, biasanya 3–5 kg C-4 digunakan untuk memusnahkan batang keluli segi empat 8-inci (200 mm). Kuantiti ini lebih dari yang diperlukan, untuk memastikan tugas berjaya disempurnakan.

Disebabkan C-4 terbakar dengan perlahan jika dinyalakan, dan perlu diletupkan dengan bahan letupan lain untuk digunakan sebagai bahan letupan, kadang-kadang ia digunakan tentera sebagai bahan api dalam kuantiti yang sedikit semasa Perang Vietnam. Walaupun pada amnya ia selamat digunakan dengan cara ini, terdapat beberapa anekdot mengenai askar yang cuba memadamkan api dengan menghentakkan kaki menyebabkannya meletup.

RUJUKAN WIKIPEDIA.