Kenangan sepanjang misi selama 9 bulan diabadikan di dalam diari ini. Semua aktiviti dapat dilayari dimana sahaja.Weblog ini telah dibangunkan pada awal tahun 2008. Tujuan Weblog ini adalah untuk bertukar-tukar maklumat dan informasi yang berkaitan dengan kehidupan di LEBANON. Berdasarkan pengalaman sebenar penulis.
Monday, March 23, 2009
Suatu hari ketika percutian, Komander membawa anak-anak dan isteri ke kolam renang KRTU Subang. Ketika berenang-renang anak bongsu Komander berkata, "ayah, ayah, nak tanya satu soalan ni." Komander menjawab, "ye... nak tanya apa tu?". Lalu sianak berkata, "kalau penyelam kan ayah, lepas dah pakai 'diving suit' siap tanki oksijen kan, mrk pun duduk kat tepi bot tu, lepas tu mereka terus terjun cara terlentang ke dalam air. Betul tak ayah?" Komander menjawab "iye lah..". Sianak bertanya lagi.."kenapa mereka terjun terlentang ke belakang... kenapa tidak terjun ke depan?" Komander dgn selamber menjawab, "nanti kalau ke depan air masuk hidung pulak..." Sianak berkata lagi, "taklah ayah... kalau terjun ke depan, nanti masuk balik dalam bot lah.. tak masuk ke laut" Isteri Komander tergelak dari tepi kolam melihat Komander mengejar anak-anaknya serata kolam... Heh heh budak-budak...
Label:
Penyelam
Get to know me then u know about me :))
Subscribe to:
Posts (Atom)