Freelance Jobs

Wednesday, April 15, 2009

Malcon West 1 ke Lebanon (petikan harian kosmo 7 okt 2008)


PORT DICKSON - Seramai 225 anggota tentera Malaysia, Malcon West 1 bakal menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) pada 18 Oktober dan 25 Oktober ini.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, penghantaran tentera itu bagi menggantikan kompeni infantri Qatar mengawasi At Tiri, di barat Lebanon.
Menurutnya, Malcon West 1 terdiri seramai 185 daripada tentera darat, 20 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 20 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Adi Ridzuan Abdullah.
"Malcon West 1 dijangka berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang. Mereka akan berada di At Tiri selama sembilan bulan.
"Misi ini juga merupakan kali pertama kontinjen Malaysia disertai bersama oleh lima anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atas semangat kerjasama di antara kedua-dua negara,'' katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pemakaian beret PBB dan penyerahan bendera Malaysia kepada pasukan Malcon West 1 di kem Sunggala.