Friday, May 22, 2009

PERANTAU 2 EDISI DIGITAL ONLINE

Perantau 2 Apr 2

20 best rated stories (based on 5 maximun points)


· 1: KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI - (4.5 points)
· 2: Saintis Akui Matahari Akan Terbit Dari Barat !!! - (5 points)
· 3: MENGAPA HISTERIA HANYA MENYERANG PELAJAR ISLAM? - (5 points)
· 4: RAHSIA BAHASA INGGERIS DISEBALIK SUBJEK SAINS DAN MATEMATIK - (5 points)
· 5: BUDAYA GOTHIC - PENYAKIT REMAJA YANG SEMAKIN BERNANAH!!! - (5 points)
· 6: UIA Berusaha Untuk Membuang Songkok - (2 points)

BUDAYA MEMBACA ?

......

PERISTIWA POKOK BERKATA-KATA DIPALESTINE......





Figure 1: African Boxthorn (Lycium ferocissimum)


Kenyataan akhbar ini pasti akan menimbulkan berbagai persoalan dan perbincangan sama ada untuk menyokong atau menolak perkara ini. Adakah benar pokok-pokok berkata-kata di Ramallah? Dan adakah ini bermakna tanda-tanda kiamat telah mula timbul? Jesteru itu akhbar "Afaq Arabiah" milik Ikhwan Muslimin di Mesir keluaran 15 Mei 2002 telah berjaya mendapat laporan yang lengkap mengenai perkara ini dari sumbernya di Palestin.


Pihak akhbar telah menghubungi Syeikh Ahmad Yassin, Pemimpin Gerakan Islam HAMAS di Palestin melalui telefon dan beliau menegaskan :


"Pokok berkata-kata di Ramallah adalah salah satu tanda bagi kemenangan Islam, dan ini bukan tanda yang pertama. Sebelum ini sebahagian daripejuang kami yang syahid di dalam pertempuran,jasad-jasad mereka berbau harum ketika hendak dikebumikan".


Syeikh Ahmad Yassin menyatakan semasa dihubungi oleh pihak akhbar melalui telefon :


"Sesungguhnya berita gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW mengenai pokok-pokok dan batu-batu berkata-kata telah pun berlaku dan masa akan datang akan menyaksikan tanda-tanda lain dari dari apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dari berita gembira tersebut. Inilah yang meneguhkan keyakinan kami bahawa sesungguhnya pertolongan Allah SWT akan datang dan ianya tidak mustahil berlaku. Perkara ini juga mengembalikan kekuatan barisan pejuang-pejuang Islam di Palestin. Ini juga memberikan makna yang besar kepada kami bahawa musuh kami akan hancur dan musnah dengan izin dari Allah SWT dan kami yakin dengan Sabda Baginda SAW : "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi. Maka orang-orang Yahudi akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok (kerana takutkan orang-orang Islam) dan batu-batu dan pokok-pokok tersebut berkata kepada orang-orang Islam: "Wahai Muslim! Wahai hamba Allah! Ini Yahudi dibelakangku. Bunuhlah ia !" Kecuali pohon 'Gharqad' kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi".




Syeikh Ahmad Yassin menjelaskan bahawa pokok-pokok berkata-kata adalah tanda awal kemenangan bagi pejuang-pejuang kebenaran yang tidak akan ditimpa kehinaan dan kelemahan seperti yang dijelaskan didalam hadis Rasulullah SAW :


"Tidak akan hilang satu golongan dari umatku yang akan menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan dapat dimudharatkan oleh orang-orang yang yang cuba menentang dan merendah-rendahkan mereka sehinggalah tiba pertolongan dari Allah SWT". Sahabatbertanya kepada Baginda SAW : " Siapakah mereka Wahai Rasulullah ? Manusia dari umatku di Baitul Muqaddis dan pelindung-pelindung(mujahid-mujahid) di Baitul Muqaddis".


Berikut adalah laporan peristiwa tersebut yang disampaikan oleh Syeih Ahmad Yassin di mana lebih kurang pukul 8.30 pagi hari Ahad selepas hari serangan terakhir Yahudi terhadap Ramallah, tiga orang pemuda Palestin keluar untuk menuju ke hospital pusat di Ramallah untuk mencari mangsa-mangsa serangan udara yang dilancarkan oleh pihak Israel. Semasa di pertengahan jalan, mereka melihat seorang penduduk Yahudi berdiri di atas sebuah tembok. Mereka berpandangan di antara satu sama lain dan mengambil kata sepakat untuk membunuh Yahudi tersebut. Mereka menghampiri Yahudi tersebut secara sembunyi-sembunyi supaya kedatangan mereka tidak disedari oleh Yahudi tersebut tetapi mereka mendapatinya telah melarikan diri. Mereka terus berusaha mencari dan mengepung Yahudi tersebut sehingga ke sebuah jalan mati tetapi mereka tidak berjaya menemui Yahudi tersebut. Ketika mereka hendak pulang mereka mendengar satu suara memanggil mereka. Pada sangkaan mereka itu adalah khayalan mereka apabila mereka gagal mencari punca dari mana suara itu datang dan mereka mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan mereka ke hospital. Sekali lagi mereka mendengar suara tersebut berulang-kali memanggil mereka dan akhirnya merekamendapati bahawa suara itu datang dari belakang salah satu dari pokok-pokok yang berhampiran dengan mereka. Pada sangkaan mereka suara itu adalah dari salah seorang mangsa serangan Yahudi tempohari yang memanggil mereka untuk meminta pertolongan. Ketika mereka sampai berhampiran dengan pokok tersebut mereka mendengar satu suara yang samar-samar menyuruh mereka melihat dan membunuh Yahudi yang bersembunyi di belakang pokoktersebut. Mereka benar-benar mendapati Yahudi yang mereka cari itu bersembunyi di belakang pokok tersebut dan mereka terus mengepung dan membunuh Yahudi tersebut. Selepas itu mereka segera meninggalkan tempat tersebut untuk mengelakkan bertembung dengan tentera Yahudi . Mereka terus menuju ke hospital dan menceritakan peristiwa tersebut kepada pihak hospital.


Dalam beberapa jam, berita tersebut telah tersebar luas ke seluruh bandar Ramallah dan sampai ke pengetahuan Yahudi yang mencari-cari punca sebenar pembunuhan Yahudi tersebut. Perkara ini menakutkan tentera-tentera Israel dan mereka telah mengurangkan jumlah tentera di tempat kejadian. Saluran berita Qatar telah menyebarkan berita mengenai peristiwa ini melalui akhbar dan media massa dan mengiktibarkan bahawa apa yang berlaku di Palestin adalah salah satu dari tanda-tanda kiamat danini adalah satu peluang bagi penduduk Palestin untuk mencapai pertolongan dari Allah yang semakin hampir.


Berdasarkan dari apa yang disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yassin, Doktor Abdul Aziem al-Mutni'ie - pensyarah Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar menegaskan : "Kami tidak ragu-ragu untuk menerima perkara tersebut kerana ianya telah jelas disebut di dalam hadis Baginda SAW dan ini bermakna, peristiwa ini tidak bercanggah dengan hadis dan kerana tidak ditentukan di dalam hadis apabila pokok berkata-kata maka kiamatakan terjadi esok. Tidak diragui lagi bahawa umur dunia yang telah berlalu lebih banyak dari yang tinggal. Oleh itu tidak perlu diragui lagi tentang peristiwa ini lebih-lebihlagi ianya disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yassin. Ini adalah peluang yang baik bagi umat Islam dan salah satu dari tanda-tanda pertolongan Allah SWT.


Petikan dari akhbar "Afaq Arabiyah",Kaherah,Mesir



Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.


Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.




Sumber lain: en.wikipedia.org/wiki/Gharqad



Sunday, May 17, 2009

ALAHAI KOMPUTER....TERLEBIH SUDA





Sudah hampir 7 bulan aku berada disini. Kalo ikut kiraan hari ada lebih kurang 55 hari lagi untuk MALCON WEST 1 menamatkan misi ini. Sepanjang aku berada disini penggunaan sistem komputer yang digunakan dalam UNIFIL amat berkesan. Terfikir juga aku kenapa sistem ini berkesan? adakah warga tentera kita masih belum mahir dalam IT. Bila aku pergi ke francebatt, Aku perhatikan setiap anggotanya tidak kira pegawai atau LLP sibuk mengusung komputer riba. Erm...dan rata-rata daripada mereka ini mahir menggunakan komputer. Tetapi sekiranya pegawai dan anggota mengharapkan komputer yang diisu oleh kerajaan baru nak mengenal komputer atau terlalu berkira komputer yang nak digunakan. Ada pulak mengatakan kedekut nak pakai komputer sebab takut virus...Tak munasabah langsung. Virus ni bukannye semestinya merosakkan komputer. Tetapi kena la berkorban. Pasal elaun sama aje. Takde lebih takde kurang. Kalo lebih tu rezeki masing-masing.

Lebih teruk dalam teruk komputer pun takde. Harap bawak thumbdrive ke hulu ke hilir. Pastu apa maklumat yang disimpan...sekadar simpan sahaja la. Konon ada la kerja yang dibawa balik. "ada kat thub drive aku ni" sedut aje. Beli rokok bole. Nak beli komputer alahai..untuk kerja. adakah wajar semua ini diissue kepada pegawai dan anggota? Bukan mahal pun berbanding dengan sekotak rokok everyday. Aku tak tau nak ucap macamana kepada pegawai dan anggota yang memiliki komputer. BAGUS..satu langkah kehadapan. Insyaallah anda akan berjaya. Belajar berkongsi pengetahuan untuk kebaikan bersama. Jangan tanya komputer issue mana? dah cukup apa yang ada. Cuma kalo setakat komplen sepatutnya...sepatutnya..dah 8 malcon la. tak cukup2 lagi la. cuba tukar diri dan duduk ditempat yang kita kata tak betulkan tu. betulkan apa yang tak betul.Tapi kalo setakat bawak thumb drive merata2 takyah. Bantu mereka yang nak membetulkan keadaan. Setakat mengata org ni tak betul, dia yang betul, bukan penyelesai masalah. "SO 1 Log aku penah bagitau..."Peg Ordnans ni, dont fight the problem but solve it" Hidup lagi SO 1 aku ni...

Nasihat aku yang tak berapa pandai ni. sebelum nak tanya atau menguji tu.. baca perkara asas dulu. aku pun tak pandai gak.tapi kalo bertanya kat org yang tahu tu walaupun kena la "Tu pun ko tak reti" biasa la. sekurang2nya dia bagitau apa aku tak tau. even ngan prebet pun aku tanya. Camne ye nak buat. Prebet ni bukan tak pandai....tapi pengalaman dia tu. So moralnya jangan memperkecilkan org.. kita belajar melalui banyak cara..sambil dengar tu ingat dan analisis betul ke tidak. Tu pun belajar gak.

Apa sumbangan aku kepada pasukan? atau apa pasukan sumbang kat aku? mana yang lebih berat? apa kebajikan aku kepada pasukan? apa pasukan bagi kebajikan kat aku? erm..dont fight the problem.....solve it.

Jelasnya komputer ni bukan nyer barangan mewah. tak mewah pun..keperluan macam nasi gak. satu lagi jangan cemburu..dia takpelah pandai komputer.aku dah tua nak pencen, buat apa beli komputer. erm...pemikiran singkat. esok kalo anak dah besar" ayah apasal ayah takde komputer? adik nak komputer satu..cikgu kat kelas ajar pakai LCD. adik nak copy" tak mo la thumb drive aje." hahahahahahah hik hik ....time tu ..nanti abah belikan..sampai abis misi tak beli......JANGAN RASA DALAM HATI. ESOK SAKIT JANTUNG..MISI NAK TAMAT.

PERINGATAN PERISTIWA 13 MEI 1969


Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen telah menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.


Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) pula menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.


Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan oleh pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dan menyuruh mereka kembali ke hutan.Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan perarakan besar di Selangor. Perarakan tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru ketika itu diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini juga letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (’menyingkir’) orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.


Perarakan kematian Cina

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya yang telah melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh yang menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maafnya sudah terlambat.Rumah Menteri Besar Selangor


UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini sebenarnya tidak dirancang.
Orang Melayu mula berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur kerana marah dengan kelakuan kurang ajar Gerakan. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Tetapi rupa-rupanya, ada di anatra mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato’ Harun Idris untuk mengamuk.


Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap dikalangan orang Melayu. Pada jam 3.00 petang, berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak yang terletak hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor telah tersebar.


Bermula jam 4.00 petang, dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya juga dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Orang Cina dan pemuda Cina ini pula lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.


Rusuhan besar pun terjadi. Perintah darurat dikeluarkan dan semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer turut dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.


Rejimen Renjer


Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer mengambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Rejimen Renjer ketika itu dikatakan adalah seorang Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru mula mengamuk bila merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das tembakan turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu


Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Pentadbiran mula diambil-alih oleh Askar Melayu.


Panggung Odeon


Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .


Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru untuk membantu dihalang. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat juga dihalang oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.


Angka korban


Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]


Di mana Tunku?


Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.


6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.


Bagi orang Melayu, Dato’ Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969.



Mageran Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.


Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu” ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Tun Dr. Mahathir telah diharamkan.


Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.


Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.


Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.


Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.


Saturday, May 16, 2009

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

PERISMATIC COMPASS FRANCIS BAKER MARK III
HANDHELD GPS GARMIN EX TREX VISTRA
LONG RANGE BINOCULAR BSD 202 IEI
LASERANGE FINDER VECTRONIX VECTOR MOD 21
NVG LUNOS (LIGHTWHEIGHT UNIVERSAL NIGHT OPTRONIC SYSTEM)

ADA 2 LAGI ALAT (JAMMER DAN BINOCULAR)

Wednesday, May 13, 2009

IRAN PUNYA LONG RANGE BINOCULAR BSD 202



20X120 Observatory Binoculars (BDS-202)

Main features:
• 20x magnification.• Supplied complete with holding arm and sturdy tripod.• Fully - coated optics.• Easy center focus.• Airtight mechanism / protection against water, dust, rust, moisture , etc.• Equipped with reticle lamp for use at night.• Nitrogen gas filled.

20X120 Observatory Binoculars (BDS-202)
General description: For use on the toughest military assignments. Mountable on special tripod, observatory towers and on shipboard; excellent for viewing long distances on land and at sea as well as extreme close up observation. The graduation scale also allows distances of objects to be measured from observation posts in daylight and at night.

Technical Specifications:• Objective diameter: 120 mm• Magnification : 20 x• Real field of view : 3°• Exit pupil diameter: 6 mm• Relative brightness : 36• Range of diopter : -4 to +2 diopters• Range of interpupillary
• distance adjustment : 58 to 72 mmPointing range :• Azimuth : 6400 mil• Elevation : 1000 mil• Depression : 500 milWeight :• Telescope : 14 kg• Holding arm : 2.1 kg• Tripod : 9 kgDimensions :• Length of telescope : 710 mm• Width of telescope : 350 mm• Height (eye-level) : 1400 mm

MALCON WEST 1 AKAN TAMAT MISI PUNYA CERITA


TUNGGU..................

Malcon East IV teruskan misi cemerlang ATM


KONTINJEN pengaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diberi kepercayaan untuk meneruskan misi bantuan di Lebanon.
Ia merupakan misi bantuan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lebanon (Unifil) untuk meneruskan bantuan pengaman yang telah diberikan sebelum ini.
Dari segi sejarahnya, PBB telah mula mempelawa ATM untuk menyertai misi Unifil bagi menguatkuasakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan bertarikh 11 Ogos 2006.
Dari pelawaan tersebut, kerajaan Malaysia bersetuju untuk menghantar kontinjen dengan komposisi kekuatan seramai 360 anggota dan peralatan logistik sejak awal Januari 2007.
Sehingga kini, ATM telah menghantar empat kontinjen pengaman menyertai misi Unifil untuk menjalankan misi keselamatan di Lebanon.
Antaranya ialah:
lMalcon East I
Kontinjen ini adalah pasukan pertama yang mewakili ATM. Mereka telah memulakan tugas bermula 2 Januari 2007 hingga 28 Oktober 2007.
lMalcon East II
Kumpulan kedua ini mula menjalankan tugas mereka bermula 29 Oktober 2007 dan berakhir pada 29 Julai 2008. Kumpulan ini juga merupakan kumpulan pertama kali membawa 10 anggota wanita ATM untuk bersama-sama menjalankan misi di Lebanon.
l Malcon East III
Kontinjen ketiga ini mula menjalankan tugas pengaman merek bermula 30 Julai 2008 hingga 30 April 2009.
l Malcon East IV
Kontinjen keempat ini mula menjalankan misi pengaman mereka bermula 1 Mei 2009 hingga 29 Januari 2010.
Misi pengaman ini ditugaskan selama sembilan bulan dan untuk anggota wanita selama empat setengah bulan di mana melibatkan dua kumpulan wanita dalam satu misi.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, penubuhan, persedian dan penugasan pasukan Malcon East IV dilaksanakan dalam empat tahap. Tahapnya boleh dibahagikan seperti berikut:
Tahap 1 - persedian dan latihan.
Tahap 2 - pergerakan ke kawasan misi.
Tahap 3 - pelaksanaan tugas di
kawasan misi.
Tahap 4 - pergerakan balik ke tanah air dan pembubaran.
Beliau berkata, latihan yang diberikan juga meliputi pentadbiran, anggota, ujian kecergasan jasmani, latihan induk, forces integration training (FIT) dan persiapan logistik di Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD), Kem Batu 10, Kuantan, Pahang mulai 6 Januari 2009 selama tiga bulan.
Abdul Aziz berkata, bentuk persedian dan latihan yang diberikan adalah bertujuan memastikan pasukan Malcon East IV memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Kriteria-kriteria ini bertujuan melahirkan pegawai dan anggota ATM berkualiti dan berwibawa selain:
l Terlatih dan dilengkapi ilmu pengetahuan yang cukup untuk melaksanakan mandat PBB.
l Berupaya melaksanakan pengawasan dan tinjauan.
l Berupaya menguruskan keupayaan logistik sendiri.
l Berupaya beroperasi bersendirian di kawasan tanggungjawab (KTJ).
l Bersedia untuk berada di kawasan misi sekurang-kurangnya sembilan bulan.
Anggota
Pasukan Malcon East IV Unifil terdiri daripada 279 anggota Tentera Darat, 40 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 40 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang staf awam. Mereka berlepas ke Lebanon pada 21 April lalu.
Kumpulan pertama (pendahuluan) Malcon East IV telah berlepas ke sana dan melibatkan 160 orang (termasuk dua pegawai dan tiga anggota wanita).
Selepas itu, kumpulan kedua pula akan melibatkan seramai 199 orang (termasuk tujuh anggota wanita) dan berlepas pada 30 April.
Menurut Abdul Aziz, Malcon East IV diketuai oleh Kolonel Hashim Aman Shah sebagai Komander Pasukan dan dibantu oleh Leftenan Kolonel Romainor Mohamed selaku Timbalan Komander.
Tambahnya, pada misi kali ini, pasukan wanita Malcon East IV akan menjalankan tugas di sana selama empat setengah bulan.
Kumpulan pertama diketuai oleh Kapten Suzie@Suzianna Yusof manakala kumpulan kedua diketuai oleh Kapten Junainah Baharudin.
"Saya menggesa pegawai dan anggota ATM di Lebanon sentiasa menjaga tahap profesionalisme mereka kerana tingkah laku mereka menggambarkan keseluruhan imej ATM.
"Sematkan di dada anda semua slogan 'Malaysia Boleh' untuk membuktikan ATM sebagai pasukan profesional dan komited terhadap tugas yang diberikan," kata Abdul Aziz.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghantaran Malcon East IV di Pangkalan Udara TUDM, Subang baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor.
Beliau juga meminta supaya para pegawai dan anggota ATM ke Lebanon supaya memperbanyakkan berpesan antara satu sama lain, elakkan suasana kerja tegang dan paling penting adalah tanggungjawab setiap individu dalam mempraktikkan mutu disiplin tinggi tanpa sebarang kompromi.
Selain itu, katanya, setiap individu perlu mengekalkan moral yang tinggi termasuk taat setia dalam kalangan pegawai dan anggota agar tidak menyalahi peraturan ditetapkan sepanjang tempoh sembilan bulan di negara itu.
Sementara itu, seorang anggota ATM wanita yang pertama kali mengikuti misi kali ini, Kapten Huda Pison, 27, berkata, pengalaman mengikuti misi kali ini merupakan pengalaman berharga yang tidak akan dilupakan.
Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka akan terpilih untuk ke Lebanon dan menganggap ia merupakan penghargaan yang cukup bermakna untuk dirinya.
"Dari segi persediaan, saya sudah bersedia mental dan fizikal untuk berada dan menjalankan tugas di sana.
"Berkat latihan yang diberikan banyak memberi kekuatan dan keyakinan diri yang tinggi untuk berada di Lebanon untuk misi bantuan pengaman di sana," katanya.
Seorang lagi anggota dari Risik Darat, Kapten Suzie @ Suzianna Yusof, 28, pula berkata, dia cukup gembira untuk ke Lebanon kerana ia merupakan misi yang cukup penting dan melambangkan kredibiliti ATM.
Jadi, katanya, pengalaman pertama ini akan dilengkapi sepenuhnya untuk mencari pengalaman baru berada dalam misi pengaman di luar Malaysia.
"Saya cukup gembira kerana terpilih dan berharap akan dapat melaksanakan tugas yang diberikan ini dengan jayanya.
"Walaupun masih terkejut dengan pemilihan ini, ia tidak sedikitpun melemahkan saya sebaliknya memberi semangat untuk berjuang dan terus memartabatkan nama ATM di peringkat dunia," jelasnya.
Seorang lagi anggota ATM dari Pasukan Khas Laut (Paskal), Lans Koperal Hazrin Hashim, 30, berkata, dia sudah bersedia sepenuhnya untuk ke Lebanon kerana ini bukan merupakan pengalaman pertamanya berada di negara luar untuk misi pengaman.
"Tempoh sembilan bulan merupakan tempoh yang panjang. Saya beranggapan misi kali ini akan lebih mencabar dan disebabkan itu daripada awal lagi kami dilatih untuk memperlengkap diri sebelum ke sana.
"Selain itu, ini juga merupakan pengalaman pertama saya menjalankan tugas di darat kerana sebelum ini saya berada di laut untuk menjalankan tugas," katanya.
Hazrin berkata, pengalaman pertama menjalankan tugas di darat memang tidak akan dilepaskan untuk terus memperlengkapkan diri bagi menjadi anggota ATM yang berjaya.
Sebelum ini, Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affendi Raja Mohamed Noor berkata, Malcon East IV digesa melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab dengan beretika.
Menurutnya, perkara itu perlu diberi penekanan kerana pegawai dan anggota ATM yang bertugas di Lebanon dianggap sebagai duta negara.
Beliau berkata, pasukan Malcon East IV Unifil juga dinasihati mewujudkan suasana ceria dan harmoni dalam kalangan mereka bagi mengelak berlaku suasana tegang ketika bertugas.
"Komander, pegawai dan semua peringkat kepimpinan dalam Malcon East IV Unifil perlu sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain bagi mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Pengisytiharan Status Operasi Kontinjen Darat Malcon East IV Unifil di Pangkalan Tentera Darat, Kuantan, 18 Februari lalu.

ANGGOTA MALCON AKAN DITAMBAH

SUBANG 4 Mei - Markas Angkatan Bersama Kementerian Pertahanan berhasrat menambah seramai 150 anggota pasukan pengaman Kontinjen Malaysia (Malcon) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) hujung Mei ini.
Panglimanya, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor berkata, tambahan itu merupakan satu cadangan yang dibuat oleh pihaknya bagi mendapatkan pengiktirafan PBB dan menaik taraf pasukan itu kepada sebuah batalion Malaysia (Malbatt).
Katanya, cadangan yang telah dipersetujui di peringkat Kementerian Pertahanan itu akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh dua minggu lagi untuk kelulusan.
"Setakat ini, kita mempunyai 600 anggota keseluruhan yang berkhidmat di bawah PBB di negara berkenaan melibatkan pasukan Malcon East dan Malcon West.
"Namun, kita bercadang untuk menambah lagi pasukan kita di negara berkenaan bagi mendapatkan pengiktirafan PBB sebagai satu batalion untuk menjalankan misi pemantauan dan keamanan di negara berkenaan.
"Bagaimanapun, cadangan itu perlu mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu. Sekiranya diluluskan, kita harap ia dapat dilaksanakan hujung Mei ini berikutan keadaan semasa di Lebanon termasuk kemungkinan berlaku pilihan raya di negara itu Jun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menyambut ketibaan 203 anggota Pasukan Malcon East III-UNIFIL yang menamatkan tugas mereka di Lebanon selama sembilan bulan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini baru-baru ini.
Pasukan yang terdiri daripada 33 orang pegawai dan 170 anggota lain-lain pangkat itu merupakan sebahagian daripada pasukan pengaman yang bertanggungjawab memantau, mengekalkan kestabilan serta keselamatan di negara berkenaan di bawah panji-panji PBB.
Dalam pada itu, Allatif turut memberitahu, bagi memastikan keberkesanan misi pengaman di Lubnan, PBB sekurang-kurangnya memerlukan 15,000 anggota yang berkhidmat di bawah badan dunia itu di bawah UNIFIL.
"Setakat ini PBB mempunyai 12,000 anggota di bawah pasukan UNIFIL. Bagaimanapun jumlah itu dilihat tidak begitu ideal bagi memastikan usaha pemantauan dan memastikan kestabilan di negara berkenaan dapat dilakukan dengan berkesan.
"Maka, jumlah 15,000 anggota dilihat sebagai bilangan yang cukup ideal. Oleh itu, penambahan anggota yang kita cadangkan adalah bertepatan bagi mematikan tugas dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh," ujarnya.

SELAMAT

Selamat Harijadi diucapkan kepada Komander MalconWest1 pada 13 Mei 2009. Selamat meneruskan tugas-tugas yang diamanahkan sehingga tamat tempoh tugasan. Selamat menempuh segala 'duri dan ranjau' yang kelihatan dan juga tidak kelihatan pada mata kasar. Selamat menjadi insan yang tabah menghadapi dugaan. Harimau Gerak Khas tidak akan mudah tewas dengan cabaran manusia kerana Allah sentiasa bersama-sama dengan makhluk yang sentiasa ingat dan memohon petunjuk serta pertolongan dariNYA.

Saturday, May 9, 2009

SISTEM PEMERINTAHAN REJIMENTAL


1. The Malaysian Army’s much respected regimental system is correctly regarded as fundamental to the Army’s ability to deliver effective fighting power at the tip of the bayonet, face to face with the enemy. This idea has been a constant through the decades, during which the Army has evolved into its current state. So important is it considered to be that the Army, has at various times and in various documents stated that it intends to preserve that which is best in the regimental system as part of any organizational and structural changes that might occur in the future.




2. The regiment as a clearly defined military unit emerged in the late Middle Ages. During this period the regiment came to be a basic building block of many state’s military machines, very much as the legion had performed the same function for Imperial Rome. The word "regiment" is derived from the Latin word regimen, meaning a rule or a system of order. In most armies it denoted a body of troops headed by a colonel and organized into companies, battalions or squadrons. French cavalry units were designated with the title as early as 1558. During the European conflict known as the Thirty Years War (1618-1648), the regiment came into its own as the basic organizational unit in European armies and remained so for the next 250 years.



3. The regimental system and regiments themselves are not, nor should they be, considered synonymous entities. Regiments are an organizational entity. The regimental system is a mutually supportive personnel management structure that emphasizes a sense of belonging (in our collective military experience, to a military unit structure) Though symbiotic in nature as we have become accustomed to them, regiments or a variation of the regimental system can each exist without the other.



4. In the regimental system, each regiment is responsible for training and administration; each regiment is permanently maintained and therefore the regiment will develop its unique esprit de corps because of its unitary history, traditions, recruitment, and function. The Regimental System has been a mainstay of the British Army for centuries, and Malaysian Army adopted it from that source during the early formation of 1st Malay Regiment Unit in early 1930s.



5. Regimental spirit and tradition can be a powerful factor in making for good morale, and must be constantly encouraged. The creation and maintenance of loyalty to one’s Regiment is considered strength of the Regimental System. The regimental system offers the advantage of grouping like units together for centralized administrative, training, and logistical purposes, thereby creating an “economies of scale” effect and its ensuing increased efficiency.



6. The most important characteristic of a traditional regimental system is an altruistic approach to decision-making. Every action, whether it be of an individual or a leader for a group, must be weighed against those standards of trust and respect through which we expect that each service member will protect the Regiment from embarrassment. And in doing so, will also, automatically, ensure that no embarrassment is caused the Army as a whole.


7. The aims of the Malaysian Army Regimental System (Sistem Pemerintahan Regimental) is to provide soldiers with a personnel system that foster unit readiness and combat effectiveness by developing in soldiers a sense of loyalty and commitment which comes from long-term identification with a unit. The SPR provides not only the opportunity for soldiers to develop a long-term identification with a regiment but the potential for recurring assignments and the opportunity to highlight the history, customs and traditions behind the regiments.


8. The other objectives of having the SPR in the Malaysian Army, is to create army personnel who:
a. a high a sense of duty (res publica).
b. Show generous emulation (force of example) to the public at large.
c. Establish a military cohesion (esprit de corps) among the members with the Army Units.


9. United esprit de corps and unit cohesion are essential characteristics of an effective fighting organization. Military history has demonstrated that units with high esprit, a sense of tradition and pride in past achievements perform well in combat. In the crisis of battle a man will not derive encouragement from the glories of the past; he will seek aid from his leaders and comrades of the present. In Regimental Systems unit, most men will fight well because their particular platoon or unit has good leaders, is well disciplined, and has developed the feelings of comradeship and self-respect among all ranks and on all levels. It is not devotion to some ancient regimental story that steels men in the crisis; it is devotion to the comrades who are with them and the leaders who are in front of them.


10. The Regimental System is only truly embodied in the sprit of belonging imbued by service with other soldiers working toward common goals. As long as each member fully understands that those unit goals are subordinate and inclusive to those of the Army, and the Army’s in turn to those of the nation, then the Regimental System continues to be a viable article.



11. And for these reasons, the Malaysian Army still maintained and practice this regimental system to ensure the Army unit will always in better position and be prepared to face any eventualities when the situation need.
THANK YOU TO CYBER COMMANDO
FROM COMMANDER MALCON WEST 1 UNIFIL

Thursday, May 7, 2009

PENGORBANAN SEORANG IBU

Mengingati dan menghargai pengorbanan sorang IBU.Coretan di bawah saya petik dari email yang dihantar oleh seorang kawan, marilah sama-sama kita renungkan pengorbanan dan kasih seorang IBU.....

Orang kata kita lahir dari perut IBU... (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan kita.... IBU
Bila lapar, yang suapkan kita.... IBU
Bila keseorangan, yang sentiasa di samping kita.. .. IBU
Kata IBU, perkataan pertama yang kita sebut.... IBU
Bila bangun tidur, kita cari.... IBU
Bila nangis, orang pertama yang datang .... IBU
Bila nak bermanja, kita dekati.... IBU
Bila nak bergesel, kita duduk sebelah.... IBU
Bila sedih, yang boleh memujuk hanya.... IBU
Bila nakal, yang memarahi kita.... IBU
Bila merajuk, yang memujuk kita cuma..... IBU
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... IBU
Bila takut, yang tenangkan kita.... IBU
Bila nak peluk, yang kita suka peluk.... IBU
Kita selalu teringatkan .... IBU
Bila sedih, kita mesti talipon.... IBU
Bila seronok, orang pertama kita nak beritahu.... . IBU
Bila bengang.. kita suka luah pada.. IBU
Bila takut , kita selalu panggil... "ibuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... IBU
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... IBU
Bila buat hal, yang marah kita dulu.... IBU
Bila ada masalah, yang paling risau.... IBU
Yang masih peluk dan cium kita sampai hari ni.. IBU
Yang selalu masak makanan kegemaran kita. ... IBU
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... IBU
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang kita.... IBU
Yang selalu berleter kat kita... IBU
Yang selalu puji kita.... IBU
Yang selalu nasihat kita.... IBU
Bila nak kahwin...Orang pertama kita tunjuk dan rujuk...... IBU
Setelah Kita ada pasangan hidup sendiri....Bila seronok, kita cari....pasangan kita, bila sedih, kita cari.... IBU
Bila berjaya, kita ceritakan pada....pasangan kita,bila gagal, kita ceritakan pada.... IBU
Bila bahagia, kita peluk erat.....pasangan kita,bila berduka, kita peluk erat.... IBU kita
Bila nak bercuti, kita bawa....pasangan kita,bila sibuk, kita hantar anak ke rumah.... IBU
Selalu.. kita ingat pasangan kita, Selalu.. IBU ingat kat kita
Bila-bila... . kita akan telefon pasangan kita Entah bila... kita nak telefon IBU kita
Selalu...kita belikan hadiah untuk pasangan kitaEntah bila... kita nak belikan hadiah untuk IBU

Renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk IBU?IBU bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......Tapi kalau IBU sudah tiada..... .....IBU ...RINDU IBU.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...... .
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Apa Nilai Kasih Dan Pengorbanan Ibu ?Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesat tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2)Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.
Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkan selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjaga - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasih IBU - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.Dan jika kita memang benar-benar sayangkan Ibu kita.....marilah kita mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan IBU kita selama ini.....

Tuesday, May 5, 2009

SELAMAT BERTUGAS MALCON EAST 4


Menyambut Kumpulan Induk MALCON EAST 4 pada 1 Mei 2009 di Lapangan Terbang Antara Bangsa Rafik Hariri, Beirut, Lubnan


Kami warga MALCON WEST 1 ingin mengucapkan selamat datang dan bertugas kepada semua Pegawai dan anggota MALCON EAST 4 ke Lubnan. Semoga saudara-saudara akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan IKLAS DAN JUJUR.





COMMANDER
MALCON WEST 1

Sunday, May 3, 2009

MACAM MACAM

ATGM RUSIA "AT-13 METIS-M


ATGM (Anti Tank Guided Missile) atau pelancar misil anti kereta kebal adalah merupakan senjata penting dalam peperangan darat masa kini.Oleh itu sistem ATGM METIS-M ini di reka khusus untuk menembusi/memusnahkan kenderaan berperisai moden yang mempunyai bahan pelindung tambahan seperti ERA (explosive reative armour), kubu pertahanan dan juga tempat letak senjata, serta sasaran-sasaran yang terpilih.

Dihasilkan oleh KBP Instrument Design Bureau dari Rusia. Mula digunakan oleh tentera Rusia dalam tahun 1992. Sistem peralatan Metis-M terdiri dari 9M131 (9M131F) ATGM; Pelancar 9P151 ; 1PBN86-VI thermal sight.
Sistem yang digunakan oleh Metis-M ATGM ialah "semiautomatic guidance system transmitted over wire link" iaitu sistem yang tidak memerlukan peralatan yang terlalu canggih dan mahal seperti gyroscopic coordinator, elektronik unit dan bateri pakai buang.

Sistem Metis-M ini hanya dikendalikan oleh seorang anggota, manakala anggota yang lain boleh membawa peluru dan lain-lain peralatan tambahan. Jenis-jenis peluru berpandu anti kereta kebal yang digunakan oleh ATGM ini ialah HEAT 9M131 yang berupaya merobek perisai yang dilindungi Oleh ERA (Explosive Reactive Armour) setebal 850mm, Kenderaan berperisai ringan, kubu-kubu pertahanan (bunker) dan pos-pos kawalan senjata.
Peluru anti-tank thermobaric (HE) yang mampu memusnahkan sasaran seperti bangunan, struktur bangunan dan sebagainya. Jarak tembakan maksimum Metis (M) mampu menjangkau 1.5 km dan minima ialah 0.8km

Sistem ini terbukti berkesan apabila ianya digunakan dalam perang Palestin antara pejuang Hizbullah dan Regim Israel pada 2006. Menurut sumber dari Israel, sistem ini digunakan untuk memusnahkan kereta kebal Merkava Israel.

Pada Julai 2001 Malaysia telah menandatangani kontrak pembelian ATGM AT-13 Metis(M) dengan KBP Instrument Design Bureau,dari Rusia. Nilai kontrak yang ditandatangani ialah USD 30juta. Dengan pembelian Metis(M) ini, inventori ATGM dalam ATM telah bertambah dan dapat mempertingkatkan lagi kuasa pemusnah kereta kebal pada masa akan datang.

BETUL KE KENYATAAN INI?


Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

MUTIARA KATA


Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

Bacalah..................

Israeli army in Beirut in 1982, Patriarcat district

Old picture





ROKBATT





That's actually the South Korean version of the TM 170, the Daewoo Barracuda.

HADIAH TERBAIK

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

KEIKHLASAN

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Friday, May 1, 2009

BANYAK BETUL PINGAT


PERGH BANYAK BETUL PINGAT DIA NI. REAL KER?

SELAMAT HARI PEKERJA

Pekerja adalah tulang belakang kepada kemajuan tamadun dan negara. Sebaik mana pun perancangan pemimpin, pekerja adalah pelaksana yang setia menjalankan tugas serta merealisasikan perancangan yang dibuat. Mampukah pemimpin melihat semuanya terjadi dengan sendirinya tanpa ada golongan pekerja membanting tulang demi kemajuan yang diinginkan. Hakikatnya, semua kita adalah pekerja. Biar apa sahaja jawatan dan status kerja semua bergelar pekerja.

Diharapkan sumbangan pekerja di merata dunia ini dapat mengembalikan ekonomi pulih seperti sedia kala. Banyak perkara yang perlu dilakukan, terutama keadaan sekarang sering sahaja menjadikan pekerja aset yang perlu dibuang sekiranya syarikat mengalami kerugian. Pekerja bukan sahaja mencari nafkah mahupun sara diri semata-mata, kita juga adalah pembina negara. Menghargai pekerja sempena 1 Mei adalah lebih daripada sekadar cuti. Oleh itu, semua majikan harus tahu, pekerja adalah pembangun negara.

Yang penting tentera berkerja 24 jam. Tidak kira dimana berada. Tugas diutamakan. Ikhlas dan Jujur

MASSIVE DEPLOYMENT


Gambar ni aku amik dari military.net. sebab aku jumpa Kapt Syamil kat situ. nak tengok lagi bole ke military.net cari UNIFIL at Lebanon.FRENCH MALAYSIA ITALY