Sunday, March 1, 2009

KUMPULAN BERCUTI KEDUA

Seramai 58 x anggota dan pegawai MCW 1 telah selamat bercuti. Hari ini tiada sebarang masalah yang ketara dihadapi. Pekara ini disebabkan MOVCON Beirut Mej Sahari bersama dengan rombongan ini. Ada beberapa insiden yang boleh diambil pelajaran dalam pergerakan bercuti ini. Antaranya ialah riak wajah anggota yang nak balik berbeza dari sebelumnya. Bagai ada sinar di mata mereka...

Ops...Komander MCW 1 juga bercuti dalam kumpulan ini. Pemangku tugas ialah Mej Muhammad. Ceria semua.

Kepada yang bercuti selamat bercuti.

JUJUR DAN IKHLAS