Freelance Jobs

Sunday, May 3, 2009

ATGM RUSIA "AT-13 METIS-M


ATGM (Anti Tank Guided Missile) atau pelancar misil anti kereta kebal adalah merupakan senjata penting dalam peperangan darat masa kini.Oleh itu sistem ATGM METIS-M ini di reka khusus untuk menembusi/memusnahkan kenderaan berperisai moden yang mempunyai bahan pelindung tambahan seperti ERA (explosive reative armour), kubu pertahanan dan juga tempat letak senjata, serta sasaran-sasaran yang terpilih.

Dihasilkan oleh KBP Instrument Design Bureau dari Rusia. Mula digunakan oleh tentera Rusia dalam tahun 1992. Sistem peralatan Metis-M terdiri dari 9M131 (9M131F) ATGM; Pelancar 9P151 ; 1PBN86-VI thermal sight.
Sistem yang digunakan oleh Metis-M ATGM ialah "semiautomatic guidance system transmitted over wire link" iaitu sistem yang tidak memerlukan peralatan yang terlalu canggih dan mahal seperti gyroscopic coordinator, elektronik unit dan bateri pakai buang.

Sistem Metis-M ini hanya dikendalikan oleh seorang anggota, manakala anggota yang lain boleh membawa peluru dan lain-lain peralatan tambahan. Jenis-jenis peluru berpandu anti kereta kebal yang digunakan oleh ATGM ini ialah HEAT 9M131 yang berupaya merobek perisai yang dilindungi Oleh ERA (Explosive Reactive Armour) setebal 850mm, Kenderaan berperisai ringan, kubu-kubu pertahanan (bunker) dan pos-pos kawalan senjata.
Peluru anti-tank thermobaric (HE) yang mampu memusnahkan sasaran seperti bangunan, struktur bangunan dan sebagainya. Jarak tembakan maksimum Metis (M) mampu menjangkau 1.5 km dan minima ialah 0.8km

Sistem ini terbukti berkesan apabila ianya digunakan dalam perang Palestin antara pejuang Hizbullah dan Regim Israel pada 2006. Menurut sumber dari Israel, sistem ini digunakan untuk memusnahkan kereta kebal Merkava Israel.

Pada Julai 2001 Malaysia telah menandatangani kontrak pembelian ATGM AT-13 Metis(M) dengan KBP Instrument Design Bureau,dari Rusia. Nilai kontrak yang ditandatangani ialah USD 30juta. Dengan pembelian Metis(M) ini, inventori ATGM dalam ATM telah bertambah dan dapat mempertingkatkan lagi kuasa pemusnah kereta kebal pada masa akan datang.

No comments: