Pekerja adalah tulang belakang kepada kemajuan tamadun dan negara. Sebaik mana pun perancangan pemimpin, pekerja adalah pelaksana yang setia menjalankan tugas serta merealisasikan perancangan yang dibuat. Mampukah pemimpin melihat semuanya terjadi dengan sendirinya tanpa ada golongan pekerja membanting tulang demi kemajuan yang diinginkan. Hakikatnya, semua kita adalah pekerja. Biar apa sahaja jawatan dan status kerja semua bergelar pekerja.
Diharapkan sumbangan pekerja di merata dunia ini dapat mengembalikan ekonomi pulih seperti sedia kala. Banyak perkara yang perlu dilakukan, terutama keadaan sekarang sering sahaja menjadikan pekerja aset yang perlu dibuang sekiranya syarikat mengalami kerugian. Pekerja bukan sahaja mencari nafkah mahupun sara diri semata-mata, kita juga adalah pembina negara. Menghargai pekerja sempena 1 Mei adalah lebih daripada sekadar cuti. Oleh itu, semua majikan harus tahu, pekerja adalah pembangun negara.
Yang penting tentera berkerja 24 jam. Tidak kira dimana berada. Tugas diutamakan. Ikhlas dan Jujur
No comments:
Post a Comment