Freelance Jobs

Sunday, May 17, 2009

ALAHAI KOMPUTER....TERLEBIH SUDA





Sudah hampir 7 bulan aku berada disini. Kalo ikut kiraan hari ada lebih kurang 55 hari lagi untuk MALCON WEST 1 menamatkan misi ini. Sepanjang aku berada disini penggunaan sistem komputer yang digunakan dalam UNIFIL amat berkesan. Terfikir juga aku kenapa sistem ini berkesan? adakah warga tentera kita masih belum mahir dalam IT. Bila aku pergi ke francebatt, Aku perhatikan setiap anggotanya tidak kira pegawai atau LLP sibuk mengusung komputer riba. Erm...dan rata-rata daripada mereka ini mahir menggunakan komputer. Tetapi sekiranya pegawai dan anggota mengharapkan komputer yang diisu oleh kerajaan baru nak mengenal komputer atau terlalu berkira komputer yang nak digunakan. Ada pulak mengatakan kedekut nak pakai komputer sebab takut virus...Tak munasabah langsung. Virus ni bukannye semestinya merosakkan komputer. Tetapi kena la berkorban. Pasal elaun sama aje. Takde lebih takde kurang. Kalo lebih tu rezeki masing-masing.

Lebih teruk dalam teruk komputer pun takde. Harap bawak thumbdrive ke hulu ke hilir. Pastu apa maklumat yang disimpan...sekadar simpan sahaja la. Konon ada la kerja yang dibawa balik. "ada kat thub drive aku ni" sedut aje. Beli rokok bole. Nak beli komputer alahai..untuk kerja. adakah wajar semua ini diissue kepada pegawai dan anggota? Bukan mahal pun berbanding dengan sekotak rokok everyday. Aku tak tau nak ucap macamana kepada pegawai dan anggota yang memiliki komputer. BAGUS..satu langkah kehadapan. Insyaallah anda akan berjaya. Belajar berkongsi pengetahuan untuk kebaikan bersama. Jangan tanya komputer issue mana? dah cukup apa yang ada. Cuma kalo setakat komplen sepatutnya...sepatutnya..dah 8 malcon la. tak cukup2 lagi la. cuba tukar diri dan duduk ditempat yang kita kata tak betulkan tu. betulkan apa yang tak betul.Tapi kalo setakat bawak thumb drive merata2 takyah. Bantu mereka yang nak membetulkan keadaan. Setakat mengata org ni tak betul, dia yang betul, bukan penyelesai masalah. "SO 1 Log aku penah bagitau..."Peg Ordnans ni, dont fight the problem but solve it" Hidup lagi SO 1 aku ni...

Nasihat aku yang tak berapa pandai ni. sebelum nak tanya atau menguji tu.. baca perkara asas dulu. aku pun tak pandai gak.tapi kalo bertanya kat org yang tahu tu walaupun kena la "Tu pun ko tak reti" biasa la. sekurang2nya dia bagitau apa aku tak tau. even ngan prebet pun aku tanya. Camne ye nak buat. Prebet ni bukan tak pandai....tapi pengalaman dia tu. So moralnya jangan memperkecilkan org.. kita belajar melalui banyak cara..sambil dengar tu ingat dan analisis betul ke tidak. Tu pun belajar gak.

Apa sumbangan aku kepada pasukan? atau apa pasukan sumbang kat aku? mana yang lebih berat? apa kebajikan aku kepada pasukan? apa pasukan bagi kebajikan kat aku? erm..dont fight the problem.....solve it.

Jelasnya komputer ni bukan nyer barangan mewah. tak mewah pun..keperluan macam nasi gak. satu lagi jangan cemburu..dia takpelah pandai komputer.aku dah tua nak pencen, buat apa beli komputer. erm...pemikiran singkat. esok kalo anak dah besar" ayah apasal ayah takde komputer? adik nak komputer satu..cikgu kat kelas ajar pakai LCD. adik nak copy" tak mo la thumb drive aje." hahahahahahah hik hik ....time tu ..nanti abah belikan..sampai abis misi tak beli......JANGAN RASA DALAM HATI. ESOK SAKIT JANTUNG..MISI NAK TAMAT.

1 comment:

Cikgu Dahlia said...

hoh panjangnya bebel boss :)
biasalaa... yg jenis mampu tapi xnak beli ramai, sebabnya takut dengan perubahan :)