Bermula pada tahun 2007 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menghantar kontinjen pertama yang bertempat di Koukaba Selatan Lubnan. Kontinjen Pertama dikenali sebagai MALCON EAST 1 berada di Sektor East. Dengan menunjukkan mutu kerja serta kemampuan yang ditunjukkan Kontinjen Malaysia semasa melaksanakan misi-misi pengaman di bawah PPB, Malaysia sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menghantar satu lagi kontinjen bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tentera Qatar di Sektor West, At Tiri. Pada 10 Okt 2008 pergerakan pertama Tim Logistik yang diketuai oleh Mej Roni bin Awang Khecik bersama 2 lagi pegawai dan 1 LLP. Bertanggungjawab bagi menguruskan segala keperluan logistik agar ketibaan kumpulan besar berjalan dengan lancar.
Pergerakan kedua sampai pada 19 Okt 2008 menggunakan pesawat udara Malaysia Airline System (MAS) tiba Lapangan Terbang Antara Bangsa Rafik Hariri di Beirut pada jam 7.30 pagi. Kumpulan ini diketuai oleh Lt Kol Adi Ridzwan Komander MALCON WEST 1 bersama 10 pegawai dan 44 LLP. Ketibaan disambut oleh Lt Kol Arman Rumaizi Timb Komander MALCON EAST 3. TYT Dato’ Abdul Halim bin Abdul Rahman Duta Besar Malaysia di Beirut turut serta menyambut ketibaan. Kumpulan ini akan mengambil alih tugas menjaga keselamatan Kem Qatar yang sebelum ini ditugaskan kepada pl dari MALCON EAST.
Pada awal pagi 26 okt 2008 peralatan logistik, kargo dan kenderaan tiba di Sea Port Beirut bersama Kapt Samsudin bin Kaliman serta seorang anggota menggunakan kapal laut Vivien 1. Bertolak dari Pelabuhan Klang pada 12 Okt 2008, perjalanan mengambil masa 13 hari untuk sampai di Beirut. Setelah selesai pemunggahan oleh pihak pelabuhan semua kargo serta dikenderaan yang dibantu oleh Polish Logistic Group (POLLOG) bersama Polis Tentera UNIFIL dari Tanzania. Semua Kargo dan kenderaan dihantar ke Kem Qatar dalam keadaan selamat.
Kumpulan terakhir yang diketuai oleh Mej Muhammad bin Abdullah Timb Komander yang terdiri dari 179 pegawai dan LLP. Kumpulan tiba di Lapangan Terbang Antara Bangsa Rafik Hariri juga menggunakan pesawat MAS pada sebelah petang 26 Oktober 2008. Turut bersama menghantar adalah Lt Jen Dato’ Allatif bin Mohamed Noor Panglima Angkatan Bersama (PAB) bersama rombongan dari Markas Angkatan Bersama. Sebelum memasuki kawasan operasi kumpulan ini ditempatkan sementara di POLLOG Beirut. Setelah berehat dalam tempoh 3 jam mereka bergerak dengan menggunakan bas serta diiringi oleh pasukan MP dari Tanzania. Setibanya di Kem Qatar pada 3.00 pagi, Mej Shafizan telah memberikan taklimat ringkas sebelum anggota-anggota dibenarkan untuk pergi bilik yang telah sediakan. walaupun suasana dan cuaca yang berbeza dengan Malaysia, anggota menunjukkan mereka sudah sedia untuk melaksanakan tugas mereka di sini.
Mej Kamarul bin Kasim
No comments:
Post a Comment