Baru saja dua hari lepas saya menulis di ruangan ini. Rasanya semakin lama berdampingan dengan blog ini, hati saya semakin rapat semula dengan bidang penulisan. Tidak rugi sekiranya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pencetus idea blog ini serta kakitangan yang menguruskannya, sekurang-kurangnya memberi peluang kepada orang-orang seperti saya mengasah semula minat di bidang penulisan yang sekian lama terkubur. Terus terang saya nyatakan bahawa saya mengharapkan lebih ramai para isteri pegawai/ anggota Malcon West 1 ini turut menyumbang sesuatu untuk blog ini. Saya yakin di luar sana ramai isteri-isteri yang berbakat untuk menulis, apatah lagi blogger MCW1 tidak menghadkan penulisan hanya berkisar kepada isu-isu ketenteraan saja. Saya menyeru lebih ramai para isteri atau keluarga MCW1 melayari blog ini dan cubalah menulis sesuatu...setidak-tidaknya untuk para suami atau keluarga anda sendiri yang sedang berkhidmat di Kem Attiri ini. Seandainya blog ini 'diwariskan' pula kepada MCW2 kelak, maka penulisan anda akan turut menjadi sumber inspirasi kepada para isteri dan keluarga pasukan seterusnya.
Di sini saya ingin mengesyorkan pada masa yang akan datang jika boleh, sebelum berangkat ke misi ini, pihak yang berkenaan dapat mengeluarkan satu senarai nama isteri kepada pegawai/anggota atau ibubapa (bagi pegawai/anggota yang belum berkahwin) berserta no.telefon (alamat jika perlu) dan senarai tersebut diberikan kepada para isteri dengan tujuan supaya mereka dapat berhubung antara satu sama lain, mengambil tahu perkembangan atau masalah yang mungkin timbul sepanjang suami bertugas. Oleh kerana para isteri dari pelbagai unit BAKAT yang berlainan, maka sudah pasti ramai di antaranya tidak mengenali antara satu sama lain sedangkan para suami bertugas di bawah satu pasukan.
Walaupun kebajikan para isteri terjamin melalui unit suami masing-masing tetapi setidak-tidaknya ini dapat melebarkan sayap jalinan silatulrahim di antara para isteri yang mana suaminya dalam satu pasukan, secara keseluruhannya, memandangkan ada yang menetap di negeri-negeri lain yang sudah pasti sukar untuk dikunjungi maka hubungan melalui telefon adalah sangat praktikal. Jika dilihat sebelum ini, semua isteri hanya bertemu ketika majlis sent off pasukan saja dan dalam waktu yang begitu singkat tidak ramai yang boleh kita kenali dan ianya akan terputus sebaik saja para suami meninggalkan lapangan terbang dan berjauhan selama 9 bulan berikutnya. Sekian terima kasih.
2 comments:
Salam kepada semua pengikut blog ini. Setelah membaca post ini saya tertarik untuk menulis sesuatu. Terima kasih kepada penulisnya. Suami saya adalah salah seorang anggota yang sekarang ini bertugas di MCW1. Memang sebagai isteri seorang tentera kita di wajibkan untuk bersikap tegar. Walaupun ada ketika nya terasa susah jugak berjauhan dengan insan tersayang, apalagi dia lah teman dialah suami. It look simple but its not that easy. So di harap kepada semua isteri-isteri anggota MCW1 di luar sana,semoga tabah mengharungi hari-hari mendatang dengan semangat. Suami berjihad dan kita pula berjuang yek. Akhir sekali nak share this beautiful Qoutes "One of the greatest pleasures in life is conversation".- Ikhlas dan Jujur. Asalamualaikum.
assalamualaikum. sebenarnya tak semua orang yang gunakan blog untuk menulis. tu kelemahan org kita. munkin anak 2 kita yang akan membacanya.
Post a Comment