Freelance Jobs

Sunday, April 5, 2009

OA OH OA

Kali ini saya ingin menulis kerana setiap kali melayari blog ini, pasti terpandang akan "Cerita Pasal Jam'. Yang saya nak tulis bukanlah pasal jam tetapi pasal orang asli (OA). Kisah-kisah OA ini seolah-olah sinonim dengan kehidupan tentera darat ketika berada di hutan belantara. Banyak cerita kelakar di mana OA menjadi watak utama, adakah kerana disifatkan sebagai orang yang lurus atau adakah mereka sebenarnya lebih bijak berkata-kata dari yang disangkakan?

Kalau orang lain memadu kasih bercerita 'uda & dara', 'romeo & juliet' tetapi suami saya suka bercerita jenaka orang asli. Antaranya, kisah OA yang sedang memancing di tepi sungai di dalam hutan. Lalulah seorang askar dan menegurnya, "hai rajin memancing nampak? Banyak ke ikan dalam sungai tu?" Kebiasaannya OA akan menjawab selamba saja, "mana saya tau 'ncik, ikan dalam sana, saya di atas sini...." Betul juga katanya. Kalau ada rasa nak patah-patahkan batang kail OA tu, rasanya lebih baik patahkan saja ranting-ranting pokok tu.

Saya pasti ramai di kalangan anda pernah menonton rancangan Astro National Geography. Kisah memaparkan kehidupan OA di merata dunia memang sangat menarik. Hidup mereka simple walaupun adakalanya terpaksa berbunuhan untuk mendapatkan hak kawasan (territory) suku kaum masing-masing. Dari segi pakaian, tempat tinggal, makan minum, ke sana sini berkaki ayam, lihat saja kekuatan fizikal mereka meredah hutan belantara, 'alah bisa tegal biasa'. Bila ingin cantik, ada yang meletakkan ceper pada bibir sejak kecil sehingga bibir itu terjuih panjang ke bawah bila dewasa, menindik hidung, muka dan badan, that's the beauty of them. Di Malaysia pun ada yang terikut-ikut budaya menindik sana sini katanya meniru budaya barat, iye ke?? Kalau letak ceper di bibir, tak siapa berani pula..

Pasal makanan, ada juga jenaka... seorang askar ni berjalan-jalan di tepi hutan, ternampak OA menjual durian. Teringin pulak nak beli, maklumlah nak panjat pokok durian pun buat apa, bukan musim. Peliknya mana pula OA ni dapat durian? Kawan kita ni pun beli la beberapa biji, bila balik dan kopek durian tersebut, semua isinya sudah rosak, jadi kawan kita ni pun segera berjumpa OA tadi marah-marah. Biasalah dengan selamba OA berkata, "apa nak buat 'ncik...Cina tipu saya..saya tipulah 'ncik..."

Kemudian seorang askar ni pulak bertemu OA tengah mencari daun-daun pucuk kayu untuk dimakan. Kawan kita ni pun peramahlah menegur, "sedap ke pucuk-pucuk kayu tu?" OA menjawab, "sedap laa 'ncik". Kawan kita berkata lagi, "saya dengar orang asli semua benda makan, ye ke?" OA membalas, "ye la 'ncik, daun makan, akar makan, batang makan, bla bla bla...." dia terus membebel tentang semua yang dia makan. Kawan ni menyampuk, "kepala keretapi makan??"...selamba OA menjawab " besi 'ncik...nak makan buat apa..." (sabar jelah).

Namun OA sekarang sudah ramai yang menjejak kaki ke universiti. Kalau setakat menaiki helikopter tu, rasanya ada yang pernahlah. Kita ni pun tak pernah naik. Tok Batin satu hari diminta menaiki helikopter untuk menunjukkan satu kawasan lain. Penat berjalan bersama pegawai askar ni... sampai ke heli dan semasa take off pegawai ni merungut sendirian, "huhh, panasss betul harini, peloh mencurah-curah", Tok batin yang mendengar terus berkata, "mana tak panas 'ncik...kipas kat luar.." Hem mujurlah ade yang tak kena baling keluar heli.

Dalam keadaan dunia yang 1001 macam, dari jenaka OA hinggalah global warming, masalah ekonomi, politik dan sebagainya, mungkin kita boleh renungi sejenak kehidupan kaum OA di mana jua, bukan menolak kemajuan dan permodenan tetapi pikir-pikirkanlah. Mungkin banyak lagi jenaka OA yang boleh dikongsi bersama di sini. Setengahnya saya pun dah lupa, maklumlah 15 thn dulu... Sekarang suami lebih banyak bercerita tentang Tiger Wood atau Vijay Singh, iron & putter, birdie & eagle serta green. Walaupun saya tidaklah pandai untuk bercerita tentang hole in one atau single handicap tetapi banyak juga jenaka golf yang saya dengar. Cuma tidaklah boleh dipaparkan di sini kerana blog ini kategori 'U' dan bukan 18 ke atas. Ini hanyalah coretan untuk hiburan semata-mata. Kepada yang telah biasa mendengarnya, mungkin terkenang kembali, kepada yang belum pernah mendengar, jika anda tidak ketawa, mungkin kerana jenaka ini tidak kelakar atau mungkin anda yang telah hilang sense of humour...checkit out. Wallahullam.

No comments: