Seorang nenek berusia 60an balik dari hospital selepas selamat melahirkan anaknya. Jiran-jiran pun datanglah berkunjung ke rumahnya nak melihat bayi tu. Bila mereka tanya mana bayi tu, nenek kata, "nantilah". Lepas bersembang dan dihidangkan minuman, mereka minta untuk melihat bayi itu sekali lagi tapi nenek kata, "nantilah". Jiran-jiran bertanya, "sampai bila baru kami boleh tengok anak engkau ni?" Nenek jawab, "tunggu la sampai dia menangis dulu". Jiran-jiran tanya lagi, "nape kena tunggu dia nangis lak?" Nenek kata, "sebab aku lupa la kat mana aku letak dia..."
No comments:
Post a Comment