Semalam saya wakilkan isteri Pengarah Jbtnarah GGK ke mesyuarat Exco BAKAT Darat di Kem Sg Besi. Sebelum ni tak pernah lihat lagi Rumah BAKAT Darat, hemm...memang cantik..Bertuah BAKAT Darat. Kem Sg Besi pun banyak berubah. Rasanya kali terakhir saya jejak kaki di sana semasa suami menjadi Jurulatih Cawangan Putera, pertengahan 90an dulu. Saya bawa manisan Lubnan yang Komander kirim melalui Kapt Halim baru-baru ini. Dapatlah exco-exco merasainya. Ada yang nak mengirim manisan dan coklat Lubnan. Rupa-rupanya manisan tu kegemaran Datin Umi Kalsom Wan Awang. Kepada yang nak balik bercuti, bawa la balik kueh/manisan Lubnan tu..pasti orang tersayang gembira menerimanya. Kepada sesiapa yang belum tahu, kalau nak makan makanan Lubnan yang memang sedap diMalaysia, cuba la pergi ke restoran Alrosha di Jalan Damai, Ampang, KL. Menu makanannya banyak tapi kena cuba nasi special Lubnan "MandyLehem" (Mandy Lamb), sekali cuba mesti nak lagi. Yang peliknya kata suami, di Lubnan mahal pulak. Siapa teringin, di Alrohsa harga berpatutan, sepinggan besar RM22.00 boleh makan 2 orang sebab banyak (kecuali dah lapar sangat la)..
No comments:
Post a Comment