Freelance Jobs

Wednesday, January 14, 2009

RONDA

Sudah 2 hari aku tak online. Aku ambil masa lebih kurang 30 minit ini untuk refresh semula aku pergi keluar ronda tempohari. Masa 12 1830 B Jan 2009 sehingga 13 0700 B Jan 2009. Kalau aku tak catat kat sini mesti aku akan lupa perkara tersebut. Malam tu keluar bersama Aku dan Lt Salam bersama 16 x anggota. Melalui jalan VC 4 ke simpang Haddathah, Ayta Az Zutt, Charlie Road, Bayt Yahun. Ada satu laluan tersebut dipenuhi dengan anjing. Ada satu kawasan yang dilalui terdapat ladang yang diusahakan oleh penduduk tempatan yang terdapat "UXO" tetapi dengan semangat untuk bercucuk tanam mereka bertani juga. Selepas rondaan berkenderaan tersebut hampir 1 jam dengan kelajuan 30 Kmj kami berlabuh di sebuah kawasan berbukit iaitu Oscar Papa 24. Tujuan untuk memantau kawasan Charlie Road.

Suhu pada ketika itu munkin 11 darjah celcius. Tapi thermometer yang digunakan munkin tidak tepat. Suhu munkin dalam 4 - 5 Darjah (esok sambung paymaster kacau idea)

No comments: