Freelance Jobs

Monday, August 18, 2014

Golongan didoakan malaikat

12 Golongan Orang Yang Didoakan Malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

"Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci." (HR. Imam Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar).

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu shalat.

"Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya: Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia." (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Muslim 469).

3. Orang-orang yang berada di shaf barisan depan di dalam shalat berjamaah.

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf-shaf terdepan." (Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib).

4. Orang-orang yang menyambung shaf pada sholat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf).

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang-orang yang menyambung shaf-shaf." (Para Imam, yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah).

5. Para malaikat mengucapkan 'aamiin' ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah.

"Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu." (HR. Imam Bukhari dari Abu Hurairah, Shahih Bukhari 782).

6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat.

"Para malaikat akan selalu bershalawat (berdoa) kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat di mana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata: Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia." (HR. Imam Ahmad dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106).

7. Orang-orang yang melakukan shalat Shubuh dan 'Ashar secara berjama'ah.

"Para malaikat berkumpul pada saat shalat Shubuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'Ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'Ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?, mereka menjawab: Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat." (HR. Imam Ahmad dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 9140).

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.

"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan." (HR. Imam Muslim dari Ummud Darda', Shahih Muslim 2733).

9. Orang-orang yang berinfak.

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit." (HR. Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Bukhari 1442 dan Shahih Muslim 1010).

10. Orang yang sedang makan sahur.

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat (berdoa) kepada orang-orang yang sedang makan sahur. Insya Allah termasuk disaat sahur untuk puasa sunnah." (HR. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, dari Abdullah bin Umar).

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya, kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya

Sunday, August 17, 2014

Jawatan kosong

Jawatan Kosong Krew Operasi

ARBAR KOMITED sebagai franchaisi kepada satu jenama franchais yang kian berkembang mempelawa warganegara Malaysia

Syarat Asas

Warganegara Malaysia
Lelaki dan Wanita
Berumur 16 hingga 30 tahun
Tiara rekod jenayah
Sihat tubuh badan
Tiada Masalah Ketagihan

Gaji dan Faedah
RM 900 ++
Elaun kehadiran
Elaun kedatangan
Elaun kenderaan
Insentif latihan mengikut kelayakan dan pangkat (Insentif Jualan /cuti tahunan/cuti bersalin dan pelbagai insentif )
KWSP
SOCSO
peluang Kerjaya

Keperluan

Sepenuh Masa dan Separuh Masa
Calon berpengalaman dan tidak berpengalanan dialu alukan memohon.

Hubungi kami dengan segera untuk menetapkan tarikh dan tempat temuduga (Sila bawa salinan kad pengenalan dan gambar bersaiz passport) Hubungi : En Arlizam 0193909621 / Cik Nor Hafiza 0133459621 atau email resume ke malconwest08@gmail.com
(Boleh whatapps Foto ke no tertera)

Sunday, August 10, 2014

Virua

kini wabak Ebola meletakkan kita semua berisiko. Tolong bantu mendidik orang2 sekeliling anda dengan menghantar msg ini kepada semua kenalan anda ..

❓Apakah Ebola?

Ia adalah virus yang menyerang sistem darah orang:

Ebola adalah apa yang saintis memanggil demam haemorraghic - ia beroperasi dengan menjadikan mangsa berdarah dari hampir
mana-mana sahaja pada badan mereka.
Biasanya mangsa berdarah hingga mati.

Ebola mudah berjangkit;
Yang dihantar melalui
sentuhan dengan cecair badan
seperti darah, peluh, air liur,
air mani atau pelepasan badan yang lain.

Ebola Walau bagaimanapun BUKAN merebak melalui udara atau airborne.

AMAT maut:
Kira-kira 90% daripada orang-orang yang
Mendapat Ebola akan mati daripadanya.
Ia adalah salah satu penyakit yang paling dahsyat
di dunia,
membunuh dalam hanya beberapa minggu.

Tidak boleh Dirawat (tiada ada ubat):
Ebola tidak mempunyai rawatan yang diketahui atau mengubati.
Mangsa biasanya dirawat kerana gejala dengan harapan bahawa mereka akan
pulih.

❓bagaimana Saya Tahu Seseorang mempunyai Ebola?

• Demam
• Sakit kepala
• Cirit-birit
• Muntah
• lemah2 badan
• sakit2 sendi
• Sakit Perut
• Kurang selera makan

Melindungi Diri Anda:
• Basuh Tangan Anda
dengan Sabun kerap kali. Anda boleh
juga menggunakan hand sanitizer. Elakkan
sentuhan fizikal yang tidak perlu dengan orang.

■ Hadkan diri anda untuk makanan yang anda sediakan sendiri.

■ membasmi Persekitaran Anda
Virus ini tidak boleh
hidup dengan  haba, cahaya matahari langsung, bahan pencuci dan sabun.

Bersihkan !:
• bunuh Perosak.
• Tikus boleh menjadi pembawa Ebola.
• mengasapi persekitaran anda & buang bangkai dgn betul!
• Mayat masih
Boleh mengakibatkan Ebola.
• Jangan sentuh mereka tanpa
pakaian perlindungan atau lebih baik lagi mengelakkan mereka sama sekali.

Melindungi Diri Anda:
• Gunakan pakaian perlindungan jika anda
mesti mengambil berat atau pergi berhampiran
seseorang yang anda mengesyaki mempunyai
Ebola.

Laporan:
• Laporkan sebarang mencurigakan
tanda-tanda pada diri sendiri atau
sesiapa sahaja dengan SEGERA.

Jangan berlengah!

Mendidik orang:
• Beritahu jiran anda,
rakan-rakan dan domestik
kakitangan (sesiapa benar-benar). Pada asasnya anda lebih selamat apabila
semua tahu mengenai pebyakit ini

Tuesday, August 5, 2014

Jawatan Kosong

Sejajar Perkembangan Operasi. Mencari teamwork operasi outlet F&B

http://www.maukerja.my/job/krew-operasi-makanan-minuman-melayu-tradisional/

ARBAR KOMITED

Wednesday, July 30, 2014

Jawatan Kosong

Krew Makanan dan Minuman Tradisional Melayu (Franchise) > Terbuka

Outlet
1.Setia Alam - 5 kosong
2.Putrajaya - KPDNKK - 5 KOSONG
3.Putrajaa - JPN - 5 kosong

- lelaki sahaja dan wanita yang lasak
- kelulusan tak kisah, boleh baca boleh tulis, cerdik, sikap baik dah ok
- ada lesen memandu dan kenderaan
- sihat tubuh badan
- jawatan tetap
- 8 jam sehari
- 6 hari seminggu
- percubaan 1-3 bulan lulus kekal ,
- epf / socso
- gaji percubaan RM 900.00
- gaji tetap permulaan :RM
- insentif datang tepat masa :RM 150.00
- insentif kerja full :RM 150.00
- insentif penginapan dan pengankutan
- OT

> tanggungjawab
1- Senyuman
2- mampu mahir dengan semua produk, spec dan harga perniagaan
3- back up operation staff / jadual / hunting
4- maintenance/operation/security of premises, machine dan equipment SOP master

> ciri ciri calon
1- kreatif dan penyabar / ada leadership sikit2
2- cepat belajar, watak kemas, teratur dan menarik/tidak selekeh
3- skill mencatat dengan baik, tulisan yang jelas
4- solat dan menutup aurat bagi muslim/muslimah

Cepat Hubungi

Office pengurusan AKE baru

ARBAR KOMITED ENTERPRISE
No 74A Jalan Badminton 13/29 ,
Seksyen 13 Shah Alam
Selangor
Tel :  0355250008
Hp : 0193909621 (Arlizam)
Fax:  0354800532
Email : arbarkomited@gmail.com

Tuesday, June 24, 2014

Panasnya Api

KETIKA NABI ADAM AS. DITURUNKAN KE BUMI, BELIAU TIDAK LAGI MEMPEROLEH MAKANAN SECARA MUDAH SEPERTI DI SYURGA. BELIAU HARUS BEKERJA KERAS UNTUK MEMPEROLEH BUAH-BUAHAN ATAU DAGING UNTUK DIMAKAN.

KETIKA BELIAU MEMPEROLEH BINATANG BURUAN DAN MENYEMBELIHNYA, TERNYATA TIDAK BISA LANGSUNG DIMAKAN BEGITU SAJA KARENA MASIH MENTAH DAN TENTUNYA TIDAK ENAK. KARENA ITU BELIAU BERDOA KEPADA ALLAH AGAR DITURUNKAN API UNTUK MEMASAK. MAKA ALLAH SWT. MENGUTUS MALAIKAT JIBRIL MEMINTA SEDIKIT API KEPADA MALAIKAT MALIK DI NERAKA UNTUK KEPERLUAN NABI ADAM TERSEBUT.

MALAIKAT MALIK BERKATA: “WAHAI JIBRIL, BERAPA BANYAK ENGKAU MENGINGINKAN API?”

MALAIKAT JIBRIL BERKATA: “AKU MENGINGINKAN API NERAKA ITU SEUKURAN BUAH KURMA.”

MALAIKAT MALIK BERKATA: “JIKA AKU MEMBERIKAN API NERAKA ITU SEUKURAN BUAH KURMA, MAKA TUJUH LANGIT DAN SELURUH BUMI AKAN HANCUR MELELEH KARENA PANASNYA!”

MALAIKAT JIBRIL BERKATA: “KALAU BEGITU BERIKAN SAJA KEPADAKU SEPARUH BUAH KURMA SAJA.”

MALAIKAT MALIK BERKATA LAGI: “JIKA AKU MEMBERIKAN SEPERTI APA YANG ENGKAU INGINKAN, MAKA LANGIT TIDAK AKAN MENURUNKAN AIR HUJAN SETITIS PUN, DAN SEMUA AIR DI BUMI AKAN MENGERING SEHINGGA TIDAK ADA SATUPUN TUMBUHAN YANG HIDUP!”

MALAIKAT JIBRIL JADI KEBINGUNGAN, SEBANYAK APA API NERAKA YANG AMAN UNTUK KEHIDUPAN DI BUMI? KARENA ITU IA BERDOA: “YA ALLAH, SEBANYAK APA API NERAKA YANG HARUS AKU AMBIL UNTUK KEBUTUHAN (keperluan) ADAM DI BUMI?”

ALLAH SWT. BERFIRMAN: “AMBILKAN API DARI NERAKA SEBESAR ZARAH (SATUAN TERKECIL, ATOM).”

MAKA MALAIKAT JIBRIL MEMINTA API NERAKA KEPADA MALAIKAT MALIK SEBESAR ZARAH DAN MEMBAWANYA KE BUMI. TETAPI SETIBANYA DI BUMI, JIBRIL MERASAKAN API YANG SEBESAR ZARAH ITU MASIH TERLALU PANAS, MAKA BELIAU MENCELUPKAN (MEMBASUHNYA) SEBANYAK TUJUH PULUH KALI KE DALAM TUJUH PULUH SUNGAI YANG BERBEZA. BARU SETELAH ITU BELIAU MEMBAWANYA KEPADA NABI ADAM DAN MELETAKKANNYA DI ATAS GUNUNG YANG TINGGI.

TETAPI BEGITU API TERSEBUT DILETAKKAN, GUNUNG TERSEBUT HANCUR BERANTAKAN. TANAH, BATUAN, BESI DAN SEMUA SAJA YANG ADA DI SEKITAR API ITU MENJADI BARA YANG SANGAT PANAS, DAN MENGELUARKAN ASAP. BAHKAN API YANG SEBESAR ZARAH ITU TERUS MASUK MENEMBUSI BUMI, DAN HAL ITU MEMBUAT MALAIKAT JIBRIL KHAWATIR. KARENA ITU IA SEGERA MENGAMBIL API TERSEBUT DAN MEMBAWANYA KEMBALI KE NERAKA.

BARA TERBAKAR YANG DITINGGALKAN ITULAH YANG SAMPAI SEKARANG INI MENJADI SUMBER API DUNIA, TERMASUK YANG MENJADI MAGMA-MAGMA DI SEMUA GUNUNG BERAPI DI BUMI INI. TIDAK BISA DIBAYANGKAN BAGAIMANA PANASNYA API NERAKA TERSEBUT. KALAU BARA API DUNIA ITU UMUMNYA BERWARNA MERAH, MAKA BARA API NERAKA ITU BERWARNA HITAM KELAM, SEPERTI HITAMNYA GELAP MALAM.

NABI SAW. PERNAH MENANYAKAN TENTANG KEADAAN API NERAKA ITU, MAKA MALAIKAT JIBRIL BERKATA: “SESUNGGUHNYA ALLAH SWT. MENCIPTAKAN NERAKA, LALU MENYALAKAN API NERAKA ITU SELAMA SERIBU TAHUN SEHINGGA (BARANYA) BERWARNA MERAH. KEMUDIAN (ALLAH) MENYALAKANNYA (MENAMBAH PANASNYA) SELAMA SERIBU TAHUN LAGI SEHINGGA (BARANYA) BERWARNA PUTIH, DAN (DIA) MENYALAKANNYA (MENAMBAH PANASNYA) SELAMA SERIBU TAHUN LAGI SEHINGGA (BARANYA) BERWARNA HITAM. MAKA NERAKA ITU HITAM KELAM SEPERTI HITAMNYA MALAM YANG SANGAT GELAP PEKAT, TIDAK PERNAH TENANG KOBARAN APINYA DAN TIDAK PERNAH PADAM (BERKURANG) BARA APINYA.”

SUMBER : DISADUR DARI KISAH AL-HABIB UBAIDILLAH BIN IDRUS AL-HABSYI SURABAYA (ALUMNUS RIBATH DARUL MUSTHAFA YAMAN)

SAMPAIKANLAH KPD ORG LAIN, MAKA INI AKAN MENJADI SEDEKAH JARIYAH PADA SETIAP ORG YG ANDA KIRIMKAN PESANAN INI. DAN APABILA KEMUDIAN DIA MENGAMALKANNYA, MAKA KAMU JUGA AKAN IKUT MENDAPAT PAHALANYA SAMPAI HARI KIAMAT...

ANDA SEBARKAN PADA SEMUA KENALAN ANDA. RASULULLAH SAW BERSABDA, "SESIAPA YG MENYAMPAIKAN 1 (SATU) ILMU SAJA DAN ADA ORG YG MENGAMALKAN, MAKA W/PUN YG MENYAMPAIKAN SUDAH TIADA (MENINGGAL DUNIA), DIA AKAN TETAP MEMPEROLEH PAHALA.

Wassalam..

Sunday, April 27, 2014

Jawatan Kosong

KERJAYA BERSAMA ARJUNA VILLAGE DALAM BIDANG F&B MAKANAN MELAYU TRADISIONAL SEPENUH MASA CAWANGAN Arjuna Village Setia City Mall dan PUTRAJAYA

Jawatan Krew Operasi

KELAYAKAN
#Warganegara Malaysia.
#Berusia 18-35 Tahun.
#Lelaki dan Wanita.
#Boleh berkerja shif.
#Sedia mengikuti latihan pembangunan diri dan kerjaya.

Hubungi

019 390 9621 ARBAR
013 345 9621 Nor Hafiza

Untuk temuduga sila bawa fotostat kad pengenalan dan gambar 2 keping.

supermengmalaya.blogspot.com/2013/05/edisi-mental-arjuna-village.html?m=1

Borang Permohonan
http://arbar.weebly.com/jawatan-kosong.html

Tuesday, April 15, 2014

ARBAR KOMITED

Monday, April 14, 2014

--- --- Sent by WhatsApp

Saturday, April 5, 2014

Perasan Tak


PERASAN TAK ??

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, limpah ruahkanlah rezekinya, sihatkan tubuhnya ., jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkanlah segala urusan pekerjaannya...redha ia hingga ke JANNAHMU Ya Allah...Aamiin Ya Rabbal Alamin.
mintak tolong pada semua kawan2 yang mengenali proton iswara merah yang bernombor JDA9945,tolong hubungi saya MOHD DAUD di talian (0174387495)kerana kereta ini disyaki telah membawa lari seorang pelajar perempuan yang bernama NOR FATIN FAZRIANI BT MOHD DAUD  yang berumur 13tahun setengah jam yang lepas sekitar taman harmoni gombak...sila copy n paste n sebarkan ke group yg lain...moga2 dpt mbantu...

Friday, April 4, 2014

Persediaan

Ramai orang mahu masuk syurga tidak seorang pun bersedia untuk meninggal dunia..
Ramai orang mahu menjadi kaya raya namun begitu tidak bersedia untuk mengalami kerugian.

Niat

Assalamualaikum...berpesan pesan ke arah kebaikan.

Hari ini saya nak share perkara berkaitan dengan niat..setiap hari kita berniat untuk menunaikan solat. Tetapi kita sering lupa untuk berniat untuk mencapai sesuatu dengan lengkap Contoh.."saya ingin berdiet" ini adalah satu pernyataan sahaja, tanpa niat yg lengkap.Jesteru itu lengkapkan niat tersebut dengan berkata "saya ingin berdiet kerana menjaga keluarga saya, apabila saya sihat saya bole meningkatkan kapasiti pekerjaan saya".Niat ini akan memandu dan set mind setting kita kepada perbuatan kita.Apa yg kita niat,kita cakap,kita fikir akan ditunjukan pd perbuatan kita..Islam dah beri ilmu ini..tetapi barat menggunakannya sebagai medium untuk berjaya dalam pelbagai bidang..

Sunday, March 30, 2014

Impian ARLIZAM

Saya membina perusahaan syarikat ARBAR KOMITED SDN BHD  ini untuk sebuah legasi yang memberi manafaat kepada ramai orang lain.

Bentuk team yang terdiri daripada 5 orang usahawan yang bersama secara JV.

Kawal operasi dengan kejujuran dan amanah

Saturday, March 29, 2014

Pengurusan Tekanan

Penulisan No 1
Tarikh 29 Mac 2014
Masa 08:07 AM

Lokasi U13/10

Tajuk

Menghadapi situasi tekanan dalam keusahawanan dengan lebih besar dengan tekanan.

Pendahuluan

Setiap usahawan akan mempunyai impian untuk melihat usahanya berhasil dan dapat membina sebuah empayar perniagaan yang dapat memberi manafaat kepada orang lain. 3 perkara penting melalui pengalaman semasa melalui proses keusahawan yang tidak boleh diukur melalui wang ringgit. Perkara tersebut adalah berkaitan kepimpinan, fokus perkara dalam kawalan dan jangan mengeluh.

3 isi penting

Kepimpinan

Kita sebagai pemilik kepada perusahaan adalah nakhoda yang mengemudi kapal perang. Nakhoda kapal perang memerlukan seseorang yang mempunyai pengalaman mengendalikan sumber sedia ada dan aset peperangan. Peperangan memerlukan capaian maklumat kepada seluruh medan pertempuran sehingga ke kawasan musuh.Aset dan maklumat peperangan perlu mempunyai personel yang sentiasa bersiap sedia untuk menerima dan menunggu arahan dan faham kesan dan akibat sekiranya tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Kepimpinan untuk melatih dan membina personal ini amat penting kerana mereka akan membina juga keupayaan seperti mereka. Masa untuk mereka amat penting untuk kita membawa perusahaan ke tahap dimensi yang lain.

Fokus dalam kawalan

Kita selalu memikirkan perkara yang sukar dicapai dengan menghadkan perkara-perkara yang logik untuk dicapai. Menulis adalah sebahagian dalam kawalan untuk kita membina keyakinan kita terhadap perjalanan keusahawanan yang penuh dugaan. Menulis akan memberi gambaran perjalanan yang telah kita lalui dengan pelbagai pelajaran yang tidak terdapat di medan pengajian formal.

Jangan mengeluh

Mengeluh adalah doa yang paling cepat keluar dari mulut sesiapa sahaja. Bila hari panas mengeluh panas sangat tetapi lupa beberapa hari lepas telah hujan lebat. Tanpa sedar hanya kebaikan yang memberi manafaat kepada empunya diri sahaja akan bershukur. Ada yang perlukan setiap keadaan yang berlaku.

CTA

Sebagai usahawan yang mempunyai misi yang spesefik kita perlukan keyakinan untuk memulakan dengan apa yang kita miliki.

Tuesday, March 18, 2014

Panduan Ringkas Memohon Latihan Praktikal

Kepada para pelajar yang masih belum menjalani latihan praktikal dan akan menjalaninya nanti, sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut :-

1. Ubah persepsi anda – anggaplah permohonan untuk menjalani latihan amali ibarat anda memohon pekerjaan. Anda perlu “impressed”kan bakal majikan anda.

2. Buat pertanyaan melalui telefon atau email secara rasmi. Seeloknya buat surat rasmi dan lampirkan bersama email anda. Email juga harus ditulis dengan bahasa dan ayat yang sesuai.

3. Pastikan beberapa perkara berikut dinyatakan di dalam permohonan awal anda. (Sangat penting)

a.Nama
b.No Telefon / Email
c.Universiti/Kolej/Pusat Latihan
d.Kursus
e.Tarikh Latihan – dari, sehingga

4. Sekiranya mendapat jawapan dari syarikat yang dipohon. Silalah kemukakan dokumen-dokumen berikut :-
a.Surat rasmi permohonan anda (individu)
b.Surat rasmi dari universiti anda (menyatakan dengan jelas tentang keperluan latihan amali serta pengesahan diri anda)
c.Resume anda

5. Sekiranya semua dokumen anda sudah diproses dan mendapat surat tawaran dari syarikat. Silalah balas email mereka dan ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda. (Susah sangatkah nak ucap terima kasih?)

Mungkin ada yang beranggapan ini adalah perkara remeh. “Alah, benda simple tu pun nak kecoh”. Tetapi ingatlah GENERASI Y, anda berada di pihak yang memohon bukan memberi. Bahasa anda mencerminkan siapa anda. Jadi ingatlah, budi bahasa yang baik mencerminkan siapa diri anda dan tahap kebijaksanaan anda. Jangan ingat anda boleh gunakan bahasa yang sewenang-wenangnya apabila berurusan secara rasmi seperti menulis sms kepada kawan atau update status di facebook dan blog anda!Adakah anda seperti mereka? ENTAHLAH..I dont know. I really hope not.

LATIHAN PRAKTIKAL

PELUANG LATIHAN PRAKTIKAL DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN

Syarikat kami menawarkan tempat latihan untuk pelajar menjalani latihan praktikal secara teori dan amali.

Pelajar praktikal akan merasai sendiri suasana pekerjaan dan keusahawanan yang sebenar.

Berpeluang untuk diserap kejawatan tetap dan peluang latihan yang berterusan.

Terlibat dalam bidang pengurusan,promosi dan latihan luar.

Elaun dan latihan disediakan.

Khas untuk pelajar universiti/kolej/politeknik/PERHEBAT dan tidak mengira jurusan bidang.

Lelaki dan wanita yang sukakan cabaran dan pengalaman sebagai laluan kerjaya masa hadapan

TEMPAH TEMPAT PRAKTIKAL ANDA SEKARANG !!!

SILA HUBUNGI :En Arlizam - 0193909621

SILA HANTAR RESUME ,
SURAT PRAKTIKAL dan kebenaran daripada pusat pengajian
email - malconwest08@gmail.com

ARLIZAM BIN ARIFFIN

SILA BUAT TEMUJANJI UNTUK TARIKH INTERVIEW(LOKASI TERLETAK SETIA CITY MALL,SHAH ALAM,JPN PUTRAJAYA DAN KPDNKK PUTRAJAYA.

Friday, March 14, 2014

Jawatan Kosong

KERJAYA BERSAMA ARJUNA VILLAGE DALAM BIDANG F&B MAKANAN MELAYU TRADISIONAL SEPENUH MASA CAWANGAN Arjuna Village Setia City Mall dan PUTRAJAYA

Jawatan Krew Operasi

KELAYAKAN 
#Warganegara Malaysia.
#Berusia 18-35 Tahun.
#Lelaki dan Wanita. 
#Boleh berkerja shif. 
#Sedia mengikuti latihan pembangunan diri dan kerjaya. 

Hubungi

019 390 9621 ARBAR 
013 345 9621 Nor Hafiza

Untuk temuduga sila bawa fotostat kad pengenalan dan gambar 2 keping.

supermengmalaya.blogspot.com/2013/05/edisi-mental-arjuna-village.html?m=1

Borang Permohonan
http://arbar.weebly.com/jawatan-kosong.html

Bengogn

Berita Terbaru & Terkini!!
Dikhabarkan Raja Bomoh yg menaiki tikar terbang berlepas dari KLIA menuju ke laut cina selatan pg semalam telah terputus hubungan & hilang dari Radar!! Semua pihak diminta berdoa supaya beliau tidak dijumpai semula!! *Memalukan Malaysia*!!

Thursday, March 13, 2014

Sibuk

Siapakah orang yang sibuk?..
 Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?..
 Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,
"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?..
 Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?..
 Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?..
 Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?..
 Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?..
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?..
 Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?..
�� Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT?..
 Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang mesej ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain..

Tuesday, March 11, 2014

Jawatan Kosong

Siapa yang berhajat

--- --- Sent by WhatsApp

Friday, March 7, 2014

MH 370

Statement By Our Group CEO, Ahmad Jauhari Yahya on MH370 Incident at the Press Conference. Released at 11.00am/8 Mar 2014 MY Local Time

Ladies and Gentlemen, we are deeply saddened this morning with the news on MH370.

Malaysia Airlines confirms that flight MH370 had lost contact with Subang Air Traffic Control at 2.40am, today.

There has been speculation that the aircraft has landed at Nanming.

We are working to verify the authenticity of the report and others.

Flight MH370 was operated on a Boeing 777-200 aircraft.

It departed Kuala Lumpur at 12.41 am earlier this morning bound for Beijing.

The aircraft was scheduled to land at Beijing International Airport at 6.30am local Beijing time.

The flight was carrying a total number of 239 passengers and crew – comprising 227 passengers (including 2 infants), 12 crew members.

The passengers were of 14 different nationalities - citizens from:-

15. China – 152 plus 1 infant
16. Malaysia - 38
17. Indonesia - 12
18. Australia - 7
19. France - 3
20. United States of America – 3 pax plus 1 infant
21. New Zealand - 2
22. Ukraine - 2
23. Canada - 2
24. Russia - 1
25. Italy - 1
26. Taiwan - 1
27. Netherlands - 1
28. Austria - 1

This flight was a code share with China Southern Airlines.

We are working with authorities who have activated their Search and Rescue team to locate the aircraft.

Our team is currently calling the next-of-kin of passengers and crew.

The flight was piloted by Captain Zaharie Ahmad Shah, a Malaysian aged 53. He has a total flying hours of 18,365hours. He joined Malaysia Airlines in 1981.

First officer, Fariq Ab.Hamid, a Malaysian, is aged 27. He has a total flying hours of 2,763 hours. He joined Malaysia Airlines in 2007.

Our focus now is to work with the emergency responders and authorities and mobilize its full support.

Our thoughts and prayers are with all affected passengers and crew and their family members.

The airline will provide regular updates on the situation. The public may contact +603 7884 1234. For media queries, kindly contact +603 8777 5698/ +603 8787 1276.

Please also log on to http://bit.ly/1feKrJ0 for updates.

Next-of-kin may head to the Support Facility Building at KLIA’s South Support Zone. For directions, call 03 8787 1269.

Jangan Menunggu


13 kata “JANGAN MENUNGGU” yg perlu dihindari:
*************************
1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan ….
5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.
11. Jangan menunggu sukses baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu.
12. Jangan menunggu boleh baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!
13. Jangan menunggu waktu luang untuk membaca Alqur'an,
Tapi luangkan waktu untuk membaca Alqur'an,
Dan… Jangan menunggu lama lagi untuk menyebarkan tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal…
Sehingga kita semua tersedar ….
Salam Cinta Silaturahmi dan Salam Santun Ukhuwah Fillah.


Thursday, March 6, 2014

Doa selepas solat dhuha

Doa selepas solat Dhuha:

Ya Allah Sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu
Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu
Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu

Ya Allah jika rezeki masih dilangit, turunkanlah
Jika dibumi keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala
yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Amin.

Wednesday, March 5, 2014

Laju

Kelajuan cahaya sehingga kini di catatkan ialah 299 792 458 m / s. ini merupakan tempoh yang sangat pantas yang pernah dicatatkan oleh ahli sains sejak zaman dahulu lagi…
Ada sesiapa di antara kamu yang dapat buktikan sesuatu yang lain lebih laju dari cahaya? – tanya seorang guru pada murid2nya..

MURID 1:       Ada cikgu… jawapan saya suis lampu..

GURU:             Suis lampu? Buktikan pada saya…

MURID 1:       Sebelum cahaya tu bergerak… suis lampu dulu cikgu, kalau tak dipetik, cahaya pun tak bergerak lagi…

MURID 2:       Saya bantah cikgu, saya ada jawapan yang lain…. Jawapan saya ialah fikiran cikgu… sebelum suis lamp itu dipetik, fikiran dah mendahului tangan yang memetik suis…

CIKGU:            Hmm… sungguh kreatif cara kamu berfikir… ada jawapan yang lain…?

MURID 3:       Ada cikgu… saya rasa semua tu tak sepantas mana…

CIKGU:            Ok, apa jawapan kamu…

MURID 3:       Cirit cikgu…

CIKGU:            Cirit? Awak ni nak main2 ke nak apa? (agak marah)

MURID 3:       Iye cikgu… pada suatu malam tu… saya terjaga… tak sempat saya fikir, tak sempat saya petik suis lampu… dah terCIRIT……

Keajaipan

Keajaiban Bersedekah - Mesti Baca !!!!
Assalamualaikum,

3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.

Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.

Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Bertemu Dengan Ramai Jutawan

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.

Mereka 'tersangat' kaya.

Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.

Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.

Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.

Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."

Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah.....

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.

Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm.... Lebih baik kita usah hidup.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini.

Wassalam

Tanda tanda kanser

Tanda-tanda Awal "Kanser WhatsApp"

1. Rasa sengal di hujung jari
2. Kurang minat bercakap
3. Menaip dengan pantas
4. Bateri cepat "kong"
5. H/P sentiasa di tangan
6. Senyum sendiri

Tahap Kritikal yang Memungkinkan Kematian

1. BerWhatsApp sambil berjalan hingga terjerumus ke dalam longkang
2. BerWhatsApp di pasar raya sampai terlanggar bini/awek/balak orang
3. BerWhatsApp sampai terlanggar cermin pasar raya atau stesen minyak
4. BerWhatsApp sampai lupa api di dapur sedang bernyala
5. BerWhatsApp sampai tidak sedar penyamun berada di sisi diri

Sunday, March 2, 2014

Pilihlah

Shawl Olivia Sedy 10

Shawl Olivia Sedy 10

Wednesday, February 26, 2014

Usahawan EDYBIZ

Usahawan EdyBiz
Bagaimana Buat Untung Dengan EdyBiz?

Terdapat 2 cara yang paling utama buat untung bersama EdyBiz

1. Bisnes Affiliate

Pasarkan produk yang ada di store EdyBiz menggunakan link affiliate setiap produk (Link To This Product). Komisyen akan direkodkan diruangan dashboard dan akan dibayar setelah komisyen melebihi RM 100. Anda boleh buat permohonan menjadi agen affiliate sejurus lepas anda mendaftar di EdyBiz.

2. Bisnes Dropship

Pasarkan produk menggunakan platform sendiri seperti facebook. Anda tidak perlu memberitahu pelanggan mengenai EdyBiz. Sekiranya anda pesanan, maka anda hanya perlu order (add to card) di store EdyBiz dengan membayar harga agen dropship. Keuntungan yang diperolehi terus ambil. Anda boleh memohon menjadi agen dropship percuma dengan cara submit Support ticket kepada kami.

Memiliki kedai online sendiri? Sesuai untuk yang baru bermula

http://www.edybiz.com/affiliates/arbarkomited/signup

Ingatan

Untuk ingatan kita bersama..

TANDA-TANDA HATI KOTOR

- Gelisah walaupun tiada
    masaalah
- Selalu berbangga dengan
    diri sendiri
- Angkuh dengan pandang
    hina terhadap semua
    orang
- Sombong dan bongkak
- Selalu mengintai abaian
    orang dan sebarkannya
- Suka mengumpat dan
    membuka aib orang lain
- Gembira melihat orang
    lain susah dan rendah
    daripada dirinya.
- Lidah yang tajam atau
    tidak menjaga hati
     orang.
- Suka menyakiti hati
    orang dengan sindiran
- Berlagak alim semata -
    mata untuk dipuji orang
- Menyampaikan ilmu
    dengan riak
- Menganggap diri lebih
    hebat daripada orang lain
- Berpakaian elok untuk
    dipuji
- Derhaka kepada kedua
    ibu bapa
- Talam dua muka- manis
    didepan tapi jahat
    dibelakang
- Suka mentuhkan dan
    memijak orang dengan
    kuasa yg ada
- solat yang tidak boleh
    khusyuk
- kagum terhadap diri
    sendiri
- selalu mencari salah
    orang
- cinta ikepada duniawi dan
    materialistik
- mudah bersangka buruk 
    terhadap orang
- membesar besarkan hal
    yang remeh temeh
- suka bergosip dan
    menabur fitnah
- Menggunakan agama dan
    berdengki atas perkara
    duniawi.

Jauhi perkara mungkar.. dan jom kita beramal untuk kebaikan.. In Shaa Allah

Tuesday, February 25, 2014

Wanita Mesti Baca

Copy paste : Wanita Mesti baca

1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam?

Pakar memberitahu: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.

2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah?

Pakar memberitahu: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.

3. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda!

4) Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya?

Pakar memberitahu: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.

5. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda.

Sentiasa berjaga-jaga adalah senjata yang paling baik buat diri wanita.

Mohon sebarkan kepada semua kenalan wanita dalam jagaan anda. Menyebarkan info sebegini adalah usaha yang paling kurang kita boleh lakukan untuk tujuan sosial dan moral demi keselamatan wanita.
Info yg amat berguna
Tak kira berapa pun tebal telinga anda....

Monday, February 24, 2014

Whatsapp

Whatsapp skrg sudah terlalu crowded dgn berjuta juta pengguna....
Oleh itu whatsapp baru akan di lancarkan X lama lagi di KELANTAN yang akan memberi maklumat lebih tepat, cepat, jimat, ada sound effect,  dan jelas.

Iaitu........WHATGAPO!
Kalau DI TRENGGANU, Mat Said akan melancarkan WHATGUANER! tak lama lagi. Tunggu. .....
Check it out

Johor pn akan lancar jugak....
WHAKLUU!!

Tetapi versi KEDAH dijangka Akan lebih popular "AWHAT"
Penang pulak "whatlecey"


Spegheti

KEPADA PEMINAT SPEGHETTI ..........          Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu .....          Cerita dari seorang penggemar speghetti .......          "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.          Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......          saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..          Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.          Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla, bla-bla..... ... pork minced meat!          Astaghfirullaahalaziim........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!          Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya          buang..          Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.          ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi."          # So, ambil lh iktibar dr crita ni. Sblom nk bli sesuatu brg tu, tgk dlu bahan2nya. Jgn smpi jd kes mcm crita tdi. Shre crita ni kat kwn2. Xrugi klau shre. Skurg2nya kita dpt phala sbb shre bnda yg b'faedah. Kn? ;)

Friday, February 21, 2014

Nak gi main air