Freelance Jobs

Tuesday, March 18, 2014

Panduan Ringkas Memohon Latihan Praktikal

Kepada para pelajar yang masih belum menjalani latihan praktikal dan akan menjalaninya nanti, sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut :-

1. Ubah persepsi anda – anggaplah permohonan untuk menjalani latihan amali ibarat anda memohon pekerjaan. Anda perlu “impressed”kan bakal majikan anda.

2. Buat pertanyaan melalui telefon atau email secara rasmi. Seeloknya buat surat rasmi dan lampirkan bersama email anda. Email juga harus ditulis dengan bahasa dan ayat yang sesuai.

3. Pastikan beberapa perkara berikut dinyatakan di dalam permohonan awal anda. (Sangat penting)

a.Nama
b.No Telefon / Email
c.Universiti/Kolej/Pusat Latihan
d.Kursus
e.Tarikh Latihan – dari, sehingga

4. Sekiranya mendapat jawapan dari syarikat yang dipohon. Silalah kemukakan dokumen-dokumen berikut :-
a.Surat rasmi permohonan anda (individu)
b.Surat rasmi dari universiti anda (menyatakan dengan jelas tentang keperluan latihan amali serta pengesahan diri anda)
c.Resume anda

5. Sekiranya semua dokumen anda sudah diproses dan mendapat surat tawaran dari syarikat. Silalah balas email mereka dan ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda. (Susah sangatkah nak ucap terima kasih?)

Mungkin ada yang beranggapan ini adalah perkara remeh. “Alah, benda simple tu pun nak kecoh”. Tetapi ingatlah GENERASI Y, anda berada di pihak yang memohon bukan memberi. Bahasa anda mencerminkan siapa anda. Jadi ingatlah, budi bahasa yang baik mencerminkan siapa diri anda dan tahap kebijaksanaan anda. Jangan ingat anda boleh gunakan bahasa yang sewenang-wenangnya apabila berurusan secara rasmi seperti menulis sms kepada kawan atau update status di facebook dan blog anda!Adakah anda seperti mereka? ENTAHLAH..I dont know. I really hope not.

No comments: