Freelance Jobs

Saturday, March 29, 2014

Pengurusan Tekanan

Penulisan No 1
Tarikh 29 Mac 2014
Masa 08:07 AM

Lokasi U13/10

Tajuk

Menghadapi situasi tekanan dalam keusahawanan dengan lebih besar dengan tekanan.

Pendahuluan

Setiap usahawan akan mempunyai impian untuk melihat usahanya berhasil dan dapat membina sebuah empayar perniagaan yang dapat memberi manafaat kepada orang lain. 3 perkara penting melalui pengalaman semasa melalui proses keusahawan yang tidak boleh diukur melalui wang ringgit. Perkara tersebut adalah berkaitan kepimpinan, fokus perkara dalam kawalan dan jangan mengeluh.

3 isi penting

Kepimpinan

Kita sebagai pemilik kepada perusahaan adalah nakhoda yang mengemudi kapal perang. Nakhoda kapal perang memerlukan seseorang yang mempunyai pengalaman mengendalikan sumber sedia ada dan aset peperangan. Peperangan memerlukan capaian maklumat kepada seluruh medan pertempuran sehingga ke kawasan musuh.Aset dan maklumat peperangan perlu mempunyai personel yang sentiasa bersiap sedia untuk menerima dan menunggu arahan dan faham kesan dan akibat sekiranya tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Kepimpinan untuk melatih dan membina personal ini amat penting kerana mereka akan membina juga keupayaan seperti mereka. Masa untuk mereka amat penting untuk kita membawa perusahaan ke tahap dimensi yang lain.

Fokus dalam kawalan

Kita selalu memikirkan perkara yang sukar dicapai dengan menghadkan perkara-perkara yang logik untuk dicapai. Menulis adalah sebahagian dalam kawalan untuk kita membina keyakinan kita terhadap perjalanan keusahawanan yang penuh dugaan. Menulis akan memberi gambaran perjalanan yang telah kita lalui dengan pelbagai pelajaran yang tidak terdapat di medan pengajian formal.

Jangan mengeluh

Mengeluh adalah doa yang paling cepat keluar dari mulut sesiapa sahaja. Bila hari panas mengeluh panas sangat tetapi lupa beberapa hari lepas telah hujan lebat. Tanpa sedar hanya kebaikan yang memberi manafaat kepada empunya diri sahaja akan bershukur. Ada yang perlukan setiap keadaan yang berlaku.

CTA

Sebagai usahawan yang mempunyai misi yang spesefik kita perlukan keyakinan untuk memulakan dengan apa yang kita miliki.

No comments: