Freelance Jobs

Sunday, March 30, 2014

Impian ARLIZAM

Saya membina perusahaan syarikat ARBAR KOMITED SDN BHD  ini untuk sebuah legasi yang memberi manafaat kepada ramai orang lain.

Bentuk team yang terdiri daripada 5 orang usahawan yang bersama secara JV.

Kawal operasi dengan kejujuran dan amanah

Saturday, March 29, 2014

Pengurusan Tekanan

Penulisan No 1
Tarikh 29 Mac 2014
Masa 08:07 AM

Lokasi U13/10

Tajuk

Menghadapi situasi tekanan dalam keusahawanan dengan lebih besar dengan tekanan.

Pendahuluan

Setiap usahawan akan mempunyai impian untuk melihat usahanya berhasil dan dapat membina sebuah empayar perniagaan yang dapat memberi manafaat kepada orang lain. 3 perkara penting melalui pengalaman semasa melalui proses keusahawan yang tidak boleh diukur melalui wang ringgit. Perkara tersebut adalah berkaitan kepimpinan, fokus perkara dalam kawalan dan jangan mengeluh.

3 isi penting

Kepimpinan

Kita sebagai pemilik kepada perusahaan adalah nakhoda yang mengemudi kapal perang. Nakhoda kapal perang memerlukan seseorang yang mempunyai pengalaman mengendalikan sumber sedia ada dan aset peperangan. Peperangan memerlukan capaian maklumat kepada seluruh medan pertempuran sehingga ke kawasan musuh.Aset dan maklumat peperangan perlu mempunyai personel yang sentiasa bersiap sedia untuk menerima dan menunggu arahan dan faham kesan dan akibat sekiranya tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Kepimpinan untuk melatih dan membina personal ini amat penting kerana mereka akan membina juga keupayaan seperti mereka. Masa untuk mereka amat penting untuk kita membawa perusahaan ke tahap dimensi yang lain.

Fokus dalam kawalan

Kita selalu memikirkan perkara yang sukar dicapai dengan menghadkan perkara-perkara yang logik untuk dicapai. Menulis adalah sebahagian dalam kawalan untuk kita membina keyakinan kita terhadap perjalanan keusahawanan yang penuh dugaan. Menulis akan memberi gambaran perjalanan yang telah kita lalui dengan pelbagai pelajaran yang tidak terdapat di medan pengajian formal.

Jangan mengeluh

Mengeluh adalah doa yang paling cepat keluar dari mulut sesiapa sahaja. Bila hari panas mengeluh panas sangat tetapi lupa beberapa hari lepas telah hujan lebat. Tanpa sedar hanya kebaikan yang memberi manafaat kepada empunya diri sahaja akan bershukur. Ada yang perlukan setiap keadaan yang berlaku.

CTA

Sebagai usahawan yang mempunyai misi yang spesefik kita perlukan keyakinan untuk memulakan dengan apa yang kita miliki.

Tuesday, March 18, 2014

Panduan Ringkas Memohon Latihan Praktikal

Kepada para pelajar yang masih belum menjalani latihan praktikal dan akan menjalaninya nanti, sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut :-

1. Ubah persepsi anda – anggaplah permohonan untuk menjalani latihan amali ibarat anda memohon pekerjaan. Anda perlu “impressed”kan bakal majikan anda.

2. Buat pertanyaan melalui telefon atau email secara rasmi. Seeloknya buat surat rasmi dan lampirkan bersama email anda. Email juga harus ditulis dengan bahasa dan ayat yang sesuai.

3. Pastikan beberapa perkara berikut dinyatakan di dalam permohonan awal anda. (Sangat penting)

a.Nama
b.No Telefon / Email
c.Universiti/Kolej/Pusat Latihan
d.Kursus
e.Tarikh Latihan – dari, sehingga

4. Sekiranya mendapat jawapan dari syarikat yang dipohon. Silalah kemukakan dokumen-dokumen berikut :-
a.Surat rasmi permohonan anda (individu)
b.Surat rasmi dari universiti anda (menyatakan dengan jelas tentang keperluan latihan amali serta pengesahan diri anda)
c.Resume anda

5. Sekiranya semua dokumen anda sudah diproses dan mendapat surat tawaran dari syarikat. Silalah balas email mereka dan ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda. (Susah sangatkah nak ucap terima kasih?)

Mungkin ada yang beranggapan ini adalah perkara remeh. “Alah, benda simple tu pun nak kecoh”. Tetapi ingatlah GENERASI Y, anda berada di pihak yang memohon bukan memberi. Bahasa anda mencerminkan siapa anda. Jadi ingatlah, budi bahasa yang baik mencerminkan siapa diri anda dan tahap kebijaksanaan anda. Jangan ingat anda boleh gunakan bahasa yang sewenang-wenangnya apabila berurusan secara rasmi seperti menulis sms kepada kawan atau update status di facebook dan blog anda!Adakah anda seperti mereka? ENTAHLAH..I dont know. I really hope not.

LATIHAN PRAKTIKAL

PELUANG LATIHAN PRAKTIKAL DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN

Syarikat kami menawarkan tempat latihan untuk pelajar menjalani latihan praktikal secara teori dan amali.

Pelajar praktikal akan merasai sendiri suasana pekerjaan dan keusahawanan yang sebenar.

Berpeluang untuk diserap kejawatan tetap dan peluang latihan yang berterusan.

Terlibat dalam bidang pengurusan,promosi dan latihan luar.

Elaun dan latihan disediakan.

Khas untuk pelajar universiti/kolej/politeknik/PERHEBAT dan tidak mengira jurusan bidang.

Lelaki dan wanita yang sukakan cabaran dan pengalaman sebagai laluan kerjaya masa hadapan

TEMPAH TEMPAT PRAKTIKAL ANDA SEKARANG !!!

SILA HUBUNGI :En Arlizam - 0193909621

SILA HANTAR RESUME ,
SURAT PRAKTIKAL dan kebenaran daripada pusat pengajian
email - malconwest08@gmail.com

ARLIZAM BIN ARIFFIN

SILA BUAT TEMUJANJI UNTUK TARIKH INTERVIEW(LOKASI TERLETAK SETIA CITY MALL,SHAH ALAM,JPN PUTRAJAYA DAN KPDNKK PUTRAJAYA.

Friday, March 14, 2014

Jawatan Kosong

KERJAYA BERSAMA ARJUNA VILLAGE DALAM BIDANG F&B MAKANAN MELAYU TRADISIONAL SEPENUH MASA CAWANGAN Arjuna Village Setia City Mall dan PUTRAJAYA

Jawatan Krew Operasi

KELAYAKAN 
#Warganegara Malaysia.
#Berusia 18-35 Tahun.
#Lelaki dan Wanita. 
#Boleh berkerja shif. 
#Sedia mengikuti latihan pembangunan diri dan kerjaya. 

Hubungi

019 390 9621 ARBAR 
013 345 9621 Nor Hafiza

Untuk temuduga sila bawa fotostat kad pengenalan dan gambar 2 keping.

supermengmalaya.blogspot.com/2013/05/edisi-mental-arjuna-village.html?m=1

Borang Permohonan
http://arbar.weebly.com/jawatan-kosong.html

Bengogn

Berita Terbaru & Terkini!!
Dikhabarkan Raja Bomoh yg menaiki tikar terbang berlepas dari KLIA menuju ke laut cina selatan pg semalam telah terputus hubungan & hilang dari Radar!! Semua pihak diminta berdoa supaya beliau tidak dijumpai semula!! *Memalukan Malaysia*!!

Thursday, March 13, 2014

Sibuk

Siapakah orang yang sibuk?..
 Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?..
 Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,
"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?..
 Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?..
 Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?..
 Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?..
 Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?..
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?..
 Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?..
�� Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT?..
 Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang mesej ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain..

Tuesday, March 11, 2014

Jawatan Kosong

Siapa yang berhajat

--- --- Sent by WhatsApp

Friday, March 7, 2014

MH 370

Statement By Our Group CEO, Ahmad Jauhari Yahya on MH370 Incident at the Press Conference. Released at 11.00am/8 Mar 2014 MY Local Time

Ladies and Gentlemen, we are deeply saddened this morning with the news on MH370.

Malaysia Airlines confirms that flight MH370 had lost contact with Subang Air Traffic Control at 2.40am, today.

There has been speculation that the aircraft has landed at Nanming.

We are working to verify the authenticity of the report and others.

Flight MH370 was operated on a Boeing 777-200 aircraft.

It departed Kuala Lumpur at 12.41 am earlier this morning bound for Beijing.

The aircraft was scheduled to land at Beijing International Airport at 6.30am local Beijing time.

The flight was carrying a total number of 239 passengers and crew – comprising 227 passengers (including 2 infants), 12 crew members.

The passengers were of 14 different nationalities - citizens from:-

15. China – 152 plus 1 infant
16. Malaysia - 38
17. Indonesia - 12
18. Australia - 7
19. France - 3
20. United States of America – 3 pax plus 1 infant
21. New Zealand - 2
22. Ukraine - 2
23. Canada - 2
24. Russia - 1
25. Italy - 1
26. Taiwan - 1
27. Netherlands - 1
28. Austria - 1

This flight was a code share with China Southern Airlines.

We are working with authorities who have activated their Search and Rescue team to locate the aircraft.

Our team is currently calling the next-of-kin of passengers and crew.

The flight was piloted by Captain Zaharie Ahmad Shah, a Malaysian aged 53. He has a total flying hours of 18,365hours. He joined Malaysia Airlines in 1981.

First officer, Fariq Ab.Hamid, a Malaysian, is aged 27. He has a total flying hours of 2,763 hours. He joined Malaysia Airlines in 2007.

Our focus now is to work with the emergency responders and authorities and mobilize its full support.

Our thoughts and prayers are with all affected passengers and crew and their family members.

The airline will provide regular updates on the situation. The public may contact +603 7884 1234. For media queries, kindly contact +603 8777 5698/ +603 8787 1276.

Please also log on to http://bit.ly/1feKrJ0 for updates.

Next-of-kin may head to the Support Facility Building at KLIA’s South Support Zone. For directions, call 03 8787 1269.

Jangan Menunggu


13 kata “JANGAN MENUNGGU” yg perlu dihindari:
*************************
1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan ….
5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.
11. Jangan menunggu sukses baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu.
12. Jangan menunggu boleh baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!
13. Jangan menunggu waktu luang untuk membaca Alqur'an,
Tapi luangkan waktu untuk membaca Alqur'an,
Dan… Jangan menunggu lama lagi untuk menyebarkan tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal…
Sehingga kita semua tersedar ….
Salam Cinta Silaturahmi dan Salam Santun Ukhuwah Fillah.


Thursday, March 6, 2014

Doa selepas solat dhuha

Doa selepas solat Dhuha:

Ya Allah Sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu
Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu
Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu

Ya Allah jika rezeki masih dilangit, turunkanlah
Jika dibumi keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala
yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Amin.

Wednesday, March 5, 2014

Laju

Kelajuan cahaya sehingga kini di catatkan ialah 299 792 458 m / s. ini merupakan tempoh yang sangat pantas yang pernah dicatatkan oleh ahli sains sejak zaman dahulu lagi…
Ada sesiapa di antara kamu yang dapat buktikan sesuatu yang lain lebih laju dari cahaya? – tanya seorang guru pada murid2nya..

MURID 1:       Ada cikgu… jawapan saya suis lampu..

GURU:             Suis lampu? Buktikan pada saya…

MURID 1:       Sebelum cahaya tu bergerak… suis lampu dulu cikgu, kalau tak dipetik, cahaya pun tak bergerak lagi…

MURID 2:       Saya bantah cikgu, saya ada jawapan yang lain…. Jawapan saya ialah fikiran cikgu… sebelum suis lamp itu dipetik, fikiran dah mendahului tangan yang memetik suis…

CIKGU:            Hmm… sungguh kreatif cara kamu berfikir… ada jawapan yang lain…?

MURID 3:       Ada cikgu… saya rasa semua tu tak sepantas mana…

CIKGU:            Ok, apa jawapan kamu…

MURID 3:       Cirit cikgu…

CIKGU:            Cirit? Awak ni nak main2 ke nak apa? (agak marah)

MURID 3:       Iye cikgu… pada suatu malam tu… saya terjaga… tak sempat saya fikir, tak sempat saya petik suis lampu… dah terCIRIT……

Keajaipan

Keajaiban Bersedekah - Mesti Baca !!!!
Assalamualaikum,

3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.

Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.

Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Bertemu Dengan Ramai Jutawan

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.

Mereka 'tersangat' kaya.

Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.

Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.

Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.

Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."

Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah.....

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.

Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm.... Lebih baik kita usah hidup.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini.

Wassalam

Tanda tanda kanser

Tanda-tanda Awal "Kanser WhatsApp"

1. Rasa sengal di hujung jari
2. Kurang minat bercakap
3. Menaip dengan pantas
4. Bateri cepat "kong"
5. H/P sentiasa di tangan
6. Senyum sendiri

Tahap Kritikal yang Memungkinkan Kematian

1. BerWhatsApp sambil berjalan hingga terjerumus ke dalam longkang
2. BerWhatsApp di pasar raya sampai terlanggar bini/awek/balak orang
3. BerWhatsApp sampai terlanggar cermin pasar raya atau stesen minyak
4. BerWhatsApp sampai lupa api di dapur sedang bernyala
5. BerWhatsApp sampai tidak sedar penyamun berada di sisi diri

Sunday, March 2, 2014

Pilihlah

Shawl Olivia Sedy 10

Shawl Olivia Sedy 10