Friday, February 20, 2009

SALJI DI LEBANON
(Ditujukan khas kepada semua bapa Malcon West 1)

Bapaku bermain salji
Mungkin sekadar mendinginkan hati
Bapaku bermain salji
Mungkin rindu pada anak isteri
Bapaku bermain salji
Mungkin bosan dengan bedilan arteleri

Kutatap potret bapa
Memijak salji yang kulihat putih suci
Namun dikau lebih mengetahui
Di bawahnya bermandikan darah merah
Darah dan nanah yang bersimbah
Di bumi rakyat palestin berhati waja
Angkara kejahilan manusia durjana

Wahai bapa-bapa yang kami cintai
Alangkah bertuahnya kami
Lahir di tanah air yg damai ini
Yang kamu semua pertahankan zaman berzaman
Kami berjanji
Tanah di sini akan kami belai
Walau tanpa diselimuti salji
Kemakmuran ini tiada nilai ditukar ganti

Oleh : Aghazee A.R

2 comments:

Capt Arlizam G4 said...

SALJI AIR BATU DI AT TIRI SAHAJA

Commander said...

Bapak siapa lah dok main salji tu.....