Freelance Jobs

Friday, February 20, 2009

HARI INI HUJAN

Hari ini hujan boleh dikatakan agak lebat. Aku ambil kesempatan untuk membuat beberapa ujikaji. Walaupun tidak ada sebarang protocol atau panduan khusus untuk melaksanakan ujian ini. Tapi aku membuat beberapa kesimpulan bahawa baju hujan yang dibekalkan oleh TD amat berkesan. Tidak terlalu sejuk atau basah. Boleh diterima oleh aku bahawa ia sesuai untuk kegunaan di misi.

Berbalik kepada keperluan membuat penghitungan terhadap keperluan logistic. Agak sukar dilakukan. Terdapat beberapa panduan yang aku gunakan sebagai logistic. Tetapi keperluan ini hanya boleh dilihat semasa berada di kawasan misi.

Contoh yang aku ambil penggunaan ubat gigi, adakah memadai dengan 6 tiub x 225 ml?, kerap gosok gigi. Ada org kurang gosok gigi. Dimana factor untuk pengiraan yang sebenar? Logistic tidak memikir untuk keperluan seseorang. Tetapi keperluan ini diambil secara purata.

Banyak org berfikir, ahh apa perlu untuk membuat data statistic penggunaan ? Jawapan amat perlu. Ia membantu logistic membuat keputusan.

Bagaimana nak sustaint dalam keadaan di lubnan? Dengan harga yang mahal? Tapi terpaksa. Munkin suatu hari nanti ada pegawai logistic yang mengurus logistic khusus untuk misi luar Negara? Siapa orang nya? Pegawai tersebut perlu berada di kawasan misi dan mengalami sendiri. Soal logistic support yang diamalkan di medan persekitaran Malaysia perlu dilupakan. Bukan apa asas sama. Semua org boleh bertindak untuk menjadi logistic.

Asas logistic melibatkan perkara seperti perolehan, penyimpanan, penyelenggaraan, pengagihan dan pelupusan. Selalu orang bertanya apa yang susah nak kira……. Tu kena berfikir jadi pegawai ordnans. Aku mula berfikir untuk menjadi seorang pegawai infantry. Baru aku faham apa sebenarnya yang berlaku.

ILS…..pergh subject ni aku minat. Tapi nak apply tu susah gak. Ada 4 asas dalam ILS. KONSEP – PEROLEHAN – DALAM PERKHIDMATAN – PELUPUSAN. Cerita pasal konsep tu ambil masa gak. Yang kita amalkan adalah KESAM, keperluan staff am…GSR ???? entah korang tau ker tidak. Nanti aku cerita pasal benda ni……kalo ada input bole cerita.. END….

No comments: