Freelance Jobs

Thursday, February 12, 2015

Ceramah Pagi


Sebaik habis ceramah tadi terus luluh hati saya mendengar kematian seorang alim. Ya Allah betapa sayunya hati ini. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Telah perginya lagi orang alim dan sangat mulia. Saya amat menyayangi beliau kerana Allah.

Tinggallah orang berdosa seprti saya ini. Kamatian orang alim musibah yang sangat besar. Beliau selalu menangis demi agama ini. Menghargai setiap orang yang berdakwah. Seorang menteri besar yang jaga solat berjemaah 5 waktu. Sebelum azan dah ada di Masjid. Kuliahnya dibanjiri manusia sehingga akhir usia beliau..Sangat memberati sunnah Nabi saw dalam hidupnya.

Satu ceramahnya paling saya ingat katanya. Kita bawa kereta apapun takper. Tapi kalau takde brek. Habis. Hidup manusia tanpa agama seperti kereta tiada brek. Siapa uruskan jantung kita masa kita tidur. Siapa uruskan sistem perkumuhan kita. Allah jaga kita 24 jam

Beliau pernah berdakwah berjalan mengelilingi Malaysia satu masa dulu bersama ulama-ulama lain tanpa dikenali sesiapa. Dia jadi macam orang biasa. Rumah dan hidupnya sangat zuhud. Tiada sesiapa terfikir seorang menteri besar yang sangat lama tapi hidupnya seperti itu. Ada madrasah di rumahnya..Allahuakbar. Bila orang jemput beliau ceramah waktu malam dia tidak akan naik keret kerajaan. Kawan saya bawa beliau naik kereta kancil.

Ya Allah ampunkanlah dosa Tuan Guru Nik Aziz. Ya Allah berilah kerehatan setelah kepadanya atas perjuangannya atas agama ini. Ya Allah maafkanlah kami semua. Satukan hati kami semua orang Islam di Malaysia dengan kasih sayang dan berjuang untuk agama ini sehingga kami mati..
-ebit lew

No comments: