Freelance Jobs

Friday, February 13, 2015

Tips Selamat Kaki dan Tangan Dari Dipotong



Tips Selamat Kaki dan Tangan Dari Dipotong
Pak Hassan- bukan nama sebenar,Salah seorang jemaah haji Malaysia 2014 baru
melarikan diri dari hospital bagi mengikuti kursus haji perdana malangnya beliau
mengalami kecederaan serius dimana ibu jari kaki beliau telah cedera dengan teruk dan
ia bertukar menjadi gangerin didalam keadaan ini mana mungkin beliau tidak dapat mengerjakan
ibadah haji memandangkan penerbangan beliau lagi seminggu ....sesuatu telah berlaku Pak Hassan
dapat mengerjakan ibadah haji seperti yang di jadualkan dalam keadaan sihat ...tanpa perlu mengalami
amputasi yang beliau dapat mengerjakan ibadah haji tanpa masalah ......pm untuk mengatahui rahsia
Pak Hassan .........

Taip emel anda kat bawah.
Atau
Komen bawah 'nak tau'
Atau
Tag nama anda di sini.
Nanti saya kirimkan Tips 'rahsia' tu.......
email saya di : suba.markesh@gmail.com

TIP

Tips hilangkan bau badan hapak!

Abu-  bukan nama sebenar, beliau balik dari lepas main badminton malam tu. Sampai saja di rumah Abu hirup secawan teh dan terus tido!

Ajaibnye, apabila bangun esok paginya isteri/rakan/housemate tak bau ape yang Busuk/kepam/tengik/asyem/ pada Abu.

Ade yg nak tau rahsia abu ni?

Taip emel  anda kat bawah.

Atau

Komen bawah 'nak tau'

Atau

Tag nama anda di sini.

Nanti saya kirimkan Tips 'rahsia' tu..

SKRIP JUALAN POWER

Siapa lagi yang bercadang buat bisnes tahun 2015? Saya nak share skrip jualan yang boleh bawa masuk jualan RM200 - RM7000 dalam 48 jam. (kena guna cara betul)

Kalau ini sesuatu yang anda minat nak tahu, boleh whatsapp / telegram
saya. Saya akan bagi sample skrip ini percuma.

Hubungi  saya di nombor 0193909621 dan nyatakan "nak skrip jualan"

Thursday, February 12, 2015

TUAN GURI NIK AZIZ NIK MAT

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

_ _ _ _ _ _

SENARAI PRODUK

SENARAI PRODUK HALAL KELUARAN BUMIPUTERA ISLAM (senarai terkini)

1. Roti - Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
2. Minyak Masak -Tiara (FGV-FELDA)
- SAJI (FGV-FELDA)
- ALIF (Sime Darby)
- ADELA (FGV-FELDA)
3. Susu Pekat Manis - SAJI (FGV-FELDA)
- ALIF (Sime Darby)
4. Susu Cair - Saji (FGV-FELDA)
5. Mee Segera - SajiMee Saji (FGV-FELDA)
- ADABI
6. Beras - FAEZA
- Langsat Biru (JUARA SELERA –SG ACEH)
- Langsat Hijau (JUARA SELERA)
- Juara Selera
7. Garam – HALAGEL (garam bukit)
8. Kicap Masin/Manis - Kipas Udang
- Tamin
- ALIF (Sime Darby)
- Rohaya
- JALEN (Johor)
9. Sos Cili/Tomato/Tiram - ZUZA (Kedah)
- Rohaya
- ADABI
- Pelangi (FELDA)
10. Cuka Buatan - Mudim
- Rohaya
11. Tepung Gandum - FAEZA
12. Tepung Perasa/ Goreng - ADABI (tepun ayam)
- ADABI (tepung Cucur Ikan Bilis, jagung, udang)
13. Rempah Masak – ADABI, Brahim’s, FAEZA, AGROMAS, Imans
14. Kunyit – AGROMAS
15. Jagung Tin manis – ADABI
16. Pasta spaghetti – ADABI
17. Santan Paket – ALIF (Sime darby)
18. Taucu – JALEN, Tamin
19. Jus Pekat Buah2an – Tamin
20. Perasa Ros Sirap – Rohaya, Tamin
21. Mayonis -Mayo Saji (FELDA)
22. Marjerin - Pelangi Delima Oil(FELDA)
23. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
24. Jem - Peanut SunBear (FELDA)
- Jem Strwaberry – AGROMAS
25. Kopi 3-in-1 - ADABI-Tongkat Ali Cordyceps (5-in-1)
i. -Kopi HANG TUAH (2-in1, 2-in-1)
26. Biskut Coklat - GOODKISS (Noraini's Cookies)
27. Frozen Daging Burger/ Nugget - RAMLY, NAFAS, AYAMAS
28. Sardin Agromas
29. Sardin Pertima
30. Bihun Sufi
31. Mi Kuning Sufi
32. Kuey Teow Sufi
33. Garam Sufi
34. Sos Lada Hitam Sufi
35. Sos Cili/Tomato Sufi
36. Kicap Masin/Manis Sufi
37. Tepung Goreng Sufi
38. Minyak Masak Sufi
39. Telur Cap Sufi
40. Ubat gigi Najwa
41. Ubat gigi Halagel
42. Tepung gandum Cap Bidara
43. Jus minuman Safina
44. Syampoo D'herbs
45. Bihun Kampung
46. Rempah- Imans
47. Rempah-Brahim's
48. Bihun- FAEZA
49. Jeruk Buah-buahan - jenama PAK ALI
50. Kedai Kasut Sukan - ALIKHSAN
51. Kuah Rojak/Garam Belacan - ZUZA, PAK ALI, FAMA
*Mencari yang Halal itu FARDHU
// Fwdd //

Kenangan Lama

Ceramah Pagi


Sebaik habis ceramah tadi terus luluh hati saya mendengar kematian seorang alim. Ya Allah betapa sayunya hati ini. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Telah perginya lagi orang alim dan sangat mulia. Saya amat menyayangi beliau kerana Allah.

Tinggallah orang berdosa seprti saya ini. Kamatian orang alim musibah yang sangat besar. Beliau selalu menangis demi agama ini. Menghargai setiap orang yang berdakwah. Seorang menteri besar yang jaga solat berjemaah 5 waktu. Sebelum azan dah ada di Masjid. Kuliahnya dibanjiri manusia sehingga akhir usia beliau..Sangat memberati sunnah Nabi saw dalam hidupnya.

Satu ceramahnya paling saya ingat katanya. Kita bawa kereta apapun takper. Tapi kalau takde brek. Habis. Hidup manusia tanpa agama seperti kereta tiada brek. Siapa uruskan jantung kita masa kita tidur. Siapa uruskan sistem perkumuhan kita. Allah jaga kita 24 jam

Beliau pernah berdakwah berjalan mengelilingi Malaysia satu masa dulu bersama ulama-ulama lain tanpa dikenali sesiapa. Dia jadi macam orang biasa. Rumah dan hidupnya sangat zuhud. Tiada sesiapa terfikir seorang menteri besar yang sangat lama tapi hidupnya seperti itu. Ada madrasah di rumahnya..Allahuakbar. Bila orang jemput beliau ceramah waktu malam dia tidak akan naik keret kerajaan. Kawan saya bawa beliau naik kereta kancil.

Ya Allah ampunkanlah dosa Tuan Guru Nik Aziz. Ya Allah berilah kerehatan setelah kepadanya atas perjuangannya atas agama ini. Ya Allah maafkanlah kami semua. Satukan hati kami semua orang Islam di Malaysia dengan kasih sayang dan berjuang untuk agama ini sehingga kami mati..
-ebit lew

Kisah Penjual Kueh



Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

 Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, 

"Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. 



Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. 

Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " Ar-rahman

Wednesday, February 11, 2015

Setiap Hari 1

Seronok berhari raya 2014.

Perkongsian

Perkongsian... 
   Kalau kawan kawan yang suka minum air tin hopefully hentikanlah tabiat tu mulai hari nih sebab 1 tin  minuman berkarbonat tu bersamaan dengan 14 gelas teh tarik manis.

         70% penyakit kanser payudara adalah berpunca dari sikap pemarah penghidap tu sendiri. Kalau bukan masa tua, mungkin masa muda…Dia cakap kalau dah pulih dari kanser, kena jaga emosi jika tak dalam tempoh enam bulan kanser tu akan datang semula…

         Dalam badan wanita ada hormon progesteron dan estrogen kan? Hormon progesteroi ada pada ovary dan estrogen pada tulang.

         Wanita yang berat melebihi 60 kg, sebanyak 85% wanita berisiko ada ketumbuhan.

         Wanita tidak boleh makan tiga jenis ikan iaitu ikan pari, ikan bawal hitam dan ikan terubok. Ikan pari tu sebenarnya mengandungi toksik yang banyak kerana hidup di dasar laut dan boleh menyebabkan berlakunya kanser sebanyak 70%. Ikan bawal hitam dan terubok pulak ikan yang difahamkan mempunyai bias yang menyebabkan penyakit. Kalau nak makan ikan bawal makan ikan bawal putih.

         Jika ada keputihan dan keputihan berwarna hijau, 99% tanda itu menunjukkan wanita itu menhadapi kanser ovari. Jika berwarna putih kekuningan pulak kanser serviks. Serviks yang terkeluar (Tombong/prolapsed) selalunya berlaku kepada wanita yang melahirkan anak lebih dari 5 orang.

         Orang yang menghidapi buasir TIDAK BOLEH makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi..

         Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.

         Sebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita.

         Orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ni.

         Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok.

         95% kanser berlaku kerana stress.

         Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim dan tapak tangan kiri 81 enzim yang mampu membunuh bakteria.

         Kalau nak kurus, senang aje. Makan ikut sunnah Rasulullah iaitu 40-100 kunyahan….

         Nak mandi kenalah mula dari kaki (elak kena gout),kemudian lutut (elak sakit lutut),tempat sulit (elak cyst),pinggang( tak sakit pinggang, serviks sihat),perut (elak buasir, gastriks, ulser,sembelit),dada (sakit jantung,paru-paru etc) dan akhirnya kepala(elak migraine). Lepas tu, baru mandi macam biasa. Lepas tu satu cara lagi nak kurus, mandi di waktu pagi…Air yang sejuk kejung tulah. Sebabnya menyingkirkan segala lemak dalam badan.

         Tidur mesti mengiring ke kanan di mana sebelah kiri ke atas. Cara tidur ini takkan kena sakit jantung.

         Untuk mengelakkan migraine sujud waktu solat Subuh tu sujud lama lama.

         Tahu tak korang yang orang lelaki ni tidak sekuat wanita kerana lelaki mudah diserang jantung jika dibandingkan wanita yang jarang terkena serangan jantung. Ini kerana, wanita mempunyai hormon estrogen yang melindungi jantung. Orang lelaki tidak ada hormon estrogen yang melindungi jantung sebab tu lelaki mudah terkena.

         Kalau nak jaga jantung suami supaya sihat banyakkan bawang putih dalam masakan ye kaum wanita semua.

         Nak mengubati kanser payudara cari kulat susu harimau.

         Kepada peminat petai, lepas ni kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai ni mengandungi kolesterol yang tinggi.

         Untuk para suami, kalau hormon isteri tak stabil bagi isteri mkn kacang botor.

         Ibu ibu mengandung sila amalkan makan buah delima bila usia kandungan mencecah 5 bulan ye..

         Kepada peminat buah epal hijau, makan sebiji sehari ye jangan makan banyak kali sebab epal hijau menyebabkan kita menjadi pelupa.

         Epal merah untuk ibu ibu mengandung dan pesakit asma. Makan 2 biji sehari ye…

         Jika ada sakit kencing tak lawas, blend lobak putih minum air lobak putih tu ye. Amalkan minum 2x seminggu
    Kepada penghidap kolesterol tinggi ambik akar pokok semalu dan rebus. Amalkan minum air rebusan JGN BUNUH SEMUT!         
kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah ..          "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..          Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran..^^         
Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya..        
**syaitan berbisik "erm xpayah la copy kisah semut jer pon..."         
p/s ..copy je la... x susah pon...xluak pun internet 2...tambah pahala lg ada....hanya d sbbkan anda share maka org lain xkan berbuat dosa tanpa d sedari...          subhanallah...

Minyak vs Air

Tuesday, February 10, 2015

Cctv

Albaloo - CCTV ALARM SYSTEM AUTO GATE INSTALATION - http://www.albaloo.com/offer/view/543067

Madah Kata



 “Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”


Lubnan

Lubnan (bahasa Arab: لبنان, Lubnān) merupakan sebuah negara di barat laut Asia di sebelah timur Laut Mediterranean dan bersempadan dengan Syria serta Israel.

Selepas Perang Saudara Lubnan (1975-1990), negara ini telah mengalami kemajuan dan pembangunan yang pesat terutamanya dalam industri pelancongan, agrikultur dan sektor perbankan. Lubnan dipanggil pusat perbankan di dunia Arab dan juga dikenali sebagai "Switzerland Timur Tengah" kerana kemajuan kewangannya. Lubnan juga telah menarik banyak pelancong ke ibu negaranya, Beirut sehingga diberikan nama "Paris Timur Tengah".

Namun, peperangan antara kumpulan Hezbollah dan Israel pada tahun 2006 telah melumpuhkan infrastruktur dan seterusnya ekonomi Lubnan. Banyak nyawa telah terkorban dan bandar raya Beirut telah mengalami kemusnahan yang teruk. Usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk membina semula infrastruktur bandar-bandar tersebut.

Untuk Ayah

  UTK AYAH  Baru & Lama

⚽  1| Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

2| AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

3| Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..

4| Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja.  Hu hu Muhasabah diriku..

5| Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH  tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

6| Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah  Sayyidina Umar Al Khattab..

7| Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

8| Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..

9| Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

10| Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

11| Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...

12| Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

13| Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.

14| Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

15| Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.

16| Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari  datok dan ayah saudaranya sendiri..

17| Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

18| Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

19| Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..

20| Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

21| Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

22| Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

23| AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

24| Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..

Tafsiran org melayu tentang mengasuh anak terletak atas bahu ibu... Tetapi islam menetapkan bahawa ayah bertanggungjawab terhadap semua urusan keluarga... Dan isteri sebagai pembantu sahaja kerana keutamaan isteri bertanggungjawab terhadap melayan suami sahaja....

Sepi jam 9

6 Pertanyaan

Terdapat 6 pertanyaan:
1: "Apakah yang PALING TAJAM di dunia ini?"  Umatnya menjawab dengan serentak "Pedang".  
Jawab Tuhan: Yang paling tajam adalah "lidah manusia" karena melalui lidah, manusia dengan mudah memfitnah orang, menyakiti hati, melukai perasaan orang, dll.  
      
2: Apa yang PALING JAUH dari diri kita di dunia ini? Ada yang menjawab: "bintang, bulan, matahari".  
Jawab Tuhan : Yang paling jauh adalah “masa lalu". Siapapun kita, bagaimanapun & betapa kayanya kita, tetapi TIDAK ada seorangpun yang boleh kembali ke masa lalu. Sebab itu kita harus menjaga hari ini & hari2 yang akan datang.   .
      
3: Apa yg PALING BESAR di dunia ini?
Ada yg menjawab "Gunung, bumi, matahari".
Jawab Tuhan : Yang paling besar yang ada di dunia ini adalah "nafsu".Banyak manusia menjadi celaka karena menuruti hawa nafsunya. Segala cara dihalalkan demi mewujudkan impian nafsu duniawi. Karena itu hati2 dengan hawa nafsu..!         
4: Apa yg PALING BERAT di dunia ini?
Ada yg menjawab: "Baja, besi, gajah".  
Jawab Tuhan : Yang paling berat adalah "berjanji".Hal yg paling senang diucapkan tapi sulit dilakukan. 
       
5: Apa yg PALING RINGAN di dunia ini?
Ada yang menjawab "Kapas, angin, debu, daun".
Jawab Tuhan: Yang paling ringan di dunia ini adalah "MelupakanKU & MeninggalkanKU". Lihatlah banyak orang yang kerna harta dan takhta dengan mudahnya meninggalkan Aku         
6: Apa yg PALING DEKAT dengan diri kita di dunia ini?
Ada yg menjawab: "Orang tua, sahabat, teman2, kerabatnya".       
Jawab Tuhan: Yang paling dekat dengan kita adalah "KEMATIAN". Sebab kematian adalah PASTI adanya & tiap detik bisa terjadi.         
Dan terakhir pertanyaan bonus dari Tuhan: Apakah yang paling senang di dunia ini?
Mereka menjawab "Makan, tidur, dll".
Jawab Tuhan : Yang paling senang adalah "SHARE STATUS INI", maka akan jadi renungan yang bermanfaat bagi teman2 yg lain..��

Sunday, February 8, 2015

Friday, February 6, 2015

Jumaat

RENUNGAN JUMAAT, "Rasulullah SAW bersabda, " Barangsiapa melepaskn kesusahan seorang muslim drp kesusahan dunia,Allah akan melepaskan kesusahannya pd hari kiamat; barangsiapa memudahkn seorang yg mendapat kesusahan,Allah akan memudahkn urusannya didunia & akhirat; dan barangsiapa menutupi (aib) seorang Muslim, Allah akan menutupi( aibnya) didunia & akhirat; Allah selalu akan menolong hambanya selama ia menolong saudaranya. ."(H.R.Muslim).

Thursday, February 5, 2015

Friday today

�� It's Inspiring��

When I complain about the taste of my food��
I remember Him
Muhammad ﷺ
who used to fasten some stones on his stomach to hold on his hunger

When I complain about how less clothes I have��
I remember Him
Muhammad ﷺ
who had only two pieces of clothes for the rest of His life

When I complain of how uncomfortable my bed is��
I remember Him
Muhammad ﷺ
who slept on the palm frond and coarse cloth in his entire life

When I become so miser to give and share with others��
I remember Him
Muhammad ﷺ
who used to give his everything that he almost left nothing for himself

When I think of how poor I am��
I remember Him
Muhammad ﷺ
who loved the poor so much and said to be with them in jannah, it cheers me up

When I'm upset of those who hurt me��
I remember Him
Muhammad ﷺ
who had mercy on those who did evil to Him

When I think of those who hate me��
I remember Him
Muhammad ﷺ
who always prayed for those who had insulted Him

When people don't thank me for what I do��
I remember Him
Muhammad ﷺ
who reminded me that the best reward is from Allah's side

When none loves me��
I remember that I have Him
Muhammad ﷺ
who loves me for thousand of years

When I think of how miserable my life is��
I remember Him
Muhammad ﷺ
who had more struggles in his life than mine, and it strengthens me

May peace be upon Him, my beloved
May peace be upon Him, my role model
May peace be upon Him,
My Rasul Allah Muhammad ﷺ
May peace be upon Him  He's the best example
for our lives!.... ����

Above is the Best Ever Message I have Received.
Kindly circulate this in ur friend circle and other groups...

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

Urusan Binatang

Mlm smlm sy terkejut bila nmpk kucing sy sdg gigit tengkuk arnab jiran. Sy pun tepuk kepala kucing sy supaya lpskan arnab jiran tu. Bila sy periksa arnab tu sy tgk ia dah mati. Ah sudah! Harga sekor arnab mau rm200. Dahlah jiran sy tu jenis panas baran. Bln lps dia lempang bini dia sbb kasut besepah dpn rumah. Apa lg....cpt2 sy pg basuh arnab tu bersih2 dan keringkan guna hair dryer, pastu sy letak blik dlm sangkar nya kengkonon arnab tu mati dlm sangkar la kan. Pagi ni sy dgr jiran sy membebel marah2 tp sy buat bodoh je. Tetibe jiran ternmpak sy dan ckp 'ko tau tak arnab aku dah mati'!.....err....err sy punyalah cuak takut dia tau kucing sy yg bunuh arnab dia. Sy cuma geleng kepala je tak berani nk bukak mulut. Jiran sy sambung 'yg aku geram arnab tu dah aku tanam kat blkg rumah smlm, tp tah sapa lah yg dah korek keluakan blik, plak tu rajin dia bersihkan bangkai arnab tu. Yg buat aku lg marah dia boleh letak blik bangkai yg dia dah bersihkan tu dlm sangkar. Klu aku dpt sapa orgnya memang jd bangkai jugak gamaknya'....,  Gulp! Sy rasa nak pindah rumah masa tu gak.
Moral of the story -  JGN MSUK CAMPUR URUSAN BINATANG
hahahhahahha