Sebab Berlaku Pecah Rumah
--------------------------------
1. Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan
rumah kosong.
2. Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman
masing-masing.
3. Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam
rumah yang dapat dilihat dari luar.
4. Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan
akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
5. Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang
memudahkan penjenayah memasukinya.
Cara Pencegahan
------------------
* Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah,
tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat
secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan
sebarang kejadian kepada anda.
* Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama
seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.
* Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
* Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu
pemecah rumah bertindak.
* Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu
keselamatan rumah bila kita tiada.
* Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum
meninggalkan rumah atau tidur.
* Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
* Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk
rumah/bangunan.
* Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang.
Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat
persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
Semoga bermanfaat untuk SEMUA. Bersama-samalah
kita menjaga keselamatan rumah dan kejiranan kita.
Semoga hidup kita lebih aman dan bahagia.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment