Freelance Jobs

Thursday, October 29, 2009

Kor Ordnans Diraja (KOD)


Cetak Email
"BERKHIDMAT DAN MEMBANTU"


1. Kor Ordnans Diraja bermula dengan penubuhan Malay Regiment Stores Depot pada 17 Julai 1964 di Port Dickson yang kemudiannya disatukan dengan lain-lain pasukan logistik, dalam bulan April 1957 dengan nama Army Service Corps (ASC). Berikutan dengan penubuhan Tentera Laut dan Udara Malaysia, ASC telah ditukar nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) pada 27 Mei 1958. Setelah AFMC dimansuhkan pada 9 April 1965, Kor ini telah dengan rasminya dinamakan Kor Kelengkapan Malaysia kemudian nya ditukarkan kepada Kor Ordnans Diraja. Cogankata Kor ini ialah “BERKHIDMAT MEMBANTU”.



PERANAN DAN TUGAS:


  • Memenuhi keperluan Logistik bagi Tentera Darat

  • Menguruskan keperluan bekalan, penerimaan, penyimpanan, senggaraan dan pengeluaran stor Ordnans, kenderaan dan peluru.

  • Mendapatkan, menyimpan, menjaga semasa dalam simpanan dan mengeluarkan (issue) semua stor Ordnans, peluru dan kenderaan yang digunakan oleh Tentera Darat.

  • Mengadakan, menyimpan, menjaga semasa dalam simpanan dan mengeluarkan peluru-peluru dan bahan letupan yang digunakan oleh Angkatan Tentera termasuk Tentera Sukarela.

  • Membuat anggaran perbelanjaan untuk menguntukkan barang-barang Ordnans kepada semua pasukan Kor Ordnans dan mengawal perbelanjaan yang telah ditentukan bagi setiap jenis barang.

  • Membuat pemeriksaan ke atas pasukan-pasukan Tentera Darat mengenai hal-hal Ordnans seperti Stor KM, Simpanan Peluru dan lain-lain. Pemeriksaan ini adalah sebahagian Pemeriksaan Tadbir Tahunan (Annual Inspection).

  • Menasihatkan KEMENTAH mengenai perkara-perkara Ordnans.

  • Menasihatkan pemerintah-pemerintah pasukan dan pemerintah kumpulan Ordnans (Formation) mengenai perkara Ordnans.

  • Mengaturkan pemulangan barang-barang yang lebih dan tidak boleh digunakan (termasuk kenderaan dan peluru) di depot-depot Ordnans.

  • Mengaturkan pembaikan barang yang boleh dibaiki dan membuat penyelesaian bagi barang-barang yang tidak lagi dikehendaki dengan cara yang baik dari segi ekonomi.

  • Memberi bantuan kepada Cawangan Pemeriksaan dan Pemasaran Bahagian Bekalan (Inspectorate and Market Research) untuk penyelidikan pasaran dan pemeriksaan barang-barang.

  • Mengaturkan keperluan percetakan bagi Angkatan Tentera kecuali KEMENTAH.

No comments: