Freelance Jobs

Tuesday, June 23, 2009

MENGHITUNG HARI

Menghitung hari... detik demi detik... Barangkali inilah yang dirasai oleh semua yang menanti kepulangan perwira-perwira Malcon West 1 tidak lama lagi. Bilangan hari yang masih tercatit di bahagian bawah kiri blog masih lagi 57 hari tidak berganjak, buat saya terfikir lucu, hmmm......barangkali "Jam yang dihadiahkan kepada Tok Batin" tempohari, dah habis bateri lagi tak? Masa dan tarikh tak bergerak tu. Saya kira macam 37 hari saja lagi... sayakah yang silap menghitung hari?

Apapun, ketika saya menghadiri majlis makan malam BAKAT di Kem Sri Iskandar, Mersing pada 20 Jun baru-baru ini, saya bertemu dengan isteri kepada KS GGK yang bakal mengambil alih tempat Komander Malcon West 1 sekarang. Saya bergurau dengan beliau mengajak beliau berduet menyanyikan lagu "Menghitung Hari" nyanyian Kris Dayanti. Beliau tersenyum (nampak juga sedih) dan berkata bahawa beliau menghitung hari akan berpisah dengan suaminya demi tugas murni ini dan saya pula menghitung hari menanti kepulangan suami dari bertugas tempat yang sama. Senyum saya dengan keceriaan manakala senyum beliau mempunyai makna yang lebih mendalam. Rakan-rakan juga tidak habis-habis 'menyakat' kami dengan kata-kata yang sama.

Namun saya lebih mengerti akan perasaan beliau ketika ini, tetapi mungkin kata-kata saya tentang keadaan di sana sedikit meredakan hati beliau. Semoga beliau tabah hati dalam menghitung hari begitu juga kepada semua isteri-isteri dan kaum keluarga yang lain yang bakal bersama pasukan Malcon West 2. Kepada semua pegawai dan anggota Malcon West 1, kami mendoakan kepulangan kalian semua dengan selamat dan tahniah untuk "Medal Parade". Salam untuk semua.

2 comments:

ARLIZAM said...

NANTI SELEPAS MEDAL PARADE ADA BANYAK GAMBAR YANG BOLE DIPAPARKAN..TUNGGU..MEDAL PARADE.KALO ADA TV3 KAN BAGUS.

ARLIZAM said...

rupa nya ada cicak mati dalam blog.drivernya mati tersepit...