Minggu ni merupakan antara minggu-minggu yang sangat sejuk disini. Suhu yang memang telah sedia sejuk telah turun dengan mencatatkan rekod 2 darjah pada malam hari Ahad lalu. Berdasarkan pengalaman kami disini rasa-rasanya winter kali ini adalah lebih sejuk berbanding tahun lepas.(macam dah setahun.....)
Mengikut berita semasa, cuaca sejuk ini dijangka berpanjangan sehingga hujung minggu ini. Ianya berpunca daripada Angin Artic yang bergerak dari Russia ke Negara-negara di Barat telah singgah di Lebanon. Serentak dengan itu juga Snow - air batu telah turun untuk kali pertama. Dapatlah juga kami snap gambar-gambar air - batu - snow yang pertama untuk tahun 2009(malam pulak tu). Gambar esok baru proses......
Kalo kat Malaysia orang dah amik buat penawar. Kat Lebanon ni pak arab kata buang karen jer....
Harap esok air batu bertukar menjadi salji....malam ni tidor dulu.
Kenangan sepanjang misi selama 9 bulan diabadikan di dalam diari ini. Semua aktiviti dapat dilayari dimana sahaja.Weblog ini telah dibangunkan pada awal tahun 2008. Tujuan Weblog ini adalah untuk bertukar-tukar maklumat dan informasi yang berkaitan dengan kehidupan di LEBANON. Berdasarkan pengalaman sebenar penulis.
Tuesday, February 10, 2009
SALJI MALAM POWOW 10 2045 B JAN 2009 (HUJAN BATU --- SALJI)
Label:
INFO
Kapt Arlizam bin Ariffin, Masjid Tanah ,Melaka,Malaysia
SO 3 Log MALCON WEST 1 UNIFIL yang bertugas di LEBANON (2008/2009) di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment