Kenangan sepanjang misi selama 9 bulan diabadikan di dalam diari ini. Semua aktiviti dapat dilayari dimana sahaja.Weblog ini telah dibangunkan pada awal tahun 2008. Tujuan Weblog ini adalah untuk bertukar-tukar maklumat dan informasi yang berkaitan dengan kehidupan di LEBANON. Berdasarkan pengalaman sebenar penulis.
Thursday, February 5, 2009
HABATUS SAUDA
Sebenarnya kisah ni berlaku terhadap pegawai kita kat sini. Punya le beria nak beli habatus sauda. Semua orang kenal habatus sauda ni.kalo kat Malaysia mana pernah nak beli sampai sekilo. Oleh sebab kita dah kat sini benda tu banyak and of course murah. Maka pegawai ini pun bertemu dengan tokey yang menjual habatus sauda ni di sebuah pasar. "You sell habatus sauda?" yes of course.......
"i want 5 Kg, How much?" ..."ermmmmmm, 1 kg, 6 USD" ..Ok deal.
so pegawai ni pun order la. selang beberapa jam. Tau tak habatus sauda kat sini apa dia? HATI KAMBING la...
HABBATUS SAUDA’ (Habbatul barakah ~ The seed of blessing)
HABBATUS SAUDA DALAM PENGOBATAN MODEN
“ Nigella sativa commonly known as love in the mist a beautiful Middle Eastern Herb with many use"
Dr. Micheal Tierra. L.A.C, O.M.D.Pengarang buku Planetary Harbology
Dalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) mengatakan bahawa “black cumin adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga tubuh dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan”.
Sementara itu Al-Biruni (973-1048 Masihi) menegaskan bahawa “black seed” berkemungkinan digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.
Selain itu kehebatan Habbatus Sauda’ turut diperakui oleh cendekiawan silam lainnya seperti Ibnu Qayyim dan Al Baghdadi , disamping ratusan ahli sains dan pakar perubatan moden memperakui keunggulannya. Sebahagian daripada mereka adalah Dr. Basil Ali (dari The College of Medicine at King Faisal University), Dr Haq (dari The Department of Biological and Medical Research Center in Riyadh, Saudi Arabia), Dr. Michael Tierra (Pengarang buku Planetary Herbology), Dr. Peter Schleicher (Immunologist dari Munich), Professor Dr. El-Dakhakny (Pharmacology Department of Medicine, Elexandria University, UAR Egypt), Dr. Nirmal Chakravarty, M.D, Dr. Badr-el-Din dan Dr. Mahfouz, Dr. Ahmed El-Qadi dan Dr. Usama Qandil.
Habbatus sauda’ diperakui sangat kaya dengan nilai pemakanan, diantaranya adalah:-
Mengandungi monosaccharides (single molecule sugars) dalam bentuk glucose, rhamnose, xylose, dan arabinose.
Ia mengandungi komponen non-starch polysaccharide sumber yang sangat berguna dalam kaedah keperluan pemakanan berserat.
Ia kaya dengan asid lemak, terutamanya asid lemak tak tepu dan asid lemak essential (Asid Linoleic dan Linoleic). Asid lemak essential tidak boleh di keluarkan oleh tubuh, jadi tubuh memerlukannya dari makanan seumpama habbatus sauda’.
Habbatus sauda’ mengandungi lima belas amino acids yang membentuk kandungan lengkap proteinnya termasuk lapan dari sembilan amino asid essential. Asid amino essential tidak boleh di proses guna dalam badan dalam jumlah yang mencukupi, jadi ia boleh didapati dari habbatus sauda’.
Habbatus sauda’ mengandungi Arginine yang mana ia sangat penting bagi pembesaran bayi.
Hasil analisis kimia telah menemukan bahawa habbatus sauda’ mengandungi karotene, yang mana ia kelak akan diubah oleh hati menjadi vitamin A, vitamin yang ketahui bertindak sebagai anti kanser.
Habbatus sauda’ juga merupakan sumber kalsium, sodium, potassium dan zat besi. Walaupun jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan hanya sedikit, tetapi kesemuanya berfungsi sebagai faktor sampingan dalam peranan enzyme.
Label:
CERITA
Kapt Arlizam bin Ariffin, Masjid Tanah ,Melaka,Malaysia
SO 3 Log MALCON WEST 1 UNIFIL yang bertugas di LEBANON (2008/2009) di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment