Freelance Jobs

Thursday, January 8, 2009

PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA MALCON WEST 1


AT TIRI, LUBNAN 8 Nov 2008. Sekali dalam sepanjang perkhidmatan, mungkin itu yang difikirkan oleh Lans Koperal Ibni Shah bin Harun dalam satu perbarisan pemakaian pangkat anggota LLP telah dilaksanakan Kem Qatar telah disempurnakan oleh Lt Kol Adi Ridzwan bin Abdullah Komander MALCON WEST 1. pangkat kepada 3 anggota dari 8 RAMD yang menyertai misi UNIFIL. Mendahului senarai dari Pbt ke Lantikkan LKpl iaitu 1136725 LKpl Azmi bin Ahmad, 1136907 LKkpl Fauzi bin Awang dan LKpl Ibni Shah bin Harun. Ketiga-tiga anggota itu memegang jawatan sebagai anggota repal dalam organisasi MALCON WEST 1.


Komander MALCON WEST 1 dalam ucapannya semasa perbarisan tersebut menyampaikan ucapan tahniah kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat. Semoga ini akan menjadi satu titik permulaan yang baik dalam kerjaya sebagai anggota tentera. Komander juga mengingatkan supaya mereka dapat melaksanakan tugas yang dipertangungjawabkan kepada mereka terutamanya semasa menjalankan tugas mereka sebagai kumpulan Pengaman PBB di sini.


MEJ KAMARUL BIN KASSIM

3 comments:

Anonymous said...

tahniah wat pemegang pngkat..teruskan pejuangan...i'm proud of you...

Anonymous said...

tahniah juga diucapkan kepada anonymous kerana memberi input yang positif kepada blog ini. terima kasih

Anonymous said...

tahniah juge wat tuan kerane mewujudkan blog ni..kalo x..saye xtau la hal mereka2 di sane..actually..yg kat atas tu my frens..hehehe..teruskan menulis..