Freelance Jobs

Thursday, January 8, 2009

MALCON WEST 1 SAMBUT AIDIL ADHA



AT TIRI LUBNAN 8 Dis 2008. Dikesibukan menjalankan tugas demi menjaga keharmonian di bumi LUBNAN, semua anggota MALCON WEST 1 bersama-sama melaungkan takbir Raya Aidil Adha pada 8 Dis 2008 bersamaan dgn 10 Zulhijjah 1429 Hijrah. Walaupun sibuk menjalankan tugas sebagai Pengaman PBB, kontinjen MALCON WEST 1 masih berkesempatan untuk mengadakan sambutan Aidil Adha. Sebanyak 76 ekor kibas (sejenis kambing) telah disembelih bagi tujuan ibadah korban dan aqiqah anggota-anggota MALCON WEST 1.


Sepertimana umat Islam diseluruh dunia yang lain, upacara dimulakan dengan menunaikan Solat Sunat Aidil Adha di Surau, Kem Qatar. Para pegawai dan anggota MALCON WEST 1 yang tidak bertugas pada masa itu telah bersama-sama bertadbir. Diikuti dengan sembahyang sunat Aidil Adha yang dipimpin oleh Pegawai Agama Kapt (ust) Hairulnizam bin Hamid pada jam 7.30 pagi. Sepertimana biasa selesai sahaja menunaikan solat seterus mendengar khutbah Aidil Adha. Selesai khutbah, upacara korban dimulakan dengan Komander MALCON WEST 1, Lt Kol Adi Ridzwan Abdullah merasmikan upacara korban, seterusnya diikuti penyembelihan oleh pegawai dan anggota MALCON WEST 1. Setelah selesai upacara penyembelihan majlis diteruskan dengan jamuan Hari Raya Aidil Adha di Stadium Doha.


Bagi menyempurnakan sambutan Aidil Adha, satu upacara majlis pengagihan daging korban kepada penduduk setempat telah dilaksanakan pada 9 Dis 2008. Pengagihan melibatkan 80 bahagian kibas yang telah disembelih dengan setiap bahagian seberat 5 kg.

Keunikan menyambut Aidil Adha di Selatan Lubnan yang jauh dari sanak saudara ini bakal menjadi satu pengalaman yang tidak dapat akan dilupakan bagi semua lapisan anggota MALCON WEST 1.

MEJ KAMARUL BIN KASSIM

3 comments:

Anonymous said...

tuan sila banyakkan gambar aktiviti di sana buat tatapanrakyat malaysia. hamrilekir@hotmail.com

Anonymous said...

Tidak ada ke ruangan khas supaya pengaman kita di sana dapat menulis ucapan untuk kaum keluarga di tanah air.

ARLIZAM said...

terima kasih.