Freelance Jobs

Thursday, September 24, 2009

RINTIHAN PAK RAJA!!: Malaysia ada kawasan HARAM ZIONIS!

RINTIHAN PAK RAJA!!: Malaysia ada kawasan HARAM ZIONIS!

Salam,
Mo tau jikalau keterunan Pak Raja ada kaitan dengan Kerajaan Bukit Seguntang & Paresmewara yg disemadi di Tanjung Tuan?
TK

Wednesday, September 16, 2009

3 ANGGOTA KOR ORDNANS DIRAJA



Wednesday, September 9, 2009

KFC KAKAKAKAKAH

Kisah bulan puasa.ni aku nak buat satu pengakuan. Dengar sini elok-elok, rapat-rapat. Korang jangan ambik tak peduli dengan pengakuan aku ni. Sebabnya, kalaulah ada rezeki atau ditakdirkan aku jadi CEO ke ahli politik ke atau artis (AKU NI ASKAR LE) ke, bila wartawan tanya apa makanan kegemaran aku?, aku takkan jawab, "Salah satu makanan kegemaran saya ialah KFC." Ye laa... pernah ke korang tengok dalam biografi personaliti-personaliti, diorang tulis diorang suka makan KFC?

KFC ni memang laa jalan mudah untuk aku bila tak boleh nak berfikir nak makan apa. Ataupun bila aku rasa tak confident tentang tahap kebersihan ataupun keenakan makanan di food court especially food court Jusco Permas Jaya yang rasa makanannya, hmmm aku rasa makanan zirafah kat zoo negara/melaka lagi sedap kot. So, petang semalam pun sebab malas nak berfikir panjang nak makan apa kat food court Giant SA ni, aku pun ambil jalan mudah makan KFC saje lah. Heheheh...

Sekarang ni kat KFC, dah takde Hot&Spicy. Dah digantikan dengan KFC Fiery Crunch, yang lebih rangup dan lebih pedas. Aku pun rembat sesnack plate KFC Fiery Crunch. Bila dah duduk nak ngap, aku tengok dua botol sos atau meja. Sebotol, sos cili. Sebotol lagi, sos cili Thai. Sos tomato, tak nampak pun atas 5-6 meja depan aku. Malas lah aku nak bertekak lagi dengan pekerja atau pengurus restoran KFC hanya kerana orang Malaysia kurang makan sos tomato. tak macam kat lubnan.nak sos cili pun takde.

Tapi, orang Malaysia memang hebat! Dah le ayam pun spicy. Sos pun cili belaka. Tak macam orang Amerika, pengecut. Makan original recipe je. Lepas tu, sosnya pun sos tomato belaka. Cuma nak kurangkan kepengecutan diorang, diorang panggil sos tomato tu ketchup. Hehehehe...

Persoalannya: Berapa juta RM aku boleh saman KFC ni? Sebab bila doktor aku kata kadar kolesterol aku tinggi, aku syak ni semua berpunca daripada kulit ayam KFC yang perghhh... memang tak dapatlah aku tak masukkan ke dalam mulut aku. Rugi beb kalau kuis-kuis, buang-buang je kulit ayam KFC ni.

Dan... oleh kerana tahap kolesterol aku tinggi dan aku syak ia tinggi sebab aku makan kulit ayam KFC, aku nak tambah lagi satu kriteria kepada sesiapa yang berminat nak keluar dating dengan aku. Korang kena takde allergic atau pantang makan kulit ayam KFC, sebab bolehlah nanti korang makan kulit ayam KFC aku. Any takers?